Tuesday 6 September 2011

“I saw Islam in non- Muslim”

cikmimie teringat masa tengah dengar kuliah dalam kelas, lecturer tetiba citer pasal ada sorang ulama’ Islam ni mengeluarkan kenyataan seperti tajuk artikel... “I saw Islam in non- Muslim.” Itulah kata- kata ulama’ ni bila dia pergi ke sebuah negara bukan Islam tapi mengamalkan sikap seperti dituntut dalam Islam... walaupun sebahagian besar rakyat kat negara tu tak pernah baca al- Quran apatah lagi al- Hadith, mereka seperti dah tahu apa yang baik dan tak baik dibuat dalam kehidupan seharian...

mungkin Angelina Jolie contoh terbaik dalam hal ni?

petang tadi, ada seorang kawan abah cikmimie datang melawat kitorang kat rumah... saja- saja datang... ingatkan nak raya... nama dia Batumalai... kalau dah nama macam tu, sah- sahlah dia orang India dan beragama Hindu... mak cikmimie tanya dia, “dah sembahyang ke belum?”


menurut mak cikmimie, dia sangat berpegang teguh kepada kepercayaan yang dia pegang... dia percaya agama Hindu, dia ikut dan taat kepada perintah agamanya... apa yang agama dia larang, dia akan cuba elak daripada buat... bukan cikmimie nak berdakwah supaya umat Islam sekalian menganut agama tersebut, tapi cikmimie nak jadikan contoh betapa kita ni sebagai umat Islam patut menurut kemahuan syariat seperti mana Encik Batumalai tu buat walaupun berbeza kepercayaan...


ada antara umat Islam mengaku Islam tapi tak ikut pun apa yang disuruh agama... lampu merah, dia jalan... lampu hijau, dia berhenti... suruh jaga kebersihan, tak nak... dah lah tu, asyik buang sampah merata- rata dan ikut suka je...






cuba tengok kerajaan Singapura yang bukan berteraskan Islam tu... buang sampah merata- rata, kena denda... negara Malaysia yang berpaksikan Islam ni? Walaupun ada papan tanda ‘DILARANG MEMBUANG SAMPAH, DENDA RM500’, masih ada yang berani buang sampah... sadisnya bila ada yang buang sampah kat bawah papan tanda tersebut... cikgu BM cikmimie pernah pergi Singapura... dia citer kat kelas yang pemandangan kat kota Singa tu sangat cantik... lepas tu dia membandingkan keadaan rumah Singapura dengan Malaysia... dia cakap, “agaknya, belakang rumah diorang macam depan rumah kita...


sifat keprihatinan ‘mat- mat saleh’ terhadap haiwan tak kiralah kucing atau singa atau ular pun lebih tinggi daripada kita... cikmimie pernah tengok video mat saleh selamatkan kucing dari atas pokok... tapi ada antara kita yang menyepak kucing macam nak buat sepakan penalti... kesian betul budak comel tu!


Dalam Islam melarang kita mengutuk agama lain sebab nanti pengikut agama lain tak segan- silu dan berani mengutuk agama Islam temasuklah bab Tuhan dan para Nabi... tapi kita secara sedar atau tak sedar sering mengutuk agama lain... ternyata larangan daripada Islam ni sebenarnya ada baiknya demi menjaga keamanan dunia yang dihuni oleh pelbagai makhluk berbilang agama, bangsa dan negara...


cikmimie pernah terkena dengan sahabat Muslim sendiri... cikmimie seorang yang lalai dalam menjaga barang sendiri... cikmimie pernah tinggalkan dompet dalam kelas, bawah meja belajar pada waktu rehat... bila cikmimie teringat balik pasal dompet tu, cikmimie terus ke kelas balik tapi duit dalam dompet cikmimie dah hilang... cikmimie tahu sapa yang curi, orang Islam sendiri... kecewanya dengan sikap diorang ni! nama je anak orang kaya- raya...


tak lama dulu, masa cikmimie  dalam perjalanan balik ke rumah, cikmimie tertinggal dompet dalam KTM... dah sampai Sentral KL baru cikmimie sedar yang dompet cikmimie tak de... cikmimie macam nak nangis sebab sume duit, IC, kad pelajar ada dalam dompet tu... tetiba cikmimie dapat panggilan dari seorang apek ni kata dia jumpa dompet cikmimie... dia suruh cikmimie pergi ke stesen seterusnya (cikmimie tak ingat la pulak nama stesen tu) untuk ambik dompet... bila jumpa apek tu, cikmimie terus ucapkan terima kasih... rasa macam nak bagi duit je tapi nampaknya dia lebih berada daripada cikmimie... hehehe... dia siap pesan kat cikmimie supaya jangan cuai dan lebih berhati- hati... wah, jujurnya dia! Dia seorang penganut Buddha tapi amalkan apa yang Islam ajar...


Pernah sekali cikmimie tertidur dalam KTM... bila dah sampai stesen Seremban, ada orang India kejutkan cikmimie... cikmimie ingat lagi ayat dia bila cikmimie terbangun;

Hei, sudah sampai stesen last pun mau tidur lagi ka?”

walaupun cara dan ayat dia kejutkan cikmimie sangat kasar, tapi cikmimie bersyukur sebab ada jugak manusia yang prihatin kat cikmimie... nasib baik Seremban adalah stesen terakhir, kalau tak... tapi yang mengecewakan cikmimie adalah sikap orang- orang Islam yang duduk berdekatan cikmimie yang tak kisah pun dengan cikmimie... 


jadi, kalau orang lain mengutuk pasal Islam, janganlah cepat salahkan diorang... scan dulu apa yang kita lakukan sampai orang lain nampak seperti apa yang diorang fikir...

Monday 5 September 2011

(>_<)... macam mana nak buatkan status anda dikomen oleh kawan kawan? [dedicated to facebookers]...

Korang post status tapi tak ada sapa yang komen... kalau sekali dua tak pe, ini setiap kali post status mesti tak de maklum balas... at least, like pun fine... tak pe, berdasarkan pengalaman cikmimie dan ilmu warisan yang cikmimie tuntut daripada kenalan, biar cikmimie jadi doktor untuk merawat penyakit ini...


 1) jangan ego dan sombong nak like atau komen status orang lain...
Orang tua cakap, “orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa.” Eh, macam tak de kena mengena je dengan point yang ni... ha, cikmimie tahu peribahasa yang sesuai! “bagai aur dengan tebing.” Sebab depa dua ni  saling memerlukan... jadi korang perlu rakan anda untuk memberi komen... dan kalau kawan korang tu faham dengan masalah korang, mesti dia akan komen status korang... balas- balas komen dengan orang yang sama, lama- lama jadi banyaklah... bak kata pepatah, “sikit- sikit, lama- lama jadi bukit.” [by: murid Karam Singh Walia]


2) tak kenal maka tak cinta...
Sebenarnya, faktor untuk kawan memberi komen kat status korang adalah dia mengenali korang secara face-to-face sebab diorang tahu perihal dan sebab musabab status korang tu... contohnya korang post status berbunyi;
 sakitnya!
Kalau orang tak tahu menahu pasal status ni, memang dia tak layan sebab dia takut salah tafsir... tapi orang yang ada di tempat kejadian mesti tahu punca status tu dikongsikan dan mungkin berminat untuk beri komen...







3) tulis status dalam pelbagai bahasa...


Hm... memang malas nak tulis status dalam banyak bahasa... macam tengah buat sarikata pulak kan... kalau mampu, korang tulis status dalam bahasa ibunda sendiri, lepas tu ‘translate’ ke dalam pelbagai bahasa... contohnya bahasa ibunda cikmimie adalah Turkish, cikmimie buat penterjemahan ke dalam bahasa Melayu kat bawah status tu... barulah kawan- kawan dari pelbagai negara suka nak komen sebab diorang faham...


4) buat status mengarut/ memoyokan diri...
Ikut kajian cikmimie selama beberapa tahun, status yang dikongsi bertujuan untuk mengarut dalam facebook lebh cenderung untuk menerima banyak komen samada komen menyokong atau membangkang... biasalah kan, kalau dah status buat orang lain jadi menyampah atau geli hati, pasti dapat perhatian kalau nak dibandingkan dengan status skematik dan ada unsur- unsur  ilmu pengetahuan... tapi ada jugak cikmimie baca status pasal isu- isu semasa negara yang macam pisang goreng panas dek kerana masing- masing nak mempertahan idea dan pandangan diorang... fire! fire! fire!

 "SAYA BUDAK BAIK"

 5) post status mengenai teka- teki atau soalan uji minda...
Popular kalau korang pandai cipta teka- teki sendiri... kalau tak de idea, tanya kawan- kawan... suruh diorang beri idea... jangan ambik idea kat internet atau surat khabar sebab teka- teki kat sumber tersebut telah diketahui dan dipakari oleh ramai manusia... sertakan sekali hadiah kalau anda mampu... mesti ramai yang komen dengan memberi jawapan... 




6) tag nama kawan- kawan...
Hm... menjadi ke idea ni, ye? Biasanya jadi sebab kawan- kawan rasa dihargai bila nama diorang bertakhta di post korang... lagi ramai kawan yang korang tag, keberangkalian nak dapat banyak komen tinggi melangit... tag la nama Bedah, Senah, Ali, Muthu, Ah Cheng... kalau sekomen sorang, kan dah ada 5 komen tu... banyak tu 5 komen!!! tag nama kawan- kawan ni merupakan cara paksa tahap pertama... dan kalau tak jadi jugak...


7) inbox kawan- kawan seramai mampu untuk paksa diorang komen status korang...
Cara ini adalah cara paling mudah dan ganas untuk mendapatkan komen daripada ramai kawan... ketika meng ‘inbox’ mangsa, sertakan sekali ugutan untuk remove diorang daripada ‘friend list’ korang... ataupun kalau mangsa berada dekat dengan kawasan anda, ugut diorang dengan mengatakan anda akan menyebarkan rahsia tersulit dan terbesar kalau diorang tak nak beri komen... jahat tak? Tu lah, sapa suruh tak komen apa- apa...


Semua points di atas adalah idea cikmimie semata- mata... kalau korang ada idea yang best lagi, korang bagitahu cikmimie sebab cikmimie pun nak praktikkan... ada jugak orang yang “ada aku kesah?’ kalau tak dapat komen apa- apa... cikmimie pun sama sebenarnya... apa- apa pun, selamat mencuba!