Tuesday 26 July 2011

x suka kalau ade orang lakukan...

cikmimie nak citer sikit ape yang cikmimie tak suka orang buat perkara- perkara kat bawah pada cikmimie dan orang lain...

1) tak ucap apa- apa bila nak akhiri perbualan...
tak kiralah face-to-face ke, dalam telefon ke, kat facebook ke, surat- menyurat ke, kalau nak akhiri perbualan tu sekurang- kurangnya cakaplah 'bye' ke... ni tak, terus matikan talian... cikmimie tak suka dengan perangai orang yang macam ni sebab dia tinggalkan tanda tanya; memang talian dia terputus ke atau dia dah habis cakap? kalau ada mukadimah sebelum cakap seperti "Assalamualaikum", haruslah ada penutupnya... jangan biarkan perbualan anda diselubungi misteri........


2) merendah- rendahkan keupayaan cikmimie dan orang lain...
cikmimie memang seorang yang merendah diri (pujian kepada diri sendiri) tapi tak bermakna ada pihak lain boleh merendah- rendahkan keupayaan cikmimie... contohnya, memang cikmimie tak boleh berenang, tapi tak bermakna orang lain boleh ejek cikmimie, "dia tak boleh selamatkan orang lemas sebab dia tak boleh berenang." mungkin cikmimie ada cara lain nak selamatkan orang yang tengah terkapai- kapai tu... naik bot ke, hantar dolphin ke... dan cikmimie sakit hati bila (X) merendah- rendahkan keupayaan (Y)... walaupun dia tak ejek cikmimie, tapi sebagai manusia, cikmimie patut rasa sakit bila (Y) diperlakukan sebegitu rupa... merendah- rendahkan keupayaan ni jugak berkait dengan soal kepercayaan (Y) terhadap (X)... apa perasaan (Y) kalau (X) memandang rendah kepadanya lalu tak percaya langsung yang (Y) boleh buat sesuatu perkara dengan jayanya?



3) perang dingin dengan cikmimie tanpa cikmimie tahu punca sebenar...
hei, memang cikmimie tak suka kalau ada orang yang tetiba tak nak bercakap dan beramah- mesra dengan cikmimie kalau cikmimie tak tahu puncanya... sebabnya cikmimie tak suka hidup diselubungi misteri... silalah beritahu cikmimie puncanya, jadi cikmimie boleh betulkan kesilapan... kalau senyap seribu bahasa, macam mana cikmimie nak membaiki hubungan kita? dan macam mana cikmimie nak baiki diri sendiri? dah lah tak nak cakap face-to-face, mengumpat pulak pasal perkara- perkara yang belum tentu betul pasal cikmimie kat kawan- kawan... kalau berani, mai la kita ber'dating' supaya hal ni dapat disettlekan dengan baik...


4) mengongkong tak tentu pasal...
cikmimie tak suka kalau ada orang cuba ubah apa yang cikmimie ada sekarang ni... lain lah kalau perubahan tu ke arah kebaikan... perubahan ke arah kebaikan tu macam ubah gaya malas cikmimie kepada gaya rajin...  perubahan yang cikmimie tak suka tu macam ubah gaya cikmimie... tak kisahlah gaya dari aspek apa sekalipun; fesyen ke, cara bercakap ke, cara belajar ke, cara habiskan waktu terluang ke... selalunya orang yang suka mengongkong ni akan suka mengkritik tentang gaya sebab dia nak kita atau cikmimie jadi macam apa yang dia nak... dan juga orang macam ni suka memaksa supaya kita atau cikmimie ikut je cakap dia... suka hati cikmimie lah nak buat apa pun asalkan tak langgar hukum agama...

5) buat missed call tanpa tujuan munasabah...


lagi geram... selalunya memang orang sejenis macam ni ada sifat mengada- ngada dan tak fikir perasaan orang yang di'missed call'nya sampai 100 kali... cikmimie ingat ada hal penting, cikmimie telefonlah balik... rupa- rupanya, saje nak bergurau di pagi hari... carilah point lain nak bergurau, bukan cara macam ni... manalah tahu kalau- kalau mangsa tengah sibuk buat kerja, tak ke kena maki lepas tu?

6) ambil kesempatan atas sesuatu...
mentang- mentanglah (A) seorang yang lembut, suka hati (B) je nak buat apa- apa pun kat (A)... ingat (A) tu robot ke yang tak ade perasaan? orang macam (B) ni lah cikmimie memang nak 'fire- firekan' dia sebab suka menggunakan sesuatu kelemahan atau boleh jugak kata kelebihan seseorang untuk kepentingan diri sendiri... mentang- mentanglah (E) sangat rajin tapi lurus bendul, suka hati (F) je nak arahkan (E) buatkan assignments dia yang melambak- lambak dan tertangguh tu... mentang- mentanglah cikmimie tengah bersenang- lenang sekarang, suka hati dia je nak ajak teman dia dating...

Saturday 23 July 2011

Dulu; Keikhlasan... Kini; Keuntungan

Tengah mak cikmimie basuh kain guna mesin basuh, tetiba mesin tu buat hal... mak cikmimie merungut, “mesin nijam ni copek bona ghosak! Baghu guno 3 taun dah tak beguno...”

lepas tu mak cikmimie terus merungut tentang ketidaktahanan barang- barang elektrik sekarang ni... kata mak cikmimie, barang- barang dulu tak sama macam barang- barang yang dihasilkan sekarang... barang- barang dulu tahan lama... mak ckmimie bagi contoh; dia pernah guna peti ais berjenama SINGER selama 20 tahun (sama umur dengan cikmimie)... tahniah SINGER sebab berjaya keluarkan peti ais yang panjang umur... lepas tu mak cikmimie mash pakai mesin jahit yang dibelinya pada beberapa tahun yang lalu (tak sure la bila dia beli, tapi lama jugak la)... jenama SINGER jugak! jadi produk SINGER memang berkualiti tinggi...

memang patut pun mak cikmimie merungut... pengeluar sekarang ni hanya fikirkan keuntungan je berbanding keikhlasan diorang nak tolong insan sejagat...  sepatutnya tujuan berniaga adalah untuk menolong orang dengan memasarkan produk- produk yang diperlukan sambil menjaga kualiti agar kelak tak menyusahkan pengguna untuk membaiki  produk yang telah diberi... ni tak, buat produk yang tak tahan lama dengan mengabaikan atau sengaja mengabaikan kualitinya agar kelak orang ramai beli lagi produk yang sama... jadi kelangsungan sesebuah syarikat untuk mendapat untung akan terjamin sebab diorang yakin orang ramai akan terus beli, beli dan beli lagi kalau produk tu rosak...

katakanlah cik Bedah beli mesin basuh jenama (X)... cik Bedah hanya dapat menggunakan mesin basuh tu selama 3 tahun je, lepas tu kong... cik Bedah mesti akan beli mesin basuh berjenama sama sebab cik Bedah dah terbiasa guna mesin basuh jenama (X) tu (sebab kalau pakai jenama lain, cik Bedah tak tahu nak tekan butang mana untuk ‘spin’, ‘rinse’ dan sebagainya)... kalau ada 100 orang macam cik Bedah, tak ke untung syarikat (X) tu? Memang ni lah strategi hebat syarikat pengeluar untuk terus memastikan syarikat diorang maju dan dikenali ramai walaupun mengabaikan aspek kualiti...


tak nak tulis panjang- panjang... kepada syarikat pengeluar barangan, tolonglah betulkan niat nak meniaga tu... jangan asyik fikir untung je tanpa meningkatkan kualiti produk... jangan sampai pengguna cari jenama lain seperti (A), (B) atau  (C) dan meninggalkan jenama (X) dan (Y)...

Thursday 21 July 2011

Kita tak sedar kita ibarat limau manis sebelah...

Perumpamaan 'limau manis sebelah' bermaksud percaturan yang tak adil... manis berkait dengan perkara yang best je sebab mana ade orang yang tak suka manis? wah, skemanya permulaan!


ramai orang cuba untuk mengelak daripada menjadi macam perumpamaan ni tapi boleh ke selalu kita berlaku adil? cikmimie pernah menonton sebuah filem dari China bertajuk 'Fearless' yang mengisahkan kehidupan seorang guru Kung Fu... bukan nak citer pasal filem ni tapi ada satu dialog yang buatkan cikmimie rasa kagum dan terpaku bila kawan guru Kung Fu ni cakap,
 "siapa yang boleh menjamin semua benda dalam dunia ni berlaku adil?"


cikmimie fikir, memang betul pun apa yang kawan guru Kung Fu ni cakap... tengok sekeliling je pun dah dapat gambaran betapa tak adilnya sesebuah sistem (bukan berkaitan dengan BERSIH) di dunia ni... sebagai contoh; 

seorang guru yang asyik memberi layanan baik kepada pelajar yang diminati atas sebab pelajar ni pandai dan datang daripada keluarga yang kaya- raya... maaflah warga guru tapi cikmimie pernah nampak situasi ni berlaku...

betapa tak adilnya sesebuah bangunan itu didirikan atas cukai seluruh warga sesebuah tempat jika tempat tu hanya boleh dimasuki oleh orang- orang tertentu je... point ni korang fikirlah sendiri sebab melibatkan isu sensitif sikit...

betapa tak adilnya cikmimie bersosial dengan blog ni dengan membiarkan adik cikmimie bercakap seorang diri...


kita semua mahukan keadilan ditegakkan oleh pihak tertentu dan diri kita sendiri tapi selalunya takkan menjadi... kita mesti memberatkan faedah kepada sesetengah pihak je tanpa menyedari yang kita sedikit dah abaikan pihak lain... contohnya; kita ada 2 ekor kucing; A dan B... kita selalu belai A dan tak selalu belai B atas faktor kecomelan dan kemanjaannya... 

dalam persatuan rukun tetangga (rukun tetangga hanyalah contoh je), ketuanya akan memberi keutamaan kepada orang yang baik dengannya dalam membuat keputusan... kat sini ada sentimen perasaan peribadi ketua terhadap ahli- ahli yang mana perasaan peribadi ni tak tunjukkan sikap profesional ketua tu dalam menjalankan tugas... biarlah ada ahli yang dibencinya, asalkan ketua menilai ahli- ahli menerusi hasil kerja dan bernasnya cadangan mereka tu... benci tolak tepi... contohnya;

ketua A yang rapat dengan B akan memberi keutamaan kepada B untuk memilih waktu berkawal dan memberi cadangan... kalau C yang mempunyai alasan kukuh untuk mengubah jadual waktu berkawal, pasti ketua A tidak memberi kebenaran atas sebab ketua A tak suka pada C... kalau pun C mempunyai idea yang bernas untuk meningkatkan mutu kawalan sesebuah tempat, ketua A akan membantah sebab dia tak suka idea yang datang daripada orang yang dia tak suka... 

kita juga tak sedar yang kita telah berlaku tak adil terhadap hidupan lain kat atas dunia ni... selalunya dalam point ni kita akan merungut kepada alam persekitaran... macam mana ya? contohnya;

hari ni hujan turun dan kita baru je nak ampai kain... kita pun merungut, "kenapalah hari ni hujan, aku nak ampai kain pun susah!" tapi kita tak sedar, ada hidupan lain yang memerlukan hujan setelah beberapa hari tak hujan macam rumput dan pokok rambutan yang kita makan buahnya sekarang ni. adilkah jika bumi sering disinari cahaya matahari dalam keadaan ada makhluk lain yang sangat terdesak untuk mendapatkan hujan? macam mana kita nak rasakan bestnya pijak di atas rumput yang hijau kalau hujan tak turun membasahi rumput tu? macam mana kita nak makan buah rambutan kalau kita halang (walaupun tak boleh pun nak halang) pokok  daripada dapat air yang segar dari atas langit? burung myna mahukan hujan sebab spesis ni suka berkelah kat lopak- lopak air... macam manusia juga yang suka berkelah kat tepi pantai dan sungai kat hutan rekreasi... ingatlah, dunia ni bukan kita je yang tinggal...


bila panas kita jugak merungut, wah, panasnya!" tapi adilkah kepada makhluk lain macam rumput dan pokok rambutan yang memerlukan cahaya matahari jika sering kali bumi dilanda hujan? selain hujan, mereka juga perlukan cahaya matahari dalam proses tumbesaran dan kelangsungan hidup... dan kita sebenarnya sangat tidak adil kepada spesis kita sendiri yang menjana pendapatan dengan menjual cendol, abc, aiskrim, minuman sejuk, payung, pendingin hawa dan sebagainya...


yang penting, kita memang akan tak boleh menjadi seorang yang adil tapi kita boleh mencuba sehabis baik untuk menjadi adil... dan yang paling penting, jika kita tak dapat keadilan seperti yang diharapkan, kita perlu cool dan mengkaji mengapa keadilan tak berpihak pada kita... jangan terus salahkan orang yang sepatutnya berlaku adil sebab diorang pun insan biasa macam kita... bertolak- ansur adalah sifat yang boleh membawa kepada keadilan sebab bertolak- ansur bertitik tolak dari perasaan saling memahami... bila kita saling memahami, pasti kita tahu apa pihak lain perlukan dan berlaku adil kepada mereka mengikut keperluan...

Sunday 3 July 2011

kalau anda marah...

Marah bukanlah satu perasaan yang boleh dikawal... sebenarnya, sume perasaan tak boleh kawal... ia datang dari hati, che wah! kalau kita dapat sesuatu yang kita dah lama nak, mesti automatik kita akan rasa gembira... contohnya kalau kita dapat keputusan yang baik dalam exam setelah banyak kali gagal, mesti kita gembira sampai keluar air mata... macam cikmimie yang lemah dalam Additional Mathematics ni pernah ada perasaan; kalau lulus subjek tu dalam ujian bulanan sekolah, rasa nak buat kenduri kesyukuran...

mari kembali ke jalan yang asal- marah timbul bila ada yang membuatkan kita sakit hati, geram dan pelbagai lagi perasaan yang tak disenangi... kadang- kadang disebabkan hal yang kecil pun kita nak marah... mungkin hal kecil tu diselangi dengan faktor persekitaran seperti hujan dan panas. ataupun kepenatan yang berlebihan? tak faham? ok, contohnya, kita baru balik dari kerja (mesti penatkan)... lepas tu, kita nampak rumah yang kita dah kemas sebelum nak ke tempat kerja tu bersepah macam kapal nak berlayar... marah tak? marah tak? padahal kita boleh je kemas balik rumah tu... bukan hal besar pun...

kadang- kadang kita marah pada benda lain, kita lepaskan marah pada benda lain... contohnya, Abu marah kat Bakar, tapi dia tak  tunjukkan kat Bakar tapi dia tunjuk marah kat Ela... sebenarnya, situasi ni tak baik untuk golongan senasib dengan Ela sebab diorang ni tak salah pun... yang salah adalah Abu yang marah tak kena tempat dan menganiaya orang yang tak bersalah... Abu juga harus bincang dengan Bakar secara bersemuka supaya Bakar dapat tahu apa yang Abu marahkan tentang dia...

Dulu, cikgu cikmimie bagi tips nak hilangkan marah... dia cakap, kalau marah sangat tapi tak dapat lepaskan marah tu kat pihak tertentu, tumbuk batang pisang kat belakang rumah (orang kampung tak tahu kewujudan 'punch bag')...

Ustaz cikmimie suruh berzikir banyak- banyak kalau marah sangat... baca ayat kursi pun membantu, tak pun ambil wudhu' supaya kepala dan badan jadi sejuk sikit... Rasulullah (s.a.w.) mengajar kita cara nak hilangkan marah;


"Apabila salah seorang daripada kamu marah dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya.Dan kalau tidak, maka hendaklah dia berbaring."
(Muslim)

Teori cikmimie, kalau sakit hati dengan seseorang, jangan terus marah dia... ingatlah kebaikan yang dia pernah beri kat kita walaupun tak seberapa... contohnya kalau kita sakit hati dengan kawan sebab dia tak tunggu kita untuk balik sama- sama, ingat balik yang dia pernah pinjamkan payung waktu kita berjalan dalam hujan dulu... kalau marah jugak, ingatlah kesusahan yang kita pernah beri kat dia... contohnya, kalau kita marah kat adik sebab dia kotorkan baju kesayangan kita, ingat balik yang kita pernah minta dia selesaikan kerja sekolah kita... tak malu! dengan mengikut teori ni lah, cikmimie berjaya tak menjerit mengikut kadar kemarahan kat target... bile cikmimie ingat balik dua hal tadi, mesti tetiba je cikmimie jadi sayu dan bermonolog dalaman, "layak ke aku nak marah dia?"


tak pun, kalau nak menjerit jugak kat orang yang kita marahkan tu, cuba cara ni; naik puncak gunung dan jerit nama orang yang kita marah sambil meluahkan lava kemarahan sekuat hati... gerenti hilang punya... paling bagus kalau panjat gunung atau bukit belakang rumah dia... biar dia dengar... korang ingat kat puncak gunung boleh jerit "I love you" je? boleh je jerit "I hate you very much!"


kalau tak cukup stamina nak daki gunung, cuba cara ni pulak... ambil sebatang pensil (lagi pendek lagi bagus), dan patahkan... mesti rasa marah tu hilang bersama- sama patahnya batang pensil tu...

marah boleh meningkatkan kadar tekanan darah... maka janganlah marah selalu, takut nanti disahkan menghidap penyakit darah tinggi... lagipun, orang tua pernah pesan, jangan cepat marah, nanti cepat tua... ye lah, asyik berkerut je, mana tak berkedut muka tu... cikmimie pesan, senyumlah selalu!