Friday 26 August 2011

kenapa raya sekarang tak best macam dulu???

raya raya raya!!! kejap je dah raya, macam raya tahun lepas semalam je berlaku... tapi ingat jugak, pada akhir- akhir Ramadhan ni la kena buat amalan lebih...

tapi kalau ikut pengalaman cikmimie yang dah 20 tahun menyambut Syawal, sambutan hari raya makin lama makin x meriah... sebabnya;

1) lampu pelita dah tak banyak dipasang

dulu masa cikmimie kecik- kecik dulu selalu tolong atuk pasang pelita masa malam 7 likur... cikmimie tolong isi minyak je... sambil- sambil nyalakan pelita tu, cikmimie bakar mercun sekali, hehehe... tapi sekarang, sejak rumah wan cikmimie ada lampu jalan setelah wan cikmimie 'request' kat TNB, rasa macam dah tak bermakna nak pasang pelita... ye lah, buat apa nak pasang pelita kat tempat terang... bak kata orang, 'sudah terang lagi bersuluh'...


2) kuih idok dibako, dibeli aje...

bila raya je, mak cikmimie semangat nak buat kuih... paling wajib adalah kuih sepit... (ala kuih yang dibakar atau digoreng sambil disepit tu...) cikmimie biasanya akan jadi tukang sepit dan goreng dan mak cikmimie hanya bancuh adunan kuih tu je, pastu dia pergi keje... tapi sayaaaaaaang, tahun ni dah tak buat kuih dah, semua nak beli atas pelbagai faktor seperti kesibukan di tempat kerja dan kepenatan dek cuaca... apa cikmimie nak jawab kalau skandals cikmimie datang dan tanya, "mana kuih yang awak buat?"

3) dah tak dapat duit raya yang banyak...

atas dasar umur yang sudah lanjut dan cikmimie pun dah ada duit sendiri, keputusan majlis perwakilan keluarga cikmimie menetapkan duit raya pada tahun ni adalah dibekukan... kalau ada pun mungkin seringgit dua je... kalau dulu depa sume bagi sorang RM50, tapi sekarang... lagi bagus, abang cikmimie minta duit raya pulak! nak raya rumah ke rumah, mungkin dah tak relevan berdasarkan umur dan saiz badan cikmimie yang makin meningkat ni...

4) kad raya! kad raya!
masa cikmimie sekolah menengah, cikmimie tukar- tukar kad raya dengan kawan... macam- macam jenis kad ada... berlampu, bermuzik, pantun lawak, warna- warni... balik rumah, gantung kat dinding dengan bangganya... tapi sejak teknologi makin maju ni, kawan- kawan sume pakai e- card je... paling best pun, mesej raya kat handphone... 

5) rancangan kat TV vs kunjung- mengunjung...
ni pun salah teknologi serba canggih jugak! hehehe... stesen- stesen TV berebut- rebut nak siarkan program dan citer- citer best sepanjang raya... ye la, masa raya la rating akan meningkat dek ramai orang holiday... oleh sebab tu la orang kita lupa nak menziarahi sanak- saudara dan jiran tetangga... kalau pergi rumah Mak Long Bedah, tak dapatlah tengok konsert Anuar Saidin... kena pulak Mak Long Bedah anti- Anuar Saidin...



6) baju raya sepasang je...
dah besar, tak payah lah nak meriah sangat baju raya tu! cukuplah sepasang... wah, sedih cikmimie bila dengar pandangan macam ni... tak kiralah, kecik ke, dah besar ke, cikmimie tetap nak 5 pasang baju raya... dulu mak cikmimie keluarkan duit dalam bank semata- mata nak beli baju raya... semua ada; baju kurung, t- shirt, blouse, baju tidur dan lain- lain lagi... sekarang ni, mak cikmimie cakap, "kau beli la sendiri!" kalau dah pakai duit cikmimie tu, memang sikit je la baju raya yang dapat...
[baju raya alaf baru... maklumlah, sekarang ni fesyen sume nak pelik- pelik je]

sebab tu lah dari tahun ke tahun, raya cikmimie jadi tak best... kalau dah kerja nanti, lagi la... kena fikir pasal cuti, duit raya... kalau dah kahwin pulak, kene menung pasal baju raya keluarga yang kena sedondon, bajet aidilfitri, bergaduh dengan suami pasal nak raya kat kampung mana... ( kenapa tetiba masuk bab kahwin ni?)

apa- apa pun, selamat menyambut hari raya aidilfitri! maaflah kalau cikmimie ada terkasar bahasa dalam menulis blog ni... pandu dengan cermat, ingatlah cikmimie tersayang...

Thursday 11 August 2011

tipikal citer dari Indonesia...

pernah tak korang tengok citer indonesia? kalau tak mengikuti dari episod ke episod pun, mesti korang pernah tengok iklan kan? melambak- lambak stesen tv siarkan citer indon sampai boring tengok pelakon yang sama dalam banyak sinetron... tapi cikmimie kurang suka tengok citer indon sebab...

1) episod banyak sangat!
tak larat nak tengok citer yang banyak episod ni... citer indon la yang paling banyak episod sampai bawak kepada 200... cam citer 'Bawang Putih Bawang Merah' tu... cikmimie tengok pun bosan sampai fikir, "bila la citer ni nak habis...



2) penuh dengan benda khurafat, tahyul- mahyul dan segala yang berkaitan dengan alam mistik...
kadang- kadang, kalau menonton sinetron, cikmimie dan mak yang memang anti- khurafat ni gelak bila ada elemen- elemen seperti di atas dalam citer... macam citer 'Bawang Putih Bawang Merah' la yang ada pari- pari dan nenek sihir... lepas tu, boleh pulak pari- pari kalah dengan makhluk jahat bernama manusia padahal dia ada kuasa magik...

3) orang jahat walaupun seketul, mesti berjaya musnahkan keadaan...
ni lagi kelakar... watak- watak baik dalam citer indon mesti selalu kalah dengan watak antagonis... keadaan aman pasti berjaya dihuru- harakan oleh seorang insan jahat... dan ada watak baik macam boyfriend heroin akan percaya dengan omongan orang jahat lalu mula berprasangka buruk terhadap girlfriend dia... lepas tahu kebenaran yang girlfriend dia sebenarnya tak buat hal yang disangkakan, mulalah dia jalankan misi memujuk... tapi lepas beberapa hari, orang jahat kembali menabur fitnah, boyfriend kembali percaya... ni kes dah terhantuk pun tak sedar diri lagi...

4) anakku bukan anakku dan anakmu jua... eh? ngapain sih?
yang ni memang popular dalam setiap sinetron... selalunya heroin atau hero mesti bukan anak orang yang telah menjaganya sejak kecil... macam citer 'Hingga Akhir Waktu'; heroin (Marshanda) bukan anak orang miskin yang jaga dia tapi anak jutawan... macam citer 'Anakku bukan Anakku', cikmimie jadi pening, "dia ni anak siapa sebenarnya?" poning kepalo den! bukan 2 citer ni je, 'Nikita' dan lain- lain citer pun terlibat...



5) 1 masalah settle, timbul 1 lagi...
lepas masalah restu daripada mummy dan daddy untuk berkahwin, timbul pulak masalah lain macam masalah cemburu ex- kekasih... lepas tu si ex- kekasih ni akan berusaha mengelakkan hero dan heroin daripada berkahwin... tapi lepas rancangan jahat ni tak berjaya dan hero dan heroin berjaya kahwin, timbul pulak masalah yang sebenarnya diorang ni adik beradik yang dah lama terpisah... tapi masalah paling popular adalah restu mak hero yang susah nak dapat sebab dia sangat cerewet dalam soal pemilihan isteri... sebab tu lah episod beribu- ribu lemon... masalah yang timbul tak berkaitan dengan episod awal pulak tu!


Ingatkan... tapi...

ungkapan yang selalu kita cakap lepas kita kenal sesuatu; tak kisahlah individu ke, kumpulan ke, barangan ke, tempat ke... contohnya kalau kita tengok seorang minah bernama Dahlia tanpa bercakap dengan dia... kita perhati je Dahlia ni... nampak macam minah ganas, garang, kaki gaduh... tapi bila kita bercakap dan kenal dengan dia, "la lembut rupanya anak Pak Mail ni!"


bila nampak seorang lelaki berperwatakan menarik dan ala- ala ustaz, automatik (tak perlu buat eksperimen) kita cop orang tu sebagai ahli syurgalah, pembimbing rakan sebayalah, manusia paling baiklah... tapi bila kita dah kenal at least secara luaran, baru kita tahu, dialah pengadu domba dan pembawa fitnah...


kita tengok poster sebuah filem... nampak macam tak best disebabkan warna poster tu kelabu asap ke, pelakon tak macho atau tak lawa ke... tapi lepas memaksa diri untuk tengok jugak filem tu, baru kita tahu betapa bestnye filem 'My Hurt' tu... terngiang- ngiang segala dialog dalam mimpi...



bila bincang dengan keluarga pasal tempat percutian yang nak dikunjungi masa cuti nanti, kita cuba nak elak daripada bercuti kat Pulau (D) sebab kita pernah tengok gambar pulau tu dalam surat khabar... eiii, buruknye!!! tapi malangnya, keputusan majoriti nakkan Pulau (D) sebagai tempat nak rehatkan badan... oleh sebab terpaksa, kita pun pergi dengan hati yang lara... bila dah tengok Pulau (D) dan melakukan segala aktiviti kat sana, tahu pun tak nak balik... siap nak bermastautin kat situ...

pengajarannya, bila jumpa atau dengar tentang sesuatu, janganlah sesuka hati buat pengadilan... kita ni bukanlah hakim yang bijaksana atau pakar psikik yang boleh tahu sesuatu dengan melihat pada permukaannya je... jauh sekali Tuhan yang tahu segala- gala... sebab tu lah kita dikurniakan akal fikiran, mata, telinga, mulut dan segala ejen yang boleh membantu kita mengenali sesuatu... sama je kalau kita dengar sesebuah kes yang disiarkan dalam berita... jangan cepat menyalahkan tertuduh sebab "kita ade ke kat tempat kejadian?" kita cuma dengar je dalam berita... macam kes mona fandey... kita tahu ke kalau dia tu betul- betul bersalah?

kalau kita tak pasti tentang sesuatu, kita mesti buat penyelidikan... biarlah orang panggil kita saintis berangan, asalkan kita dapat tahu kebenaran...