Wednesday 28 December 2011

ciri- ciri kawan yang perlu di'remove' dalam senarai kawan fb...

berapa ramai rakan fb anda? 100? 200? 300? 1000? 4000? dalam ramai- ramai tu, berapa orang je yang berfungsi? kadang- kadang terfikir jugak nak remove je sebahagian kawan fb sebab ramai sangat... tapi kena tengok kriteria kawan fb yang perlu dinyahkan...



1) insan yang suka bertapa...




 tak kisah lah sapa add sapa tapi kawan yang macam ni lebih suka duduk diam kat friend list tanpa buat apa- apa pun... jangankan komen, like pun tak nak... lebih haru kalau dia yang add korang... apalah tujuan dia add kan? baik tak payah jadi kawan fb kalau macam tu...




2) musuh...

wekkk! dah lah status tak de orang komen!

dah nama pun 'friend', maknanya untuk friend je la... kalau dah tahu kawan fb korang tu sebenarnya musuh yang terang lagi bersuluh, apa kata korang delete je... kemungkinan dia saja je duduk dalam friend list korang untuk cari kelemahan... nak buat bahan ejekan dan kutukan la tu!

3) suka memberi komen dengan kata- kata yang tak sepatutnya...

kita post status elok- elok, dibantainya komen dengan perkataan- perkataan negatif... pelbagai aksesori keluar seperti b_d_h, f_ _k, etc [seram pulak nak taip, kalau mak cikmimie tahu ni, memang tergantung kepala kat kipas yang tengah berpusing!]... jadi eloklah kalau delete je orang yang macam ni supaya fb korang bebas daripada anasir- anasir yang tak sepatutnya...


4) page yang buat promosi 'sapa nak jadi jutawan segera'
cikmimie pernah terkena dengan page macam ni... entah bila masa cikmimie add, tetiba je menyemak kat wall cikmimie... cikmimie tak nak jadi jutawan segera lah!!! lantas cikmimie delete... kalau korang terkena hal yang sama, delete je sebab mana ada duit datang dengan mudah... usaha kena ada, bebeh!



5) tak kenal! tak kenal! sapa awak?

 dah lah tak de mutual friend, tak tahu asal usul pulak tu! baiklah korang delete je kawan fb macam ni... buat menyemak fb je... entah- entah dia spy musuh korang tak? tak pun peminat yang terlalu obses dengan korang? ish, sekarang ni macam- macam jenis orang ada... simpang! tapi sebelum delete tu, apa kata korang tanya dia berkenaan asal- usul dia? mana lah tahu korang yang sebenarnya hilang ingatan... nak delete, rupa- rupanya dia tu kawan sekolah rendah kita... paling haru, dia tu kawan sekelas atau sepejabat...





6) artis...
huhuhu... sampai hati Jlo tak balas komen aku...

korang add fb artis, korang ingat diorang kenal korang? korang ingat diorang nak balas komen korang bila korang komen status fb diorang? korang ingat diorang nak komen status fb korang atau post sesuatu kat wall korang? jawab! jawab! jawapannya... jangan harap! dah, tak payah pening- pening, delete je fb artis daripada fb korang... buat semak je... kalau obses sangat nak tengok muka artis kesayangan korang tu, beli je surat khabar hari Ahad... tak pn majalah Mangga, Manggis, Mempelam, etc...


7) bekas kekasih...
barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merana badan (hati pun sakit)... delete je fb bekas kekasih sebab dia dah jadi sejarah korang... kata nak lupakan? kalau korang tak delete, korang akan sakit hati bila suatu hari nanti dia tukar status 'in a relationship' atau 'engaged' kat fb... tak pun, dia berbalas komen dengan skandal baru atau kekasih hati barunya... huhuhu...
 
berani ko komen status dia?! aku patuk kau!

Sunday 18 December 2011

coretan tak boleh tidur...

cikmimie tak boleh tidur lah malam ni sebab tadi cikmimie minum kopiko kaw kaw punye... yang pekat tu! langsung mata cikmimie yang sepet ala- ala korea ni bertuakr jadi besar macam mata sailormoon...
walaupun cikmimie masih tak dapat mengatasi masalah pada malam ni, cikmimie tetap nak bagi tips macam mana nak hilangkan masalah insomnia ni...

1) kira bulu teddy bear...
sape- sape yang ade teddy bear tu, kalau tak boleh tidur malam, kira lah bulu teddy bear... lagi besar teddy bear, lagi bagus... lepas tu buat daftar inventori sebab kalau esok- esok tak boleh tidur, boleh kira lagi... tengok, ade pengurangan tak pada jumlah bulu teddy bear korang... dan dengan cara ni jugak boleh mengukur tahap keseriusan masalah korang... makin banyak bulu yang hilang, makin serius masalah insomnia ni...

2) baca buku yang membosankan...
buku sejarah, buku cerita panjang- panjang memang bosan kalau dibaca... tengok pun dah bosan... bila bosan, automatik akan rasa mengantuk... bila mengantuk, automatik akan tidur punya... jangan ambil buku yang ade gambar... kalau boleh tulisan kecik- kecik dan spacing 0.5...

3) kemas bilik...
kalau dah tak tau nak buat apa, kemas aje bilik korang yang bersepah macam kapal nak belayar tu... selain mengisi masa lapang, korang juga boleh mendapatkan semula bilik yang kemas dan teratur walaupun tak cantik... lagipun, korang boleh lah berkenalan dengan spesis seperti lalat, lipas dan semut ketika berkemas... tak ke menambahkan rakan tu? bila dah penat, mesti nak tidur punya...

4) apa lagi, ini lah masa nak ulang kaji...
kalau tak dapat tidur tu, itu adalah peluang untuk korang ulang kaji subjek supaya lebih mantap... jadi, belajar lah pada waktu ni sebab dikatakan belajar lewat malam atau awal pagi adalah cara efektif untuk otak menerima ilmu dengan mudah...

dah, pergi tidur!

Friday 18 November 2011

mana mungkin si kecil jadi besar

Angan- angan cikmimie kadang- kadang tak tercapai dek akal sendiri... cikmimie nak jadi A, nak jadi B... tapi bila cikmimie fikirkan balik, hm...

cikmimie nak jadi bintang paling terang dan besar kat kaki langit serta mampu menarik perhatian manusia tapi cikmimie tak mampu... mana mungkin bintang kecil mengeluarkan cahaya terang seperti bintang besar... dan bila ia mati, mana mungkin jadi lohong hitam yang masih mampu menarik semua benda ke arahnya... bintang kecil yang malap akan mati sebagai bintang putih yang tak kan nampak lagi di kaki langit... jadi, biarlah cikmimie terus jadi bintang kecil... sekurang- kurangnya cikmimie boleh jadi antara penyeri langit malam walaupun cahaya malap...

cikmimie nak jadi segagah harimau tapi mana mungkin anak kucing membesar sebagai anak harimau... anak kucing tetap anak kucing... tetap lebih lemah daripada harimau malahan anak harimau sendiri... mana mungkin kucing mampu memburu kijang macam anak harimau... jadi, biarlah cikmimie terus jadi kucing... ada sedikit sifat gagah selain manja dan dapat menghiburkan hati orang lain...

cikmimie nak jadi emas tulen tapi mana mungkin emas celup boleh setara dengan emas tulen... sekali belek memang tak ada beza tapi bila ditenung lama- lama, baru nampak keasliannya... jadi, biarlah cikmimie jadi emas celup... sekurang- kurangnya cikmimie dapat menghiasi badan golongan yang tak mampu membeli emas tulen...

cikmimie nak jadi tinggi dan besar macam pokok jati atau kelapa tapi mana mungkin rumput sebesar pohon jati... jadi cikmimie fikir, biar cikmimie jadi macam rumput... memang tak besar dan tak gagah macam pokok kelapa atau jati tapi mampu menjadi permaidani kat atas bumi...

Monday 31 October 2011

Lecturer oh lecturer! [pesanan anak muridmu...]


Walhal cikmimie nak pergi kelas pukul 11.30 pagi tadi tapi mengenangkan telinga cikmimie bakal menerima cerita tak enak, maka hasrat tersebut dibatalkan... buat apa lah nak buat dosa kan...

i don't care!!! stop it!!!

 Untuk para manusia yang bergelar pensyarah! ketahui lah anda bahawa setiap anak murid mempunyai lecturer kesayangan masing- masing... tak perlu lah anda membuka pekung mana- mana pensyarah demi meng ‘upgrade’ diri anda depan anak- anak murid yang masih suci... dan tak perlu lah nak mengutuk sahabat seperjuangan sendiri demi melepaskan geram kalau gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati...
                

  
Oh, para pensyarah! sebagai anak murid, cikmimie selalu dengar nasihat kalian... jangan berat sebelah bila tulis assignment... jangan ikut perasaan bila keluarkan pandangan... ambil nasihat, bukan melihat kepada orang yang memberi nasihat... tapi pada hakikatnya, ada dalam kalangan kalian yang berat sebelah secara halus [dan kadang- kala cikmimie dapat tangkap]... kadang- kadang, ada dalam kalangan kalian menerima sesuatu pandangan hanya daripada anak- anak murid kesayangan... anak- anak murid yang lain kalau beri pandangan atau idea; walau sebernas mana pun tetap tak diterima... mentang- mentang lah medium sebagai ahli debat dan status guru sudah tersedia... dan mentang- mentang lah hidup dalam kalangan masyarakat melayu yang malas nak berdebat dengan guru walaupun dia tahu idea guru itu kadang- kadang salah... mentang lah aku ini insan kekurangan, senangnya kau mainkan... siapalah aku ini..! [ni dah karaoke lagu Exist- Mengintai Dari Tirai Kamar]
             

Oh, para pensyarah yang budiman! memang jasa anda tak terbalas tapi jangan lah selitkan kebaikan anda dengan lumpur, hilang lah serinya... anak murid memang lebih memandang kepada keburukan yang anda tonjolkan sebab anak murid adalah manusia biasa dan kekurangan ilmu dalam menilai sesuatu... jangan sebab sifat anda yang tak disenangi membuatkan para anak didik melupakan jasa anda...



Oh, para pensyarah yang disegani! ketika anda memberi markah kepada tiap- tiap kerja anak murid anda, beri lah pengadilan yang sewajarnya... jangan lah ada sifat ‘limau manis sebelah’; menghukum orang yang telah berusaha dan mengagungkan orang yang disayangi bukan kerana usahanya... jangan lah kerana sifat marah mengubah persepsi anda terhadap anak murid yang berhadapan dengan anda...

aku stress dengan kau, so aku F kan kau untuk subjek ni!

 Oh, para pensyarah yang amanah! ingat lah, suatu hari nanti anda akan disoal tentang tanggungjawab anda terhadap anak bangsa; adakah anda berlaku adil? Adakah anda profesional? Adakah anda telah mendidik anak bangsa atau menghukum mereka? Apakah anda telah menyebarkan keburukan para pensyarah lain kepada anak- anak bangsa?


[pesanan ikhlas daripada cikmimie yang mewakili para murid yang menjadi mangsa pensyarah (X)]

Saturday 29 October 2011

bila rindu waktu dulu...

kadang- kadang kita teringat waktu dulu- dulu... bila terkenang peristiwa yang buatkan kita senyum sendiri, mesti kita berfikir dalam hati, "bestnye kalau dapat kembali pada masa tu!"

tapi perkara yang paling jauh adalah masa silam [kata Imam Shafi`e]... walau selaju mana pun kita lari, walau secanggih mana pun kenderaan yang kita naiki dan walau selama mana pun kita tunggu, masa lalu pasti takkan kita capai lagi... [hehehe... puitisnye!]

makanya, nikmati lah setiap saat yang kita lalui sekarang... susah ke, senang ke, sume tu akan jadi kenangan dan mematangkan kita sebab setiap perkara yang terjadi ada pengajaran...

tapi, apa korang buat bila rindu waktu dulu? 


kalau cikmimie, cikmimie akan berhubung dengan orang- orang yang terlibat dengan hal lalu yang cikmimie teringat tu... contohnya, cikmimie terjatuh dalam sungai bersama- sama Bedah satu masa dulu... kalau cikmimie tengah buat assignment sekarang lalu tetiba je peristiwa tu menjelma dalam fikiran cikmimie, cikmimie akan telefon Bedah [kalau ada nombor telefon dia lagi la...]



cikmimie suka pandang langit malam kalau teringat masa silam... bukak tingkap lalu pandang lah langit dan lagi best kalau ada bulan dan bintang... tak kisah lah kisah silam yang best ke, yang menyakitkan hati ke, yang sedih ke... kalau citer sedih, kadang- kadang boleh menangis... kenangan yang kelakar boleh buat cikmimie tergelak sorang- sorang... tapi jangan buat benda ni masa roommates korang ade ye... nanti ade yang dituduh mental disorder...



belek balik barang- barang yang ada kaitan dengan kisah masa lalu yang tetiba muncul dalam kotak minda korang... mesti 'feel' masa lalu tu meresap dalam jiwa... selalunya surat dan hadiah... tapi jangan terlalu obses, nanti kawan- kawan fikir korang kena sampuk dek mana- mana saka pulak...




bagi yang rajin tulis diari tu, cuba korang baca balik apa yang dah korang nukilkan dalam buku top secret tu... automatik lah korang akan rasa yang korang berada pada zaman kisah tu berlangsung... muka- muka Jenab, Ali, Chan mesti macam depan mata korang... how about album? lagi lah 'feel'- gambar bersiri dan pemberi gambaran kisah lalu korang tu...



apa lagi yang cikmimie buat bila rindu waktu dulu ye? hm... tak ingat lagi lah! kalau ada lagi, ada la part 2 artikel ni... hehehe...

Monday 24 October 2011

things that I hate about Korean Celebrities and Shows...

firstly, I want to seek apology from Korean fans because my writings might be hurt all of you... but I'm not afraid to tell my view on Korean Entertainment Industry because I have kept my opinion for quite long time... firstly, I like to listen to Korean songs and watch its movies but there are certain things that make me dislike on its industry... ah, tak nak lah speaking!!!

1) kumpulan nyanyian yang tak asli...

 kebanyakan kumpulan yang wujud bukannya berbakat... hanya bersandarkan wajah yang cantik [tu pun hasil pembedahan plastik]... dalam album, suara masing- masing... wah, macam buluh perindu, comel macam suara barbie yang menyanyi dalam siri- siri filemnya... tapi hakikatnya, bila kat atas pentas, suara sangat lah berbeza... tak memuaskan... kalau nak dibandingkan dengan suara cikmimie, diorang tu kena banyak berlatih lagi... belajar vokal pun tak habis lagi...



2) penampilan yang plastik...
umum tahu, Korea adalah antara negara yang mempunyai kadar pembedahan plastik tertinggi... ala, tak payah nak marah lah, Korean fans! terima je hakikat yang sebenarnya selebriti pujaan korang tak menawan mana pun... ada yang mengaku buat pembedahan plastik dan budaya membaik pulih ni pun dah jadi trend... patut lah comel- comel budak yang keluar TV tapi bila tengok orang kebanyakan, tak de lah indah mana pun...



3) peniruan secara halus...
kalau dah histeria dengan Korean singing groups memang akan rasa macam nak baling botol kaca je kat kepala cikmimie... akui je lah yang korang mengutuk kumpulan Malaysia yang tiru gaya K- pop tu sebenarnya lagi tak boleh terima hakikat yang Korean groups sebenarnya pelopor kepada buadaya copy & paste dari barat... dulu lagi ada kumpulan NSYNC yang menyanyi sambil menari... dulu lagi ada kumpulan yang menyanyi diiringi rap macam Black Eyed Peas dan KRU [Malaysia tu!]... eh, KRU pun menyanyi sambil menari dan siap rap lagi... siapa tiru siapa ni? so sama je taraf Gula- gula dengan SNSD tu... sama je status Max 24: 7 dengan MBLAQ atau Shinee... cuma berbeza dari aspek penerimaan je... korang lah yang tak dapat terima hakikat... 


4) penipuan rancangan realiti TV...


tak payah nak kaji sampai lubang cacing, cikmimie tengok pun nampak beno nipunyeee... sekali je cikmimie tengok, lepas cikmimie find out yang rancangan tu macam buat- buat je [ada skrip], langsung cikmimie malas nak tengok lagi... FAKE but Korean die hard fans masih nak tengok dan  kena tipu lagi... kenapa eh? comel sangat ke gaya diorang? gaya pun macam kena atur je... kawan cikmimie cakap, citer Family Outing pun sebenarnya telah dirangka dengan jayanya... ada watak yang harus dimainkan oleh setiap pelakon...


5) gaya selebriti yang tak sesuai dengan adat ketimuran...
walaupun selebriti Korea adalah orang timur, tapi perasan macam gaya orang barat... paling menyampah part ni... baju selebriti wanita kalau boleh nak dedah sini sana... memberi impak yang tak baik kepada golongan remaja yang menyokong diorang ni... tapi hairan ye... tak de sape nak kutuk dan maki diorang ni... 



cikmimie harus lari, ramai Korean fans yang dah pandang semacam masa cikmimie tulis artikel ni... bukan tak de nilai yang baik, ada... tapi kadang- kadang terlalu mengagungkan sesuatu menyebabkan kita jadi taksub dan tak dapat terima kenyataan bahawasanya benda yang kita minat tu ada banyak sisi keburukan... but conclusion is, FAKE always receives FAME...

Sunday 23 October 2011

[kawan foya- foya vs sahabat selamanya]

artikel ni adalah kesinambungan dari artikel kawan... apa ertinya? kenapa ada part two pulak? sebab ada idea la...

cikmimie akan menulis bila ada idea je... kalau tak de, senyap je la, buat apa nak copy n paste kan... citer tentang kawan, sahabat, rakan, teman atau apa- apa je lah yang korang panggil akan terus berkembang selagi ada perkataan KAWAN dan individu yang digelar KAWAN kat atas dunia ni...dan KAWAN memang ada setiap hari dan kat mana- mana je... memang tak boleh lari lah kan daripada kawan melainkan korang tinggal kat pulau terpencil... tu pun ada lagi KAWAN contohnya ikan dan tapak sulaiman...


melalut sampai masuk simpang kiri, padahal nak masuk kanan... kan dah kena U- turn balik... hm... straight to the point la ye... sape nak ada kawan yang hanya ada waktu berfoya- foya je tapi bila sampai waktu kesusahan, teman rapat foya- foya tu tak de... angkat tangan sikit? tak de kan... tapi cuba terbalikkan soalan... sape nak ada kawan yang ada pada waktu susah sekaligus boleh buat teman foya- foya jugak... Bedah, Senah, Ali... uih, ramai yang angkat tangan!!!

moral of the story; sebenarnya kedua- dua soalan tu adalah luahan hati cikmimie dan mungkin juga insan yang 
senasib dengan cikmimie... hm... adalah tak adil jika insan yang dipanggil kawan sanggup mempergunakan kita untuk tujuan tertentu seperti menolong pada waktu tak de sape nak membantu meringankan bebannya... tapi kan, bila masalah dia dah lepas, bukan je tak de ucapan terima kasih, malah melupakan kita pada waktu dia gembira bersama- sama kawan- kawan foya- foyanya...



tak faham eh? ye lah, nak bagi contoh lah ni;

A ada masalah besar dan dia perlukan tenaga yang agak ramai jugak lah untuk membantu melaksanakan sesuatu tugas... dia minta bantuan kawan- kawan side B yang dia suka tapi diorang tak nak membantu... jadi terpaksalah dia minta bantuan kawan- kawan lain untuk menolong meringankan beban... kawan side C ni pun rasa bertanggungjawab dan memenuhi permintaannya... tak lama kemudian, masalah A selesai dan dia rasa lega yang amat... dan pada waktu lapang, dia menggembirakan hatinya... tapi dia tak kongsi aktiviti gembiranya tu dengan kawan- kawan side C, tapi dia mencari kawan- kawan side B sebab dia lebih gemarkan side B [mungkin sebab pandai ambil hati kot]...

[ jangan takut, aku ada lah!]

so, faham dah? kalau tanya kat korang, mesti korang pernah jadi kawan di side C kan? ke korang adalah A? atau mungkin B... hehehe...

jadi, fikirlah... sape kawan yang boleh digelar kawan jika korang dalam situasi A... B atau C? B yang suka dengan korang bila berfoya- foya atau C yang korang tak suka tapi dia boleh bantu ringankan beban?dan sila lah fikir perasaan C jika korang pernah menjadi seperti A... huhuhu...

Tuesday 6 September 2011

“I saw Islam in non- Muslim”

cikmimie teringat masa tengah dengar kuliah dalam kelas, lecturer tetiba citer pasal ada sorang ulama’ Islam ni mengeluarkan kenyataan seperti tajuk artikel... “I saw Islam in non- Muslim.” Itulah kata- kata ulama’ ni bila dia pergi ke sebuah negara bukan Islam tapi mengamalkan sikap seperti dituntut dalam Islam... walaupun sebahagian besar rakyat kat negara tu tak pernah baca al- Quran apatah lagi al- Hadith, mereka seperti dah tahu apa yang baik dan tak baik dibuat dalam kehidupan seharian...

mungkin Angelina Jolie contoh terbaik dalam hal ni?

petang tadi, ada seorang kawan abah cikmimie datang melawat kitorang kat rumah... saja- saja datang... ingatkan nak raya... nama dia Batumalai... kalau dah nama macam tu, sah- sahlah dia orang India dan beragama Hindu... mak cikmimie tanya dia, “dah sembahyang ke belum?”


menurut mak cikmimie, dia sangat berpegang teguh kepada kepercayaan yang dia pegang... dia percaya agama Hindu, dia ikut dan taat kepada perintah agamanya... apa yang agama dia larang, dia akan cuba elak daripada buat... bukan cikmimie nak berdakwah supaya umat Islam sekalian menganut agama tersebut, tapi cikmimie nak jadikan contoh betapa kita ni sebagai umat Islam patut menurut kemahuan syariat seperti mana Encik Batumalai tu buat walaupun berbeza kepercayaan...


ada antara umat Islam mengaku Islam tapi tak ikut pun apa yang disuruh agama... lampu merah, dia jalan... lampu hijau, dia berhenti... suruh jaga kebersihan, tak nak... dah lah tu, asyik buang sampah merata- rata dan ikut suka je...






cuba tengok kerajaan Singapura yang bukan berteraskan Islam tu... buang sampah merata- rata, kena denda... negara Malaysia yang berpaksikan Islam ni? Walaupun ada papan tanda ‘DILARANG MEMBUANG SAMPAH, DENDA RM500’, masih ada yang berani buang sampah... sadisnya bila ada yang buang sampah kat bawah papan tanda tersebut... cikgu BM cikmimie pernah pergi Singapura... dia citer kat kelas yang pemandangan kat kota Singa tu sangat cantik... lepas tu dia membandingkan keadaan rumah Singapura dengan Malaysia... dia cakap, “agaknya, belakang rumah diorang macam depan rumah kita...


sifat keprihatinan ‘mat- mat saleh’ terhadap haiwan tak kiralah kucing atau singa atau ular pun lebih tinggi daripada kita... cikmimie pernah tengok video mat saleh selamatkan kucing dari atas pokok... tapi ada antara kita yang menyepak kucing macam nak buat sepakan penalti... kesian betul budak comel tu!


Dalam Islam melarang kita mengutuk agama lain sebab nanti pengikut agama lain tak segan- silu dan berani mengutuk agama Islam temasuklah bab Tuhan dan para Nabi... tapi kita secara sedar atau tak sedar sering mengutuk agama lain... ternyata larangan daripada Islam ni sebenarnya ada baiknya demi menjaga keamanan dunia yang dihuni oleh pelbagai makhluk berbilang agama, bangsa dan negara...


cikmimie pernah terkena dengan sahabat Muslim sendiri... cikmimie seorang yang lalai dalam menjaga barang sendiri... cikmimie pernah tinggalkan dompet dalam kelas, bawah meja belajar pada waktu rehat... bila cikmimie teringat balik pasal dompet tu, cikmimie terus ke kelas balik tapi duit dalam dompet cikmimie dah hilang... cikmimie tahu sapa yang curi, orang Islam sendiri... kecewanya dengan sikap diorang ni! nama je anak orang kaya- raya...


tak lama dulu, masa cikmimie  dalam perjalanan balik ke rumah, cikmimie tertinggal dompet dalam KTM... dah sampai Sentral KL baru cikmimie sedar yang dompet cikmimie tak de... cikmimie macam nak nangis sebab sume duit, IC, kad pelajar ada dalam dompet tu... tetiba cikmimie dapat panggilan dari seorang apek ni kata dia jumpa dompet cikmimie... dia suruh cikmimie pergi ke stesen seterusnya (cikmimie tak ingat la pulak nama stesen tu) untuk ambik dompet... bila jumpa apek tu, cikmimie terus ucapkan terima kasih... rasa macam nak bagi duit je tapi nampaknya dia lebih berada daripada cikmimie... hehehe... dia siap pesan kat cikmimie supaya jangan cuai dan lebih berhati- hati... wah, jujurnya dia! Dia seorang penganut Buddha tapi amalkan apa yang Islam ajar...


Pernah sekali cikmimie tertidur dalam KTM... bila dah sampai stesen Seremban, ada orang India kejutkan cikmimie... cikmimie ingat lagi ayat dia bila cikmimie terbangun;

Hei, sudah sampai stesen last pun mau tidur lagi ka?”

walaupun cara dan ayat dia kejutkan cikmimie sangat kasar, tapi cikmimie bersyukur sebab ada jugak manusia yang prihatin kat cikmimie... nasib baik Seremban adalah stesen terakhir, kalau tak... tapi yang mengecewakan cikmimie adalah sikap orang- orang Islam yang duduk berdekatan cikmimie yang tak kisah pun dengan cikmimie... 


jadi, kalau orang lain mengutuk pasal Islam, janganlah cepat salahkan diorang... scan dulu apa yang kita lakukan sampai orang lain nampak seperti apa yang diorang fikir...

Monday 5 September 2011

(>_<)... macam mana nak buatkan status anda dikomen oleh kawan kawan? [dedicated to facebookers]...

Korang post status tapi tak ada sapa yang komen... kalau sekali dua tak pe, ini setiap kali post status mesti tak de maklum balas... at least, like pun fine... tak pe, berdasarkan pengalaman cikmimie dan ilmu warisan yang cikmimie tuntut daripada kenalan, biar cikmimie jadi doktor untuk merawat penyakit ini...


 1) jangan ego dan sombong nak like atau komen status orang lain...
Orang tua cakap, “orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa.” Eh, macam tak de kena mengena je dengan point yang ni... ha, cikmimie tahu peribahasa yang sesuai! “bagai aur dengan tebing.” Sebab depa dua ni  saling memerlukan... jadi korang perlu rakan anda untuk memberi komen... dan kalau kawan korang tu faham dengan masalah korang, mesti dia akan komen status korang... balas- balas komen dengan orang yang sama, lama- lama jadi banyaklah... bak kata pepatah, “sikit- sikit, lama- lama jadi bukit.” [by: murid Karam Singh Walia]


2) tak kenal maka tak cinta...
Sebenarnya, faktor untuk kawan memberi komen kat status korang adalah dia mengenali korang secara face-to-face sebab diorang tahu perihal dan sebab musabab status korang tu... contohnya korang post status berbunyi;
 sakitnya!
Kalau orang tak tahu menahu pasal status ni, memang dia tak layan sebab dia takut salah tafsir... tapi orang yang ada di tempat kejadian mesti tahu punca status tu dikongsikan dan mungkin berminat untuk beri komen...







3) tulis status dalam pelbagai bahasa...


Hm... memang malas nak tulis status dalam banyak bahasa... macam tengah buat sarikata pulak kan... kalau mampu, korang tulis status dalam bahasa ibunda sendiri, lepas tu ‘translate’ ke dalam pelbagai bahasa... contohnya bahasa ibunda cikmimie adalah Turkish, cikmimie buat penterjemahan ke dalam bahasa Melayu kat bawah status tu... barulah kawan- kawan dari pelbagai negara suka nak komen sebab diorang faham...


4) buat status mengarut/ memoyokan diri...
Ikut kajian cikmimie selama beberapa tahun, status yang dikongsi bertujuan untuk mengarut dalam facebook lebh cenderung untuk menerima banyak komen samada komen menyokong atau membangkang... biasalah kan, kalau dah status buat orang lain jadi menyampah atau geli hati, pasti dapat perhatian kalau nak dibandingkan dengan status skematik dan ada unsur- unsur  ilmu pengetahuan... tapi ada jugak cikmimie baca status pasal isu- isu semasa negara yang macam pisang goreng panas dek kerana masing- masing nak mempertahan idea dan pandangan diorang... fire! fire! fire!

 "SAYA BUDAK BAIK"

 5) post status mengenai teka- teki atau soalan uji minda...
Popular kalau korang pandai cipta teka- teki sendiri... kalau tak de idea, tanya kawan- kawan... suruh diorang beri idea... jangan ambik idea kat internet atau surat khabar sebab teka- teki kat sumber tersebut telah diketahui dan dipakari oleh ramai manusia... sertakan sekali hadiah kalau anda mampu... mesti ramai yang komen dengan memberi jawapan... 




6) tag nama kawan- kawan...
Hm... menjadi ke idea ni, ye? Biasanya jadi sebab kawan- kawan rasa dihargai bila nama diorang bertakhta di post korang... lagi ramai kawan yang korang tag, keberangkalian nak dapat banyak komen tinggi melangit... tag la nama Bedah, Senah, Ali, Muthu, Ah Cheng... kalau sekomen sorang, kan dah ada 5 komen tu... banyak tu 5 komen!!! tag nama kawan- kawan ni merupakan cara paksa tahap pertama... dan kalau tak jadi jugak...


7) inbox kawan- kawan seramai mampu untuk paksa diorang komen status korang...
Cara ini adalah cara paling mudah dan ganas untuk mendapatkan komen daripada ramai kawan... ketika meng ‘inbox’ mangsa, sertakan sekali ugutan untuk remove diorang daripada ‘friend list’ korang... ataupun kalau mangsa berada dekat dengan kawasan anda, ugut diorang dengan mengatakan anda akan menyebarkan rahsia tersulit dan terbesar kalau diorang tak nak beri komen... jahat tak? Tu lah, sapa suruh tak komen apa- apa...


Semua points di atas adalah idea cikmimie semata- mata... kalau korang ada idea yang best lagi, korang bagitahu cikmimie sebab cikmimie pun nak praktikkan... ada jugak orang yang “ada aku kesah?’ kalau tak dapat komen apa- apa... cikmimie pun sama sebenarnya... apa- apa pun, selamat mencuba!

Friday 26 August 2011

kenapa raya sekarang tak best macam dulu???

raya raya raya!!! kejap je dah raya, macam raya tahun lepas semalam je berlaku... tapi ingat jugak, pada akhir- akhir Ramadhan ni la kena buat amalan lebih...

tapi kalau ikut pengalaman cikmimie yang dah 20 tahun menyambut Syawal, sambutan hari raya makin lama makin x meriah... sebabnya;

1) lampu pelita dah tak banyak dipasang

dulu masa cikmimie kecik- kecik dulu selalu tolong atuk pasang pelita masa malam 7 likur... cikmimie tolong isi minyak je... sambil- sambil nyalakan pelita tu, cikmimie bakar mercun sekali, hehehe... tapi sekarang, sejak rumah wan cikmimie ada lampu jalan setelah wan cikmimie 'request' kat TNB, rasa macam dah tak bermakna nak pasang pelita... ye lah, buat apa nak pasang pelita kat tempat terang... bak kata orang, 'sudah terang lagi bersuluh'...


2) kuih idok dibako, dibeli aje...

bila raya je, mak cikmimie semangat nak buat kuih... paling wajib adalah kuih sepit... (ala kuih yang dibakar atau digoreng sambil disepit tu...) cikmimie biasanya akan jadi tukang sepit dan goreng dan mak cikmimie hanya bancuh adunan kuih tu je, pastu dia pergi keje... tapi sayaaaaaaang, tahun ni dah tak buat kuih dah, semua nak beli atas pelbagai faktor seperti kesibukan di tempat kerja dan kepenatan dek cuaca... apa cikmimie nak jawab kalau skandals cikmimie datang dan tanya, "mana kuih yang awak buat?"

3) dah tak dapat duit raya yang banyak...

atas dasar umur yang sudah lanjut dan cikmimie pun dah ada duit sendiri, keputusan majlis perwakilan keluarga cikmimie menetapkan duit raya pada tahun ni adalah dibekukan... kalau ada pun mungkin seringgit dua je... kalau dulu depa sume bagi sorang RM50, tapi sekarang... lagi bagus, abang cikmimie minta duit raya pulak! nak raya rumah ke rumah, mungkin dah tak relevan berdasarkan umur dan saiz badan cikmimie yang makin meningkat ni...

4) kad raya! kad raya!
masa cikmimie sekolah menengah, cikmimie tukar- tukar kad raya dengan kawan... macam- macam jenis kad ada... berlampu, bermuzik, pantun lawak, warna- warni... balik rumah, gantung kat dinding dengan bangganya... tapi sejak teknologi makin maju ni, kawan- kawan sume pakai e- card je... paling best pun, mesej raya kat handphone... 

5) rancangan kat TV vs kunjung- mengunjung...
ni pun salah teknologi serba canggih jugak! hehehe... stesen- stesen TV berebut- rebut nak siarkan program dan citer- citer best sepanjang raya... ye la, masa raya la rating akan meningkat dek ramai orang holiday... oleh sebab tu la orang kita lupa nak menziarahi sanak- saudara dan jiran tetangga... kalau pergi rumah Mak Long Bedah, tak dapatlah tengok konsert Anuar Saidin... kena pulak Mak Long Bedah anti- Anuar Saidin...



6) baju raya sepasang je...
dah besar, tak payah lah nak meriah sangat baju raya tu! cukuplah sepasang... wah, sedih cikmimie bila dengar pandangan macam ni... tak kiralah, kecik ke, dah besar ke, cikmimie tetap nak 5 pasang baju raya... dulu mak cikmimie keluarkan duit dalam bank semata- mata nak beli baju raya... semua ada; baju kurung, t- shirt, blouse, baju tidur dan lain- lain lagi... sekarang ni, mak cikmimie cakap, "kau beli la sendiri!" kalau dah pakai duit cikmimie tu, memang sikit je la baju raya yang dapat...
[baju raya alaf baru... maklumlah, sekarang ni fesyen sume nak pelik- pelik je]

sebab tu lah dari tahun ke tahun, raya cikmimie jadi tak best... kalau dah kerja nanti, lagi la... kena fikir pasal cuti, duit raya... kalau dah kahwin pulak, kene menung pasal baju raya keluarga yang kena sedondon, bajet aidilfitri, bergaduh dengan suami pasal nak raya kat kampung mana... ( kenapa tetiba masuk bab kahwin ni?)

apa- apa pun, selamat menyambut hari raya aidilfitri! maaflah kalau cikmimie ada terkasar bahasa dalam menulis blog ni... pandu dengan cermat, ingatlah cikmimie tersayang...