Wednesday 1 June 2011

kenapa suka mencarut?

cikmimie banyak bergaul dengan ramai orang... biasalah kalau dah bergaul tu, mesti macam- macam perangai boleh tengok dan perhatikan... ada yang baik, ada yang so- so je, ada yang macam ... tak nak cakap lah, faham- faham sendiri la ye...
cikmimie tak kisah berkawan dengan orang yang kasar, tapi cikmimie tak suka orang yang suka mencarut secara berlebihan... contohnya; f__k, s__t, b__s__t. (sila isi tempat kosong dengan huruf yang sesuai). cikmimie pun tak nak dedahkan apa perkataan di atas sebab kalau mak cikmimie tahu, memang dicilinya mulut dan tangan cikmimie ni... hei, macam lah tak ada perkataan lain kat kamus dewan bahasa ni... nak jugak sebut perkataan yang menjijikkan tu... puas lah mak ayah ajar masa kecik suruh sebut perkataan yang elok...
ada tu, hal kecik je, problem kecik je, nak jugak menyumpah seranah menggunakan perkataan seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi... dalam facebook, bukan main lagi perkataan yang keluar... sampai tak sanggup nak baca... kenapa? nak tunjuk yang kita ni cool ke? tak cool la, beb! tak nampak kesopanannya...
orang Melayu memang sifatnya sopan berbanding bangsa lain termasuklah Arab... tapi tu dulu, sekarang ni... sama je macam mat salleh yang suka bercakap kasar dan berperwatakan ganas... ni lah masalah kita yang suka sangat tiru budaya asing... bukan best pun!

cikmimie pernah jumpa dengan sorang brother ni... punyalah cute tapi sayang... percakapannya membuatkan cikmimie dan lain- lain sangat sakit hati... cancel jadi calon suami... sedihnya!!!
kadang- kadang, orang yang kita nampak macam alim ulama' pun boleh tahan lasernya... siap ada aksesori tambahan untuk perkataan yang dilantunkan... kadang- kadang lebih dahsyat daripada orang lain yang memang pakar dalam bidang carut- mencarut ni... ikut sedap dia je cakap tanpa memikirkan tuntutan agama... 
ingatlah, bukan seronok nak mengeluarkan perkataan yang tak elok ni... dah lah berdosa, dipandang buruk oleh masyarakat...

No comments:

Post a Comment