Friday 26 August 2011

kenapa raya sekarang tak best macam dulu???

raya raya raya!!! kejap je dah raya, macam raya tahun lepas semalam je berlaku... tapi ingat jugak, pada akhir- akhir Ramadhan ni la kena buat amalan lebih...

tapi kalau ikut pengalaman cikmimie yang dah 20 tahun menyambut Syawal, sambutan hari raya makin lama makin x meriah... sebabnya;

1) lampu pelita dah tak banyak dipasang

dulu masa cikmimie kecik- kecik dulu selalu tolong atuk pasang pelita masa malam 7 likur... cikmimie tolong isi minyak je... sambil- sambil nyalakan pelita tu, cikmimie bakar mercun sekali, hehehe... tapi sekarang, sejak rumah wan cikmimie ada lampu jalan setelah wan cikmimie 'request' kat TNB, rasa macam dah tak bermakna nak pasang pelita... ye lah, buat apa nak pasang pelita kat tempat terang... bak kata orang, 'sudah terang lagi bersuluh'...


2) kuih idok dibako, dibeli aje...

bila raya je, mak cikmimie semangat nak buat kuih... paling wajib adalah kuih sepit... (ala kuih yang dibakar atau digoreng sambil disepit tu...) cikmimie biasanya akan jadi tukang sepit dan goreng dan mak cikmimie hanya bancuh adunan kuih tu je, pastu dia pergi keje... tapi sayaaaaaaang, tahun ni dah tak buat kuih dah, semua nak beli atas pelbagai faktor seperti kesibukan di tempat kerja dan kepenatan dek cuaca... apa cikmimie nak jawab kalau skandals cikmimie datang dan tanya, "mana kuih yang awak buat?"

3) dah tak dapat duit raya yang banyak...

atas dasar umur yang sudah lanjut dan cikmimie pun dah ada duit sendiri, keputusan majlis perwakilan keluarga cikmimie menetapkan duit raya pada tahun ni adalah dibekukan... kalau ada pun mungkin seringgit dua je... kalau dulu depa sume bagi sorang RM50, tapi sekarang... lagi bagus, abang cikmimie minta duit raya pulak! nak raya rumah ke rumah, mungkin dah tak relevan berdasarkan umur dan saiz badan cikmimie yang makin meningkat ni...

4) kad raya! kad raya!
masa cikmimie sekolah menengah, cikmimie tukar- tukar kad raya dengan kawan... macam- macam jenis kad ada... berlampu, bermuzik, pantun lawak, warna- warni... balik rumah, gantung kat dinding dengan bangganya... tapi sejak teknologi makin maju ni, kawan- kawan sume pakai e- card je... paling best pun, mesej raya kat handphone... 

5) rancangan kat TV vs kunjung- mengunjung...
ni pun salah teknologi serba canggih jugak! hehehe... stesen- stesen TV berebut- rebut nak siarkan program dan citer- citer best sepanjang raya... ye la, masa raya la rating akan meningkat dek ramai orang holiday... oleh sebab tu la orang kita lupa nak menziarahi sanak- saudara dan jiran tetangga... kalau pergi rumah Mak Long Bedah, tak dapatlah tengok konsert Anuar Saidin... kena pulak Mak Long Bedah anti- Anuar Saidin...



6) baju raya sepasang je...
dah besar, tak payah lah nak meriah sangat baju raya tu! cukuplah sepasang... wah, sedih cikmimie bila dengar pandangan macam ni... tak kiralah, kecik ke, dah besar ke, cikmimie tetap nak 5 pasang baju raya... dulu mak cikmimie keluarkan duit dalam bank semata- mata nak beli baju raya... semua ada; baju kurung, t- shirt, blouse, baju tidur dan lain- lain lagi... sekarang ni, mak cikmimie cakap, "kau beli la sendiri!" kalau dah pakai duit cikmimie tu, memang sikit je la baju raya yang dapat...
[baju raya alaf baru... maklumlah, sekarang ni fesyen sume nak pelik- pelik je]

sebab tu lah dari tahun ke tahun, raya cikmimie jadi tak best... kalau dah kerja nanti, lagi la... kena fikir pasal cuti, duit raya... kalau dah kahwin pulak, kene menung pasal baju raya keluarga yang kena sedondon, bajet aidilfitri, bergaduh dengan suami pasal nak raya kat kampung mana... ( kenapa tetiba masuk bab kahwin ni?)

apa- apa pun, selamat menyambut hari raya aidilfitri! maaflah kalau cikmimie ada terkasar bahasa dalam menulis blog ni... pandu dengan cermat, ingatlah cikmimie tersayang...

No comments:

Post a Comment