Wednesday 28 December 2011

ciri- ciri kawan yang perlu di'remove' dalam senarai kawan fb...

berapa ramai rakan fb anda? 100? 200? 300? 1000? 4000? dalam ramai- ramai tu, berapa orang je yang berfungsi? kadang- kadang terfikir jugak nak remove je sebahagian kawan fb sebab ramai sangat... tapi kena tengok kriteria kawan fb yang perlu dinyahkan...



1) insan yang suka bertapa...




 tak kisah lah sapa add sapa tapi kawan yang macam ni lebih suka duduk diam kat friend list tanpa buat apa- apa pun... jangankan komen, like pun tak nak... lebih haru kalau dia yang add korang... apalah tujuan dia add kan? baik tak payah jadi kawan fb kalau macam tu...




2) musuh...

wekkk! dah lah status tak de orang komen!

dah nama pun 'friend', maknanya untuk friend je la... kalau dah tahu kawan fb korang tu sebenarnya musuh yang terang lagi bersuluh, apa kata korang delete je... kemungkinan dia saja je duduk dalam friend list korang untuk cari kelemahan... nak buat bahan ejekan dan kutukan la tu!

3) suka memberi komen dengan kata- kata yang tak sepatutnya...

kita post status elok- elok, dibantainya komen dengan perkataan- perkataan negatif... pelbagai aksesori keluar seperti b_d_h, f_ _k, etc [seram pulak nak taip, kalau mak cikmimie tahu ni, memang tergantung kepala kat kipas yang tengah berpusing!]... jadi eloklah kalau delete je orang yang macam ni supaya fb korang bebas daripada anasir- anasir yang tak sepatutnya...


4) page yang buat promosi 'sapa nak jadi jutawan segera'
cikmimie pernah terkena dengan page macam ni... entah bila masa cikmimie add, tetiba je menyemak kat wall cikmimie... cikmimie tak nak jadi jutawan segera lah!!! lantas cikmimie delete... kalau korang terkena hal yang sama, delete je sebab mana ada duit datang dengan mudah... usaha kena ada, bebeh!



5) tak kenal! tak kenal! sapa awak?

 dah lah tak de mutual friend, tak tahu asal usul pulak tu! baiklah korang delete je kawan fb macam ni... buat menyemak fb je... entah- entah dia spy musuh korang tak? tak pun peminat yang terlalu obses dengan korang? ish, sekarang ni macam- macam jenis orang ada... simpang! tapi sebelum delete tu, apa kata korang tanya dia berkenaan asal- usul dia? mana lah tahu korang yang sebenarnya hilang ingatan... nak delete, rupa- rupanya dia tu kawan sekolah rendah kita... paling haru, dia tu kawan sekelas atau sepejabat...





6) artis...
huhuhu... sampai hati Jlo tak balas komen aku...

korang add fb artis, korang ingat diorang kenal korang? korang ingat diorang nak balas komen korang bila korang komen status fb diorang? korang ingat diorang nak komen status fb korang atau post sesuatu kat wall korang? jawab! jawab! jawapannya... jangan harap! dah, tak payah pening- pening, delete je fb artis daripada fb korang... buat semak je... kalau obses sangat nak tengok muka artis kesayangan korang tu, beli je surat khabar hari Ahad... tak pn majalah Mangga, Manggis, Mempelam, etc...


7) bekas kekasih...
barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merana badan (hati pun sakit)... delete je fb bekas kekasih sebab dia dah jadi sejarah korang... kata nak lupakan? kalau korang tak delete, korang akan sakit hati bila suatu hari nanti dia tukar status 'in a relationship' atau 'engaged' kat fb... tak pun, dia berbalas komen dengan skandal baru atau kekasih hati barunya... huhuhu...
 
berani ko komen status dia?! aku patuk kau!

Sunday 18 December 2011

coretan tak boleh tidur...

cikmimie tak boleh tidur lah malam ni sebab tadi cikmimie minum kopiko kaw kaw punye... yang pekat tu! langsung mata cikmimie yang sepet ala- ala korea ni bertuakr jadi besar macam mata sailormoon...
walaupun cikmimie masih tak dapat mengatasi masalah pada malam ni, cikmimie tetap nak bagi tips macam mana nak hilangkan masalah insomnia ni...

1) kira bulu teddy bear...
sape- sape yang ade teddy bear tu, kalau tak boleh tidur malam, kira lah bulu teddy bear... lagi besar teddy bear, lagi bagus... lepas tu buat daftar inventori sebab kalau esok- esok tak boleh tidur, boleh kira lagi... tengok, ade pengurangan tak pada jumlah bulu teddy bear korang... dan dengan cara ni jugak boleh mengukur tahap keseriusan masalah korang... makin banyak bulu yang hilang, makin serius masalah insomnia ni...

2) baca buku yang membosankan...
buku sejarah, buku cerita panjang- panjang memang bosan kalau dibaca... tengok pun dah bosan... bila bosan, automatik akan rasa mengantuk... bila mengantuk, automatik akan tidur punya... jangan ambil buku yang ade gambar... kalau boleh tulisan kecik- kecik dan spacing 0.5...

3) kemas bilik...
kalau dah tak tau nak buat apa, kemas aje bilik korang yang bersepah macam kapal nak belayar tu... selain mengisi masa lapang, korang juga boleh mendapatkan semula bilik yang kemas dan teratur walaupun tak cantik... lagipun, korang boleh lah berkenalan dengan spesis seperti lalat, lipas dan semut ketika berkemas... tak ke menambahkan rakan tu? bila dah penat, mesti nak tidur punya...

4) apa lagi, ini lah masa nak ulang kaji...
kalau tak dapat tidur tu, itu adalah peluang untuk korang ulang kaji subjek supaya lebih mantap... jadi, belajar lah pada waktu ni sebab dikatakan belajar lewat malam atau awal pagi adalah cara efektif untuk otak menerima ilmu dengan mudah...

dah, pergi tidur!