Tuesday 31 May 2011

dunia juga kebahagiaan kita...

kenapa selalu salahkan dunia kalau manusia berperangai teruk? contohnya;
"oh dunia ini, penuh kepalsuan..."
ni petikan daripada lirik lagu yang popular sekitar 90an kalau tak salah cikmimie la.... kalau kita kaji balik lirik ni, dunia mana ada palsu... semuanya realiti cuma manusia je yang tidur dan tak mahu bangun daripada mimpi dan fantasi... nak berangan je yang dunia ni dia yang punya...

lepas tu ramai yang kaitkan dunia ni ibarat penjara bagi umat Islam... mana ada penjara dalam dunia ni... kenapa? sebab orang Islam tak boleh berseronok macam orang lain ke? sebab kita tak boleh sentuh arak, dekati zina dan buka baju sesuka hati ke kat atas dunia ni?
dunia... ingat Tuhan suka- suka ke cipta bumi ni... mesti ada fungsinya... untuk dimasyhurkan oleh manusia yang bergelar khalifah... orang cakap Adam (a.s.) dicampakkan ke dunia sebab satu kesalahan... betul ke? sebenarnya, tu teori orang- orang yang tak faham tujuan manusia diturunkan ke bumi ni... memang Adam (a.s.) dan isterinya buat salah tapi itu bukan sebab utama mereka diletakkan ke bumi... tujuan utamanya adalah untuk memajukan dan membangunkan bumi ni agar jadi tempat yang makmur dan sejahtera... tempat bergembira bagi manusia... tu pun kalau kena dengan caranya...
macam mana dengan kenyataan 'kalau kena dengan caranya'? mesti tak fahamkan? mcam ni... ibaratkan bumi ni macam sebiji epal yang enak... epal ni pulak diberi pada kita... apa kita nak buat dengan epal ni? kalau kita gunakan epal ni sebaik- baiknya iaitu makan, kita dapatlah manisnya... tapi kalau kita gunakan epal ni sebagai senjata untuk dibaling kepada kawan- kawan, memanglah kita tak rasa nikmatnya...
dunia ni macam sebuah dewan makan yang penuh dengan makanan... ada mee goreng, roti bakar, buah- buahan, kek, spageti dan banyak lagilah... orang yang betul- betul memanfaatkan nikmat ni akan makan dengan penuh cermat manakala orang yang salah gunakan nikmat ni akan baling segala makanan ni ke luar dewan... ye lah, barang ni sume macam tak ada guna bagi dia...
kenapa orang kata betapa dia sangat susah kat atas dunia ni? jawapannya, dia tak pandai gunakan apa yang ada kat atas dunia ni... contohnya;
kat atas dunia ni ada benih epal, tanah, air, cahaya matahari dan udara... orang yang pandai menggunakan kelebihan ni akan menanam pokok epal agar pada masa kan datang dia dapat merasai kemanisan epal tu... tapi orang yang tak tahu apa nak buat dengan benih epal, tanah dan lain- lain tu akan biarkan segala nikmat ni sampailah habis tarikh luput... kesannya, bau epal pun tak terhidu... 
jadi, macam mana nak cakap yang dunia ni penjara? nikmat adalah...
berbalik kepada persoalan yang umat Islam ni tak ada kebebasan untuk menikmati segala nikmat kat atas dunia ni secara ekstrem... soalan... arak tu membawa kepada rasa khayal dan mabuk... kalau kita minum mestilah rasa mabuk dan daya pemikiran pun tak betul... masih bebaskah kita untuk berfikir lagi dalam keadaan minda kita disekat oleh pengaruh alkohol? kalau kita melakukan zina secara bebas, tiba- tiba kita disahkan menghidap HIV positif... masih bebaskah kita untuk menikmati kehidupan pada hari- hari mendatang?
jadi, fikir- fikirkanlah sebelum nak buat sesuatu di luar batasan tu... takut- takut nanti kebebasan dan kenikmatan kita ditarik olehNya...

hm.... apa nak buat, ya?

mak cakap, "biar orang buat hal tak baik kat kita, jangan kita buat hal tak baik kat orang."
cikmimie bantah, "kalau dia terus buat jugak, takkan kita nak biarkan... ni tak boleh jadi, mak! nanti dia pijak kepala kita sebab fikir kita lemah."
mak cakap balik, "tak pe, lagi dia buat jahat, lagi kita buat baik... lagi dia baling tuba, lagi kita serah madu. lama2 nanti dia mesti rasa serba salah."
betul ke? sekarang ni, ada lagi ke orang macam mak cakap? tengok je la parti politik kat sini... balas2 hujah... kadang2 tak betul pun hal tu tapi sengaja diadakan sebab nak menangkan kenyataan mereka serta hati rakyat...
pokoknya, hati cikmimie sendiri yang tak tahu nak ikut ke tak cakap mak ni... cikmimie pernah rasa sakitnye hati bila dikhianati oleh orang yang kita buat baik ni (bukan mengungkit la...) rasa nak tanam je 'si dia' tu hidup2...
tapi mak cakap, dulu ada orang pernah buat jahat kat dia tapi dia sabar je dan terus buat baik dengan orang tu... akhirnya orang tu baik dengan mak...
cikmimie fikir, suka hati orang tu je nak berbaik balik dengan mak lepas hentam mak teruk2... tapi mak cakap, "biarlah... biar Tuhan yang balas. maafkan je orang tu."
maaf? senang ke nak buat? orang yang menghentam tu senang nak minta maaf tapi kita yang dihentam ni, senang ke nak beri kemaafan? tapi ingatlah, Nabi pun maafkan umatnya... ni ayat pujukan si penghentam... konon siapalah kita tak nak maafkan dia sedangkan Nabi pun boleh buat...
realitinya, orang biasa tak sekuat dan sebaik Nabi... ada kesabaran... alah, ambil contoh terdekatlah, Abu Bakr pun pernah marah... inikan pulak kita yang kira so- so ni...
jadi, sama2 la renungkan bila nak buat jahat kat orang bila dah diberi madu... jangan sampai kita tak dimaafkan oleh orang yang kita dah buat salah tu.... tersangkut nanti masa hari pembalasan...
kalau kita dibaling tuba pulak, cubalah untuk menghadiahkan madu... bak kata mak tadi, lama2 lembutlah dia tu...