Thursday 11 August 2011

Ingatkan... tapi...

ungkapan yang selalu kita cakap lepas kita kenal sesuatu; tak kisahlah individu ke, kumpulan ke, barangan ke, tempat ke... contohnya kalau kita tengok seorang minah bernama Dahlia tanpa bercakap dengan dia... kita perhati je Dahlia ni... nampak macam minah ganas, garang, kaki gaduh... tapi bila kita bercakap dan kenal dengan dia, "la lembut rupanya anak Pak Mail ni!"


bila nampak seorang lelaki berperwatakan menarik dan ala- ala ustaz, automatik (tak perlu buat eksperimen) kita cop orang tu sebagai ahli syurgalah, pembimbing rakan sebayalah, manusia paling baiklah... tapi bila kita dah kenal at least secara luaran, baru kita tahu, dialah pengadu domba dan pembawa fitnah...


kita tengok poster sebuah filem... nampak macam tak best disebabkan warna poster tu kelabu asap ke, pelakon tak macho atau tak lawa ke... tapi lepas memaksa diri untuk tengok jugak filem tu, baru kita tahu betapa bestnye filem 'My Hurt' tu... terngiang- ngiang segala dialog dalam mimpi...



bila bincang dengan keluarga pasal tempat percutian yang nak dikunjungi masa cuti nanti, kita cuba nak elak daripada bercuti kat Pulau (D) sebab kita pernah tengok gambar pulau tu dalam surat khabar... eiii, buruknye!!! tapi malangnya, keputusan majoriti nakkan Pulau (D) sebagai tempat nak rehatkan badan... oleh sebab terpaksa, kita pun pergi dengan hati yang lara... bila dah tengok Pulau (D) dan melakukan segala aktiviti kat sana, tahu pun tak nak balik... siap nak bermastautin kat situ...

pengajarannya, bila jumpa atau dengar tentang sesuatu, janganlah sesuka hati buat pengadilan... kita ni bukanlah hakim yang bijaksana atau pakar psikik yang boleh tahu sesuatu dengan melihat pada permukaannya je... jauh sekali Tuhan yang tahu segala- gala... sebab tu lah kita dikurniakan akal fikiran, mata, telinga, mulut dan segala ejen yang boleh membantu kita mengenali sesuatu... sama je kalau kita dengar sesebuah kes yang disiarkan dalam berita... jangan cepat menyalahkan tertuduh sebab "kita ade ke kat tempat kejadian?" kita cuma dengar je dalam berita... macam kes mona fandey... kita tahu ke kalau dia tu betul- betul bersalah?

kalau kita tak pasti tentang sesuatu, kita mesti buat penyelidikan... biarlah orang panggil kita saintis berangan, asalkan kita dapat tahu kebenaran...

No comments:

Post a Comment