Wednesday 28 December 2011

ciri- ciri kawan yang perlu di'remove' dalam senarai kawan fb...

berapa ramai rakan fb anda? 100? 200? 300? 1000? 4000? dalam ramai- ramai tu, berapa orang je yang berfungsi? kadang- kadang terfikir jugak nak remove je sebahagian kawan fb sebab ramai sangat... tapi kena tengok kriteria kawan fb yang perlu dinyahkan...



1) insan yang suka bertapa...




 tak kisah lah sapa add sapa tapi kawan yang macam ni lebih suka duduk diam kat friend list tanpa buat apa- apa pun... jangankan komen, like pun tak nak... lebih haru kalau dia yang add korang... apalah tujuan dia add kan? baik tak payah jadi kawan fb kalau macam tu...




2) musuh...

wekkk! dah lah status tak de orang komen!

dah nama pun 'friend', maknanya untuk friend je la... kalau dah tahu kawan fb korang tu sebenarnya musuh yang terang lagi bersuluh, apa kata korang delete je... kemungkinan dia saja je duduk dalam friend list korang untuk cari kelemahan... nak buat bahan ejekan dan kutukan la tu!

3) suka memberi komen dengan kata- kata yang tak sepatutnya...

kita post status elok- elok, dibantainya komen dengan perkataan- perkataan negatif... pelbagai aksesori keluar seperti b_d_h, f_ _k, etc [seram pulak nak taip, kalau mak cikmimie tahu ni, memang tergantung kepala kat kipas yang tengah berpusing!]... jadi eloklah kalau delete je orang yang macam ni supaya fb korang bebas daripada anasir- anasir yang tak sepatutnya...


4) page yang buat promosi 'sapa nak jadi jutawan segera'
cikmimie pernah terkena dengan page macam ni... entah bila masa cikmimie add, tetiba je menyemak kat wall cikmimie... cikmimie tak nak jadi jutawan segera lah!!! lantas cikmimie delete... kalau korang terkena hal yang sama, delete je sebab mana ada duit datang dengan mudah... usaha kena ada, bebeh!



5) tak kenal! tak kenal! sapa awak?

 dah lah tak de mutual friend, tak tahu asal usul pulak tu! baiklah korang delete je kawan fb macam ni... buat menyemak fb je... entah- entah dia spy musuh korang tak? tak pun peminat yang terlalu obses dengan korang? ish, sekarang ni macam- macam jenis orang ada... simpang! tapi sebelum delete tu, apa kata korang tanya dia berkenaan asal- usul dia? mana lah tahu korang yang sebenarnya hilang ingatan... nak delete, rupa- rupanya dia tu kawan sekolah rendah kita... paling haru, dia tu kawan sekelas atau sepejabat...





6) artis...
huhuhu... sampai hati Jlo tak balas komen aku...

korang add fb artis, korang ingat diorang kenal korang? korang ingat diorang nak balas komen korang bila korang komen status fb diorang? korang ingat diorang nak komen status fb korang atau post sesuatu kat wall korang? jawab! jawab! jawapannya... jangan harap! dah, tak payah pening- pening, delete je fb artis daripada fb korang... buat semak je... kalau obses sangat nak tengok muka artis kesayangan korang tu, beli je surat khabar hari Ahad... tak pn majalah Mangga, Manggis, Mempelam, etc...


7) bekas kekasih...
barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merana badan (hati pun sakit)... delete je fb bekas kekasih sebab dia dah jadi sejarah korang... kata nak lupakan? kalau korang tak delete, korang akan sakit hati bila suatu hari nanti dia tukar status 'in a relationship' atau 'engaged' kat fb... tak pun, dia berbalas komen dengan skandal baru atau kekasih hati barunya... huhuhu...
 
berani ko komen status dia?! aku patuk kau!

No comments:

Post a Comment