Sunday 2 December 2012

bukit tabur!


sambil dengar lagu- lagu Maher Zain, cikmimie taip la apa yang cikmimie tengah taip sekarang... sekarang ni dah pukul 0003, esok ada kuliah... ah, malasnya! pagi tadi cikmimie panjat Bukit Tabur, Taman Melawati... seronok bila sampai puncak dan banyak la tempat- tempat yang jadi pengarang jantung hati cikmimie... walaupun penat sangat, tapi puas sebab hajat setahun lalu dah kesampaian... sepanjang pendakian, nak jatuh ada, kena marah dengan boss sebab banyak main pun ada, kehilangan stamina dan macam- macam la cabaran... tapi jalan jugak sebab nak sampai puncak...

memang ayat cikmimie macam orang gayat tak pernah naik gunung kan? tapi cikmimie terlampau gembira la la la... so, cikmimie nak kongsi gambar- gambar yang cikmimie sempat ambik sebelum handphone cikmimie kehabisan bateri...

pemandangan sangat cantik... sebab tu cikmimie captured view ni...


this is me! nampak tak? gambar sengaja dikaburkan...
kawasan perumahan... tak sempat pulak nak bertegur sapa...

ingat nak mandi kat sini... rupanya tasik ni adalah empangan air... huhuhu...

dengan budak comeyl a.k.a pendamping sepanjang pendakian...


kamera yang digunakan murah je... guna kamera handphone murahan, sekilo RM8 kot... dah la amatur! hehehe... ni pun dapat peluang nak panjat sebab ada orang bawakan... tu je nak share... hahaha...

Thursday 11 October 2012

buat apa waktu senggang antara kelas?

waktu senggang- lame giler tak dengar perkataan ni adalah sinonim dengan waktu lapang, waktu yang mana makhluk tak sibuk dengan kerja- kerja wajib seperti menghadiri kuliah, meeting, etc... biasanya hadirin hadirat mengisi masa senggang dengan hobi kesukaan kita seperti menggubah bunga, tidur dalam peti sejuk, main badminton sambil ampai kain dan berendam sambil hafal sifir 3...

"hobi aku menguap... ade masa lapang je, aku menguap..."


tapi ada masalah kalau kita ada waktu senggang pada ruang antara kuliah sebelum dan kuliah selepas... masanya bukan 10 minit, tapi sejam, dua jam, 3 jam... so, apa nak buat pada waktu sebegini?

1) tolong mak cik cleaner bersihkan kaki lima kuliah...
aktiviti seperti di atas adalah aktiviti sukarela dan melayakkan korang bergelar sukarelawan ternama antara teman- teman kuliah dan para pensyarah... selain mendapat pahala, korang juga mendapat nama dan kehormatan... mana tahu suatu hari nanti, dengan kepakaran dalam kerja cuci- mencuci yang korang asah ketika zaman universiti mampu membuatkan korang menjadi usahawan syarikat Cuci Bersih yang ternama?

"tak de sesape lalu ke? ish!"


2) ulangkaji pelajaran...
walaupun tahap kemalasan membaca buku korang sangat kritikal, tapi demi mengharumkan nama negara dan menjadi anak watan yang disegani, perkara ni haruslah dilakukan walaupun terpaksa... korang nak rangkul Dean's List tapi pemalas tahap unta so memang tidak kesampaian cita- cita murni tu... daripada korang termenung mengenangkan nasib, baik korang study rajin- rajin pada waktu senggang ni...

"tu la kau, dulu aku ajak study sama- sama, kau sibuk kacau Ana tu... sekarang kitorang dah grad, bye3!"


3) makan...
makan adalah satu keperluan yang wajib untuk meneruskan kehidupan... so, makan la pada waktu senggang... makan ramai- ramai lagi best! ada gosip baru untuk di`delivered'kan kepada kawan- kawan seangakatan tentera dengan korang... bukan je kenyang, malah dapat mengeratkan hubungan antara kita...

"lepas ni, i nak makan kat kedai mamak pulak!"


4) online facebook...
walaupun aktiviti ni tak sihat, tapi kalau dah takde kerja sangat, pergi la online facebook, at least korang tak terjebak dalam masalah sosial seperti vandalisme dan gangsterism... dan at least lagi korang dapat beberapa info berguna dalam facebook tu... betul tak? hmmm...

"mengapa harus jadi begini? :,("


5) buat public speaking...
bagi yang pemalu, memang sangat digalakkan untuk bercakap di hadapan orang ramai... public speaking boleh dibuat secara spontan je, tak payah tengok teks pun tak pe... bentangkan apa- apa isu yang korang suka, lepas tu minta pandangan orang- ramai yang jadi penonton... aktiviti ni dapat asah bakat korang sebagai Yang Berhormat suatu hari nanti...


"sume orang, dengar tak apa yang aku cakap ni?! hello!!!"

Friday 7 September 2012

Pilihan dan "kalau"

tadi, tanpa segan silunya, cikmimie telah skodeng laman facebook bekas peminat cikmimie yang merupakan pasangan kembar... muka pun ala- ala kembar aidil zafuan dan zaquan adha sekarang ni...
hm... lalu cikmimie pun menyesal la kan atas keputusan lalu... kalau la cikmimie terima dia, mesti cikmimie boleh berbangga, "wei, aku ade pakwe kacak giler!!!"

ala- ala macam ni la...


tapi itu sume dah berlalu dan nasi pun dah jadi bubur... tak boleh guna teknik reverse osmosis... dia pun dah ada kekasih hati yang cantik jugaklah berdasarkan gambar yang cikmimie tengok kat fb dia... 

"kalau" merupakan perkataan yang tak asing lagi atau bukan alien dalam masyarakat Melayu (dah nama pun bahasa Melayu)... perkataan yang sinonim dengan kalau ni ialah "jika"... kenapa sebut "kalau"? sebab kita menyesal dengan sesuatu yang kita tak buat lepas tu kita ungkit balik... so terbitlah perkataan "kalau"...


"kalau" ni satu perkataan yang tak elok untuk disebut sebab manusia tak boleh menyalahkan takdir atas sesuatu yang terjadi... macam kes cikmimie sendiri, cikmimie tak boleh menyalahkan takdir yang tak tetapkan cikmimie akan jadi kekasih kepada salah sorang kembar tadi (ni contoh je la, tak de niat nak menggatal atau menunjuk- nunjuk)...

biasalah kan, dalam hidup memang ada pilihan, lepas tu manusia memang kena buat pilihan banyak kali dalam hidup dia... setiap pilihan yang kita buat mesti ada kelebihan dan risiko... dah buat pilihan, kadang- kadang kita tak boleh patah balik untuk ambik pilihan yang kedua lepas pilihan pertama tak menepati kegemaran kita... terutama dalam urusan perkahwinan (phewwwittt!)... mana ade try and error on this matter...

maka, bila dah tak suka dengan pilihan yang kita buat, of course lah kita menyesal dan berkata, "kenapa la aku makan ubat gegat? kan dah sakit perut. kalau aku makan ubat batuk, mesti dah sembuh batuk aku ni..."

memang takut nak buat pilihan sebab kita tak tahu masa depan kita cerah atau gelap dengan jalan tu macam lagu Suratan atau Kebetulan nyanyian Kenny, Remy & Martin... tapi nak buat macam mana, kena harungi jugak...



puisi "Road Not Taken" karya Robert Frost ada kaitan dengan entri kali ni... puisi ni mengisahkan pilihan yang kita kena buat dan kena berani ambil risiko atas pilihan tu walau macam mana susah pun kita nak lalui jalan tersebut...

-ni link nye;

bila dah buat pilihan, perkataan "kalau" tak boleh wujud pada kemudian hari... maknanya tak boleh menyesal pada masa depan... ia ibarat menyalahkan takdir dan menafikan rukun Iman ke-6 iaitu percaya kepada qada' dan qadar... ha...

cuba hapuskan perkataan "kalau" yang merujuk kepada penyesalan dalam hidup kita... "No Kalau!" ^_^

Wednesday 11 July 2012

pesanan untuk lelaki sebelum berpoligami


dalam perjalanan balik dari kelas ke hostel, tetiba je cikmimie terfikir pasal post kali ni... benda yang lelaki paling suka tapi perempuan paling tak suka adalah poligami... betul kan? lelaki suka poligami sebab dia boleh ada ramai isteri... perempuan tak berapa nak suka poligami sebab dia terpaksa kongsi suami... memang sharing is caring tapi kadang- kadang ada benda yang kita tak boleh nak kongsi dengan orang lain... dulu kata kasihku hanya satu, tapi bila dah ada anak 2 dan badan isteri pun naik mendadak, terus nak cari lain... cannot be accepted betul!

bukan nak citer pasal keburukan poligami... poligami memang kadang- kadang bagi kebaikan kat perempuan dan sebab tu la diorang setuju bila suami nak kahwin satu lagi... antara sebab- sebab;

1) ada masa nak berfoya- foya...
"kalau you boleh, i pun boleh!" kata isteri pertama bila dapat tahu suami nak kahwin satu lagi... boleh apa? boleh menduakan suami... perempuan zaman sekarang nakkan haknya sama macam lelaki... lelaki boleh dedah betis, dia pun nak dedah betis... lelaki merokok, dia pun nak merokok... so kalau lelaki boleh pasang dua, perempuan pun nak jugak... barulah adil, hehehe... ketiadaan suami sebab duduk kat rumah isteri kedua membolehkan isteri pertama berfoya- foya dengan benda lain contohnya macam manja diri di spa, dating, shopping, etc... tak payah layan suami yang banyak kerenah... so, watch out guys!

2) self- upgrading...
kalau dah ada pesaing, mestilah isteri pertama kena berusaha untuk tambat suami supaya suami lebih sayangkan dia atau sayangkan dia je... make- up, spa, pembedahan plastik, manderem, ugutan adalah antara cara- cara isteri pertama untuk mengikat suaminya... macam dunia perniagaan, makin banyak pesaing, makin canggih cara- cara yang digunakan untuk tarik pelanggan... isteri pertama yang rasa kulit dah berkedut, akan buat suntikan botoks tak pun pembedahan plastik... melaram dengan baju baru... zaman sekarang ni bukan susah sangat nak dapatkan tu sume terutama bomoh... bomoh sekarang pun dah pakai facebook untuk cari pelanggan... nak bomoh sape? isteri kedua? suami? sume bomoh boleh buatkan... so watch out guys!

3) balas dendam...
bukan semua isteri setuju dengan rela bila dia nak diduakan oleh suami... mesti ada sebab tersirat bila dia setuju... isteri kedua semestinya dah tahu yang suaminya tu dah ada isteri sebelum berkahwin dengan lelaki tersebut... "tapi kenapa nak kongsi kasih dengan orang lain???" soal isteri pertama kepada isteri kedua menerusi sms... "ni tak boleh jadi, kau tunggulah nasib kau, hahaha!" tambah isteri pertama sambil mengatur strategi untuk memusnahkan hidup isteri kedua... memang sepanjang perkahwinan isteri kedua takkan dapat hidup aman bahagia sebab dia diperhatikan oleh isteri pertama yang semamangnya ada kuasa veto dalam menentukan sesuatu... so watch out guys!

Sunday 8 July 2012

 
tetiba pulak cikmimie rasa nak kahwin sekarang ni... ni sume salah kawan cikmimie yang bernama Jah- dia ni selalu bincang pasal alam rumahtangga... atau mungkin tekanan budaya yang dibawa oleh kenalan; trend kahwin masa belajar... atau tekanan daripada adik cikmimie yang lebih dulu bertunang daripada kakaknya ni... atau sebab wan cikmimie dah bagi green light untuk kahwin masa belajar? atau cikmimie selalu mimpi ular- ular kejar dan nak gigit cikmimie? [mimpi hanya mainan tidur je kot!]



tapi bila fikir- fikir balik, susah sebenarnya kahwin masa belajar... kena pulak kat orang macam cikmimie ni... diri sendiri pun ramai PAs [family, friends la], nak jadi PA orang lain kununs... study pun tak tentu waktu, makan, tidur, mandi entah bila- bila... tak de waktu  khusus... pendek kata jadual urusan diri sendiri pun tak tersusun, inikan jadual orang lain pulak...

mane penyodok sampah ni???


dan sebagai pencinta kebebasan, cikmimie nak enjoy puas- puas dulu sebelum dikawal oleh hubby... hidup bujang tak de sape nak pantau, boleh buat suka hati gua je... balik tengah malam, mabuk- mabuk pun tak pe, janji mak ayah tak tahu [jahat spesis ni!]... kalau dah kahwin nanti, sume kena bagitau... siap ada buku log keluar masuk; waktu keluar, waktu masuk, tujuan, etc... entah- entah ada sistem 'punch card'... MERAH! denda tidur kat kandang kambing... urusan perbelanjaan pun dikawal... siap ada penyata kira- kira, resit sume serah kat akauntan [hubby la]...

apa salah aku? beli kacang tanah je!


tapi tak salah mempersiap diri dari sekarang walaupun agak lanjut jugak... better late than never, bak kata Mat Salleh dari England... belajar masak, menjahit, kemas rumah, belajar hias rumah dan diri sendiri, etc... dah habis study boleh terus kahwin [tu pun kalau ada pasangan lah, hehehe...] sebab dah ada kelengkapan tu sume [poyo je cakap]...

[tak tahu lah penulis ni menulis sebab nak pujuk hati yang gedik nak kahwin sekarang tapi tak dapat @_@]



Tuesday 26 June 2012

bilikku, bilikku...

baru masuk semester 3, 2011/2012... dapat bilik baru dan cikmimie tak tahu nak hias gaya apa... urban ke, kampung ke, futuristik ke... sudut bacaan dah siap dah, just nak hias je... semalam beli rak buku yang murah je, tak de kaler pun... mana ade duit nak beli yang mahal...

cikmimie90
sudut bacaan tapi akan diperbaharui...

wallpaper buat sendiri je, save budget sikit... i'm still a student, u olls! rasa nak letak poster artis pujaan? lupakan... baik letak poster sendiri je... tak pun letak poster mak ke... semangat sikit nak belajar...

ruangan laim... hm... still under construction... :p

Sunday 24 June 2012

sakit bila dikenang...

settled! bilik cikmimie untuk tahun ni siap dikemas tapi belum fikir nak hias gaya apa... nak buat tema 'alice in wonderland' atau 'gothic' atau mewah [duit pun PTPTN sponsor, ade hati]... lepas kemas, tetiba je jadi sebak mengenangkan zaman kegemilangan cikmimie yang telah berlalu tidak berapa lama dahulu...



cikmimie rindu nak berchatting dengan sorang kawan cikmimie... dulu kitorang selalu je berborak kat fb kalau dua- dua online... tapi sekarang, tak lagi... tak tahulah sebab apa, mungkin dah bosan kot... cikmimie tunggu je mesej daripada kawan ni tapi tak de pun... macam menunggu anak ikan pandai terbang je... sedih memanglah sedih tapi nak buat macam mana... untuk mengubat rindu, cikmimie baca balik segala perbualan kitorang sambil senyum sorang- sorang...

"still waiting until no more 'me' in this universe..."

zaman sekolah pun dah berlalu... kalau boleh dapat balik, memang nak tinggal pada zaman sekolah selama- lamanya... tak perlu fikir PTPTN, assignments, kerja, kahwin... hidup zaman sekolah memang sangat enjoy dan hore- hore...

lagi sedu bila fikir tentang penjagaan mak cikmimie masa cikmimie kecik- kecik... mak mandikan, mak pakaikan baju, mak sikatkan rambut, mak suapkan nasi... semua mak! la ni kena buat sendiri, akibatnya jadi tak terurus... mak, jaga cikmimie balik!!!


perkara yang paling jauh adalah masa lampau... sejarah; kenangan yang tak mungkin kita capai lagi... masa lalu yang indah mungkin buat kita tersenyum tapi adakalanya buat kita sedih sebab kita tak dapat lagi menikmati zaman tersebut... 2012 akan berganjak ke 2013, bukan 2000...

Saturday 23 June 2012

kesalahan yang dibuat ketika berfacebooking...

korang mesti ada akaun fb kan? add la cikmimie boom boom... ramai yang gunakan fb untuk mencari kawan- kawan lama, buat jualan produk, promote diri sendiri, cari jodoh, kongsi maklumat [lain- lain fikir sendirian berhad]... tapi dalam menggunakan fb, ada kesilapan kesilapan yang kita lakukan...

1) berdoa
haish! kalau nak berdoa, angkat tangan kat tikar sejadah la, bukan tulis as status... alasan supaya orang 'amin' kan ramai- ramai memang tak boleh pakai, ok! baik buat solat hajat ramai- ramai, lebih afdhal...

2) hal peribadi yang terlalu secreto de amore
tak perlu la rasanya nak dedahkan masalah rumahtangga kat fb... hari ni gaduh manja dengan suami, hari ni sepak muka isteri... mungkin ada pihak yang akan mempergunakan status ni untuk mengapikan pasangan korang...

3) carut- mencarut
no, no, no! it's never ok, baby! bahasa jiwa bangsa... maka jagalah bahasa korang walaupun korang dalam keadaan meluap- luap... pergi ambil wudhuk, tarik nafas dalam- dalam, istighfar, duduk dan tenangkan fikiran... i'm sure, you'll be alright...

4) berdondang sayang
cikmimie tahu korang pasangan yang sejati, loving, rindu- merindui tapi takkan la nak bermanja- manja dalam fb... buat apa nak beritahu satu alam maya ni yang korang adalah pasangan romantik? kalau betul romantik, kahwin je la tunggu apa lagi... both of you are not the only ones in this world, ok...

5) isu sensitif
kawan- kawan fb terdiri daripada pelbagai latar belakang... jadi buat apalah kita post sesuatu yang boleh menyemarakkan api  perkauman? Malaysia dah aman, beb! say no to terrorism!

6) tag orang kat gambar personal yang seksi
cikmimie tak nak tengoklah! dah lah seksi, gaya menggoda pulak tu! lepas tu tag cikmimie... geli tau tak! yang si upload ni free je dapat dosa... kes nak menggoda lelaki lah ni! grrr...

7) bahasa 2 tahun
argh! gelinye baca bahasa ala- ala manja dan keanak- anakkan ni... macam lah dia comel sangat guna bahasa macam tu...

kalau layan metallica, takkan nak menari ballet, beb!

tadi mak cikmimie hantar balik... ingatkan dia tak jadi hantar, cikmimie siap post kat fb lagi tentang perasaan yang sedih atas ketidakhantaran mak cikmimie terhadap cikmimie ke hostel... masa cuti, sibuk nak balik, tapi bila dah sampai sini, rasa sedih dan rindu pun ada kat family... ye lah, dah 3 minggu duduk dengan diorang... macam mana nak kahwin dengan orang Rusia ni?

sedih... cikmimie tak selalu sedih tapi pernah rasa sedih... Menangis pun pernah tapi tak menangis depan orang... malu la! kadang- kadang berangan pun boleh timbul rasa sedih... tapi yang paling cikmimie tak faham dari dulu, tiap- tiap maghrib je mesti cikmimie rasa sedih dan rindu... rindu sapa tu tak pasti...

sedih bukannya perasaan yang menyenangkan dan oleh sebab itu kita kena lawan... macam lawan rasa kecewa, sakit hati dan seangkatan dengannya...




1) menangis sepuas- puasnya...
teknik yang selalu orang pakai... paling berkesan... ha, kalau dah sedih tu, memang wajib menangis sebab memang air mata adalah produk kepada kesedihan selain kegembiraan... jangan tahan, nangis je... cikmimie memang menangis kalau sedih tapi menangis dalam bilik... setiap kesedihan akan turun bersama- sama air mata [indahnya bahasa kau, cikmimie!]... menangislah sampai tak de lagi air mata dan sampai tertidur, sebab cikmimie lepas buat ni memang akan jadi manusia normal dan lebih baik daripada semalam...




2) jalan- jalan...
buat lepas menangis ye, jangan masa menangis tu jalan- jalan pulak, nanti jadi perhatian umum... mulalah cik bedah buat gosip... lepas menangis, memang lega tapi saki baki kesedihan tu tetap ada, beb! jadi kalau nak hapuskan saki- baki tu, pergilah jalan- jalan ke tempat yang mententeramkan seperti pulau, taman rekreasi... atau balik kampung ke? jumpa atok dan nenek yang comel lagi kelakar tu... maka, kita takkan terbelenggu oleh perasaan sedih dan pilu ni...

"gua sedih anak gua tak balik... tak pe, biar gua yang pergi rumah dia..."


3) layan muzik rancak...
dah sedih, buat apa layan lagu sedih atau jiwang... layanlah lagu rancak sikit jadi mood sedih tu akan hilang... kalau yang sedih sebab putus cintan, memang sesuai gunakan cara ni... jangan layan lagu mendayu- dayu macam "Mengapa Kau Putuskan Aku", "Hatiku Padamu" atau "Kau Tiada Ganti" sebab lagu- lagu tersebut boleh menambah lagi kesedihan yang ada... kalau boleh, dengar lagu rancak sambil menari sorang- sorang kat rumah... menari kat disko atau khalayak umum... jangan ye!

"layan metallica takkan nak menari ballet beb?!"


4) taman hiburan...
bukan kasino atau tempat perjudian... itu tempat tak baik... pergilah taman tema seperti Genting Highlands ke, fun fair ke... barulah best! memang akan lupa terus kesedihan yang korang alami... nak pulak main permainan yang gila dan boleh buat kita terjerit- jerit macam diserang histeria... mana nak layan tangisan...

"yang aku rasa saat ni adalah kegerunan..."


5) tulis atas kertas, buang!
buat satu coretan pasal kesedihan korang tu dari A sampai Z atas kertas... tak kisahlah berapa helai pun... lebih elok kalau menangis sambil tulis luahan perasaan tu... habis tulis baca balik dan bila dah puas hati, remukkan kertas tadi dan buang dalam tong sampah besar kat rumah korang... ni simbolik korang buang perasaan sedih kat dalam tong sampah la... kalau boleh, jangan tulis dalam diari sebab mungkin korang akan rasa sedih balik bila baca...

"macam- macam kaler kesedihan tau tak!!!"


6) berdoa padaNya...
sebagai manusia yang percaya pada Tuhan, hambaNya patut bergantung harap pada Tuhannya... jika Tuhan mendatangkan kesedihan sebagai ujian, Tuhan juga mampu hapuskan ia... maka mohonlah padaNya agar segala kesedihan dapat dihilangkan... jangan salahkan Tuhan sebab Tuhan sayangkan hambaNya dengan mendatangkan ujian agar kita tak leka dengan nikmat dunia...

Sunday 20 May 2012

Islam vs Adat Melayu

setiap agama ada para pengikut, dan setiap pengikut ada adat resam tersendiri. cikmimie orang Melayu dan beragama Islam... Melayu banyak adat yang kena ikut, kalau tak orang lain akan pandang serong sampai juling...

tapi ada antara tabiat- tabiat Melayu yang bercanggah sikit dengan Islam... jom baca!

1) makan jangan  sampai pinggan licin
ni adat orang Melayu... kalau makan sampai tak de apa- apa dalam pinggan, maknanya gelojoh dan pelahap... dah macam sebulan tak makan... tapi dalam Islam, kita digalakkan makan sampai licin, tak membazir... kadang- kadang siap bagi contoh orang- orang kat Somalia atau Palestin yang tak cukup makan tu supaya kita bersyukur dengan setiap butir nasi yang ada kat atas pinggan.

2) majlis kahwin; berinai, berarak lilin, hantaran 20 juta...
ni lagi jelas dan terang dan nyata... orang Melayu sanggup bergadai tanah semata- mata nak buat majlis kahwin besar- besaran (bak kata mak cikmimie)... lepas resepsi ni, resepsi tu pulak... setiap resepsi ada belanja tersendiri, kadang- kadang sampai beribu- ribu lemon... kalau tak buat satu resepsi, orang kampung akan bercakap atau bahasa kasaqnya mengumpat, memaki hamun dan menyumpah seranah... mungkin jadi bahan perdebatan di kedai Mek Jah... hantaran pulak berbalas- balas... cikmimie tanya mak cikmimie, kenapa dalam adat Melayu perempuan kena bagi hantaran lebih kat lelaki? "Ikut Hindu," jawab mak cikmimie selamber...
dalam Islam pulak, kita dianjurkan buat majlis sederhana... kalau boleh, nikah dan buat walimah al- urus je... mas kahwin tak perlu letak tinggi- tinggi... maka tak de lah pembaziran berlaku... 

3) majlis tolak bala?
dalam fikiran cikmimie, memang dah lama ada benda ni... boleh ke kita buat majlis tolak bala sedangkan bala tu dari Allah? mungkin dengan bala tu Allah nak uji kita? siapa kita nak tolak bala daripada Allah?

Thursday 26 April 2012

pagi- pagi lagi cikmimie dah bangun tidur... pukul 6 pagi, lepas tu tidur balik sebab mata mengantuk sangat sebab semalam tak dapat tidur. tak tahu la sebab apa tak boleh tidur, mungkin sistem biologi cikmimie dah beralih kepada sistem kelawar atau burung hantu...

apa nak tulis sekarang... kasih- sayang mak. mak cikmimie dan mak korang la... dua minggu lepas, handphone cikmimie rosak, masuk air sungai masa perkhemahan... memang tak boleh pakai la sebab seluruh tubuh badan handphone tu terendam dalam sungai... cikmimie nak menangis pun tak boleh sebab dah besar... i'm a big girl, dude! and big girl doesn't cry... cikmimie hilang sume nombor telefon kawan- kawan...

3 hari lepas tu, cikmimie balik asrama, terus pinjam handphone kawan... banyak sangat missed calls dan mesej daripada mak cikmimie... "Kakak kat mana?" mesej paling buat cikmimie terharu... lepas tu ada banyak missed calls daripada abang cikmimie (abang kandung, ok!)... mesej dia; "kejap lagi abang jemput kau." argh, mesti abang cikmimie tunggu cikmimie sangat lama kat asrama... cikmimie terus telefon mak dan abang cikmimie... abang cikmimie macam marah sebab tak beritahu handphone rosak, dan mak cikmimie pulak lega sebab dia tahu yang cikmimie selamat... mak cikmimie cakap, dia takut sangat lepas dengar ada sorang budak perempuan kat Kedah (diulangi, Kedah!) meninggal dunia sebab dibunuh...

moral of the story: beritahu mak korang atau family terdekat tentang keadaan korang dari semasa ke semasa... tak de lah diorang risau... cikmimie dapat bayangkan, macam mana perasaan mak cikmimie dulu... kesiannya!



moral of the story lagi: see, walau buruk pun kita, family tetap sayangkan kita... dah darah daging, u olls, sapa tak sayang! susah dan senang, family yang tolong, bukan ah long... bukan bank rakyat, atau ptptipu... jadi kalau dah ada kekasih hati, sila lebihkan family kita dulu... family first... kalau ada program dengan kawan- kawan, sila lebihkan family dulu, family first...

Sunday 22 April 2012

tanda- tanda anda seorang kekasih simpanan...

tajuk hari ni (macamlah hari- hari post entri) boleh kena kat lelaki atau perempuan... selalunya kita familiar dengan perempuan simpanan je, tapi lelaki pun ramai jugak disimpan oleh tuuuttt!



berdasarkan pemerhatian cikmimie lah kan, senang je kalau korang sume nak tahu yang korang ni sebenarnya kekasih simpanan atau gelap bagi seseorang. ni lah tanda- tandanya;

1) facebook
paling senang nak kesan ialah melalui laman sosial ni... kalau betullah korang kekasih si dia, pernah tak dia post something kat wall korang, atau komen status korang, paling koman pun like je lah... kalau tak de, sah lah! selalunya si dia akan IM korang je kalau korang online fb... ye lah, takut kantoi dengan kenalan atau lebih haru lagi kekasih rasmi...

"you're awesome la tapi I tak berani nak post..."


2) keluar jalan- jalan
pernah tak korang dibawa jalan- jalan oleh 'kekasih' korang tu? tak de? sah lah! kalau keluar sama- sama takut diketahui orang lain pulak... makanya baik bermesej je kat telefon atau fb, tak de lah sape tau...

tapak kaki Remy dan Cate kat KFC? What are they doing here?


3) kawan- kawan si dia
jangankan nama, muka korang pun kawan- kawan dia tak kenal... tak tahu lah korang wujud ke tak dalam kamus hidup diorang tu...

sape ko? kenapa ko tetiba muncul?!
"kenal Ana?"
"ha? apa tu?!"

selalunya kalau dah namanya kekasih, kalau boleh hari- hari si dia nak citer pasal korang kat kawan- kawannya... korang cute lah pakai tudung alas meja, korang sweet lah post status macam ni, sampai tak larat kawan- kawan si dia nak dengar... mustahil lah kalau diorang jumpa korang diorang buat tak tahu je... at least, pandang- pandang jeling- jeling... paling sedih kalau diorang kaitkan si dia dengan orang lain pulak...



4) tempat umum
kalau ada korang, si dia dan orang- ramai, pergaulan dia dengan korang sama macam orang lain... tak de beza pun... lebih memeranjatkan kalau ada orang lain yang dia layan lebih istimewa... ha, sapa dia di hati 'kekasih' korang tu?

sape wanita hodoh ni? ha?!


kalau ada antara petanda- petanda ni pernah berlaku kat korang, say good bye cepat- cepat kat si dia sebelum dia yang cakap dulu, ego sikit... ramai lagi yang tergilakan korang kat luar tu...


Friday 6 April 2012

Mimpi ini indah...

Dalam kekalutan dunia,
seorang pemuda duduk di atas kerusi kayu,
merenung nasib ibunya yang mati di tangan Yahudi,
dia menutup mata,
dan terus beranggapan,
dia masih bermimpi,
dan tidak mahu bangun.
 
 
Seorang gadis,
tersenyum tawar,
pada hari itu,
dia membancuh minuman kegemaran abahnya,
dan cuba merasai kemanisan,
dalam kepahitan kopi.
 
 
Sebuah cermin yang retak,
tergantung pada sebuah almari yang usang,
menghadap wajah sayu gadis itu,
pantulan wajah pada cermin itu,
"bukan wajah aku!
bibir sepatutnya menguntumkan senyuman,
mata sepatutnya bersinar,
pipi sepatutnya berisi!"
 
 
Itu dulu...
ketika tanah airnya makmur,
ketika merasa hangatnya dakapan ibu,
ketika melihat senyuman seorang abah,
ketika menikmati tenangnya menelaah ilmu,
ketika riangnya bermain bersama- sama teman.
 
 
Kini,
nikmat itu hilang,
yang tinggal,
hanya kenangan yang masih dianggap nyata,
walaupun tahu apa yang sedang berlaku,
si gadis dan si pemuda masih berharap lagi,
ibu akan memeluknya,
dan ayah akan tersenyum.

Thursday 29 March 2012

kata- kata yang tak mampu ku ucapkan...

orang cakap ucapan yang paling susah luahkan adalah "I LOVE YOU"... betul ke? cikmimie senang je cakap I love you? che wah!



ala, bukannya I love you je yang susah diungkapkan oleh ramai orang, ada ucapan- ucapan lain yang kita malu atau tak dapat nak cakap... jom baca!

1) maaf...
kalau dah ego tahap moksya tu, memang susah lah nak dengar perkataan ni keluar dari mulut korang... kalau dah salah tu, mengaku je lah lalu minta maaf kat mangsa korang tu... tak rugi punye kalau minta maaf walaupun bukan salah korang... lagi susah nak minta maaf pada musuh tradisi korang... kalau boleh, nak dia yang datang melutut depan korang kan?!



2) teguran untuk orang yang banyak berjasa kepada korang...
susah kan kalau nak tegur kesalahan orang yang banyak beri khidmat kat korang kan... time korang sakit, dia yang jaga... time korang jalan kaki, dia yang tumpangkan kereta... time korang memerluakan sesuatu, dia ada sesuatu tu... tetiba, pada suatu hari, dia telah melakukan keganasan terhadap harta- benda sekolah dan korang ada kat depan mata dia... so? macam mana u olls? kalau korang tegur, mesti dia ungkit balik pasal pertolongan- pertolongan dia yang telah lalu? kan?

aku memang jahat, tapi aku tetap tolong kau...


3) terima kasih, musuhku!
hm... musuh adalah orang yang korang benci kan... kenapa tetiba nak berterima kasih pulak kat musuh ni? dalam tak sedar, dia lah sumber kekuatan korang sebab dengan musuh lah korang dapat tahu kelemahan korang tu dan cuba memperbaikinya... tapi korang tak pernah pun berterima kasih pada musuh korang yang dah berjasa dalam diam tu... pergi lah cakap sekarang... mesti tak nak kan?

thank you for being my car!


4) cantik lah awak walaupun awak musuh saya!
memang mimpi lah kalau dengar korang cakap macam ni kat musuh korang... walaupun korang mengakui yang musuh korang kacak atau cantik, tapi tegar kah korang puji dia depan- depan? jatuh lah saham korang yang melambung- lambung tu kan kalau puji musuh... tapi apa salahnya kalau betul pun... mana lah tahu dengan pujian korang boleh baikkan hubungan yang renggang dan rekah macam tanah lepas musim kemarau tu...

tahan, jangan terlepas cakap yang hidung dia lagi mancung daripada aku...


5) "nak sikit?" kata Amir kepada orang yang tak dikenali...
katakan lah ada sorang mamat ni duduk sebelah korang dalam bas ekspress pegang sebungkus keropok lekor dan tetiba perut korang berkeroncong untuk Ana... korang dari Kuala Lumpur nak ke Terengganu (jauh kan...)... berat tak nak minta kat orang sebelah? kena pulak orang sebelah badan besar dan kuat makan... so, macam mana?

kau sapa nak minta tempe aku ni?!

Thursday 16 February 2012

bunyi tin kosong dan bunyi tin penuh...

baru timbul idea nak tulis sesuatu kat blog ni... cikmimie selalu nak update blog tapi tak tahu nak tulis apa... takkan nak tulis benda merapu kan? lepas tu tak de isi dan tak praktikal... dengan itu, cikmimie isytiharkan luahan ni ada kena mengena dengan post kali ni... [luahan ke?]

bila meeting, mesti ada sebahagian manusia yang suka beri pandangan atau cadangan berkenaan sesuatu projek yang bakal dilaksanakan atau untuk membantu menyelesaikan masalah...

"Kita harus buat A, barulah B akan berjalan!"
"Tak boleh, idea kamu tak boleh dipakai! Saya cadangkan yang C mesti dibuat..."

kadang- kadang sampai nak bertumbuk dek nak pertahankan idea masing- masing... mungkin juga yang membangkang mempunyai masalah peribadi terhadap si pencadang... who knows?

tapi praktikal kah si pencadang yang lantang mengeluarkan hujah bernas lagi masyuknya dalam melaksanakan apa yang dicadangkan? atau dia hanya pandai berkata- kata bagi menarik perhatian ahli lembaga pengarah untuk memandangnya sebagai insan yang cemerlang? atau lidahnya tak bertulang, atau menanam tebu di tepi bibir tapi bila nak laksanakan cadangannya batang gigi pun tak nampak?

spesis macam ni lah kita cakap macam tin kosong, bila ketuk bunyinya lantang, nyaring dan kuat tapi kosong takde isi dan tak berguna... kalau jual kat pusat kitar semula pun berapa sen je dapat...

tapi ada dalam lembaga mesyuarat yang banyak mendiamkan diri... mungkin dia pemalu atau suaranya ditepis oleh suara lantang si tin kosong... dia suka diam, mungkin sedang ketawa dalam hati mendengar cadangan tak masuk akal si tin kosong...

tapi orang cakap, diam- diam ubi berisi... mungkin dalam diam dia berfikir... insan macam ni lah kita panggil tin penuh... bila ketuk, bunyinya perlahan dan tak nyaring tapi berisi dan berguna... tin air minuman yang penuh boleh diminum, menyegarkan dan menghilangkan dahaga... kita dapat hasilnya...

aku ada 2 perisa... mana satu kau nak?

fikirkan ye! (^_^)o

Sunday 1 January 2012

lagu yang tak payahlah dengar...

Sekarang ni, kat mana- mana pun boleh dengar lagu... dalam kereta, rumah, pejabat, pesta keramaian dengan menggunakan pelbagai medium macam radio, computer, MP3 dan suara bilik air... tak macam zaman dolu- dolu, nak dengar lagu kena beli radio yang orang miskin tak mampu beli... tak pun, dengar radio kat rumah orang- orang kaya... tak pun, pasang piring hitam yang masih mahal ketika tu... tak pun pergi je kelab- kelab malam yang menyajikan persembahan artis- artis popular...  apa banyak ‘tak pun’ daaa...



tapi, adakah sume lagu yang kita dengar hari- hari sampai nak pecah gegendang telinga tu layak menempatkan diri mereka di corong- corong medium muzik? Ce fikir, ce fikir? Menurut pendapat cikmimie la kan, lagu- lagu yang tak layak didengar adalah seperti;

1) lirik merapu, tak de keseniaan...

dah 8 kali aku tulis, 8 kali jugak kena reject!
Mak cikmimie buat komplen kat cikmimie, “apo lagu nijam ni? Senikato eh meghapu- ghapu, tak do soni eh!” (trans: ape lagu sekarang ni? Senikata merapu- rapu, tak de seninya!) cikmimie diam dan bersetuju dalam hati... memang pun! cuba dengar lirik sesebuah lagu dengan teliti...  cikmimie suka buat kajian setelah diceramah oleh mak cikmimie sendiri... ada satu lagu ni cikmimie pernah dengar, main tangkap muat je liriknya... asal sedap mulut menyebut, buat lirik lagu... paling cikmimie tak berkenan lagu “Aku Tak Percaya Cinta” by Liyana Jasmay... Ape entah lirik dia... “gheben teben!” kata Mak Cik Leha dari Perak... lagu yang tak de mesej pun benci nak dengar... mak cikmimie paling puji lirik yang dihasilkan oleh Habsah Hassan... cuba korang dengar lagu “Suratan Atau Kebetulan” yang dinyanyikan oleh Kenny, Remy dan Martin...

2) tak fahamlah lirik lagu ni! Bahasa ape ni?!

Kalau tak faham lirik lagu sesebua h lagu, baik tak payah dengar... bukan apa, entah- entah lirik lagu tu menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan... lebih haru kalau liriknya menjurus kepada ejekan terhadap agama, bangsa dan negara kita sendiri...  tak pun, lirik tu mengejek diri korang... manalah tahu korang pernah gaduh dengan mamat Ghana yang bekerja sebagai penulis lirik lagu... lalu mamat Ghana tu menulis lirik untuk mengejek anda dalam bahasa dia... tetiba lagu tu jadi top dan digilai masyarakat dunia... korang pun syok habis nyanyi lagu ejekan diri korang sendiri... pengajarannya; sebelum dengar atau nyanyi sesebuah lagu berbahasa asing, sila tahu maksudnya dulu ye... apa susah, google boleh kan ada!

u able nak faham?

3) tak de tatasusila...

cover depan album cikmimie
Biasanya lirik lagu dari Barat sana... lirik lagu mesti ada unsur dadah, alkohol, pergaulan bebas, kisah dalam kelab malam dan macam- macam lagilah! [seram nak taip!] diselitkan pulak dengan aksesori carutan macam [tuuuttt!] dan [tuuuttt!]... bila cikmimie dengar lagu- lagu seumpama ni  cikmimie dengar bunyi [tuuuttt!] je sebab tu lah cikmimie taip [tuuuttt!] je... (^_^)  sebagai contoh, cikmimie tak suka dengar lagu Rihanna, “Please Don’t Stop the Music”... lagu Pitbull yang popular, “I Know You Want Me”... merosakkan minda dan akhlak! [bajet baik je, hehehe...]


But not all songs from the west are bad... ada yang beri kesan positif dalam kehidupan kita... bermotivasi lagi... contohnya “When You Believe” yang dinyanyikan oleh ramai penyanyi seperti David Archuletta dan Leon Jackson... malah, lagu ni lebih baik dan elok dihayati daripada lagu merapu daripada negara kita sendiri... nak dengar, pi la googaq!

4) buat memokak telingo den yo!!! [buat bising kat telinga aku je!!!]

tak nak dengar!!!

Fungsi lagu adalah memberi keharmonian dalam jiwa pendengarnya... habis,  yang kita dengar lagu ‘jerit- perit’ tu buat ape? Buat tambah stress je!  Lagi bertambah teruk darah tinggi korang je...  tak payah lah nak dengar muzik Heavy Metal lah, Black Metal lah, buat ‘black mental’ je kot! Tak bingit ke dengar sore penyanyi bila dia jerit? Tak sakit telinga ke bila gitaris petik kod tinggi gitar elektrik? Lagu seperti “Damai” by Nowseeheart paling cikmimie puji sebab lirik best seiiring iramanya yang mencetus ketenangan di jiwa...

Lagu bukan semuanya bagus... ada yang patut ditapis...