Tuesday 28 June 2011

Siapa yang memandai kata lelaki banyak kelebihan daripada perempuan?

cikmimie selalu dengar yang orang cakap lelaki ni lebih kuat, istimewa, berkebolehan daripada perempuan... kadang- kadang, cikmimie sakit hati jugak dengar segala andaian yang tak masuk akal ni... tapi cikmimie malas nak gaduh sebab lelaki ni ego tahap moksya... jadi cikmimie pun menggunakan penulisan sebagai alat untuk membalas tuduhan- tuduhan melampau tu...

lelaki larat ke bawa baby selama 9 bulan 9 hari?
ni point yang selalu dengar... bila lelaki cakap, "ele, perempuan ni, angkat barang berat sikit pun tak larat!" mesti perempuan akan keluarkan point ni... biar cikmimie tambah... hei, lelaki! korang rela ke nak bawa baby dalam perut 9 bulan 9 hari tanpa rehat? dah lah tak boleh rehat, kena tendang dengan baby...
ya, untuk perempuan!

lelaki rela menangis depan orang?
hm... jarang nampak lelaki menangis depan khalayak ramai... macho ke? ala, balik rumah siaplah dengan baldi besar nak tadah air mata... kalau Sultan Mahmud hidup lagi, mesti baginda tak payah nak paksa rakyat dia menangis sebab nak cukupkan air mata 7 tempayan... mesti dah dapat Puteri Gunung Ledang...
ya, untuk perempuan menangis! menangis bukan tanda kelemahan, tapi kelebihan yang diberi sebagai tanda perempuan ni dapat luahkan apa yang dia rasa tanpa berselindung...



lelaki cantik ke kalau bertudung?
geli kalau nampak lelaki bertudung... bak kata seorang ustaz, "perempuan ni cantik bila pakai tudung... cuba lelaki yang pakai?" dengan janggut, misai... hm...
ya, untuk perempuan! sungguhpun pakai 'cap', tetap nampak cantik...

boleh ke lelaki mengaku yang dia suka pink?
jatuh la ke'macho'an kalau mengaku yang lelaki suka pink dan ungu sekalipun... pink kan warna yang lembut...
ya, untuk perempuan! ala, kalau perempuan suka warna- warna maskulin macam hitam dan biru pun orang tak kisah...

rela tak lelaki pegang tangan sahabat baik dia bila keluar jalan- jalan?
mesti tak sanggup... orang sekeliling pun pandang semacam je... "diorang ni gay ke?"

 ya, untuk perempuan! perempuan ni sifatnya penyayang tak kisah lah pada sesiapa pun... jadi kalau perempuan pegang tangan perempuan, orang cakap, "rapatnya diorang ni!"

ada ke lelaki yang puji lelaki lain?
kalau ada tu, mesti orang cakap, "dia ni suka lelaki ke?" biasanya, memang tak ada lelaki yang akan puji kaum sejenisnya atas sebab yang telah dinyatakan... lagipun, lelaki ni kan ego, dia nak bagi orang lain dan dia sendiri, dialah satu- satunya makhluk yang paling kacak...
ya, untuk perempuan! perempuan memang suka puji- memuji... selalu je dengar perempuan puji perempuan lain yang cantik dan bergaya sebab sifatnya yang merendah diri dan tidak berhasad dengki...

ada ke surah ar- Rijaal?
terdiam semua lelaki... kalau nama orang macam surah al- Luqman tu memang lah ada tapi hanya tertumpu kepada seorang lelaki je...
ya, untuk perempuan! cuba belek al- Quran, mesti ada surah an- Nisaa'...

education should be free of charge...

(dulu cikmimie pernah tulis artikel ni kat sebuah laman yang tak berapa nak dikenali la... kiranya artikel ni copy and paste yang dibenarkan...)

It has been a long time did not write anything here. I heard that demonstration has occurred in many Arab countries such as Tunisia, Egypt, Libya, Yemen... I wonder if demonstration changes to rebellion.. I mean, look at Libya and Egypt.

Let us pray for their safety and peace. By the way, I really like to complain something about educational system in our countries (mostly Muslim countries). Do you know that most of Muslim countries only spend 1.5% of their revenues for education? It was so sad to know but it was a reality. I wonder where profit of country goes to. Spend on war? Spend on entertainment? Spend on building towers and shopping complex? Or put inside 'their pockets'?

Back to the age of the Prophet (s.a.w.). I do not think that students need to pay fee for education. I think it was free. Giving money or gifts to the teachers was up to the kindness of the students and their family.

Of course teacher is a profession nowadays and a teacher also needs money to continue their lives. But government has roles in making education as a free matter. Government can pay for salary of the teachers instead of spending money on inviting celebrities to their country or build something that cannot be used after sometimes.

Just imagine, an excellent student could not further his study to university because he has no money to pay the fee. Can you see the problem? The opportunity to have a good person to contribute something to development of a country is totally a maya or fantasy. That  the reason of some countries are ruled by weak leaders is. They are not good, but they possessed the sit because of monarchy system.

I suggest to all Muslim countries to come out with a policy that education is free for all people. If this becomes a reality, I'm sure that many good leaders can be produced.

Monday 27 June 2011

orang tua cakap... tapi sebenarnya...

(artikel ni khas untuk atok tersayang yang dah jaga cikmimie sejak umur 5 tahun sampailah sekarang... happy father's day!!!)



masa cikmimie sekolah rendah dulu, cikmimie tinggal dengan wan (nenek in my language) dan atok... diorang ni jaga cikmimie macam jaga seorang puteri raja... cikmimie manja sangat dengan diorang ni sampai bila masuk darjah 5 pun wan cikmimie 'ironkan' baju sekolah dan segala baju yang cikmimie pakai... adik cikmimie lagi dahsyat... masa cikmimie duduk asrama, dia dilayan macam duduk kat hotel 8 bintang... bangun je, ubat gigi dah tersedia atas berus gigi... itu citer masa dia darjah 6... manja betul!


wan cikmimie ajar kitorang banyak pantang larang... kiranya buat ni tak boleh, buat tu tak boleh... sampaikan kalau study group pun wan cikmimie suruh buat kat rumah dia je... cikmimie tak boleh pergi rumah kawan walaupun dengan sebab study... pastu wan cikmimie akan buat pisang goreng ke, lempeng ke, cekodok ke sebagai alas perut...

apa pantang larang tu? dengar macam dia turunkan ilmu hitam je kan? macam nak wariskan saka je... hehehe... bukanlah! sila baca ye sebelum buat andaian sendiri... ala, rasanya pantang larang ni sume tahu kot sebab ianya warisan turun- temurun... selalu orang akan ajar resepi atau tips kecantikan turun- temurun tapi cikmimie nak ingatkan balik pantang larang orang dulu- dulu...


jangan duduk kat atas bantal, nanti tumbuh bisul kat...
ni yang paling popular masa cikmimie duduk dengan wan dulu... kalau dia nampak cikmimie duduk atas bantal, mesti dia cakap, "ha, dudoklah ateh banta tu, kono bisol baghu tau!". cikmimie pun sangatlah takut sebab bisul ni sakit... memang tak tahan... dulu pernah kene sekali, asyik meraung je... nasib baik wan cikmimie pakar dalam bidang perubatan tradisional ni... dia letak kunyit campur apa entah... nanti kalau cikmimie ingat, cikmimie bagitahu ye...
yang sebenarnya; wan cikmimie tak naklah cikmimie duduk kat tempat cikmimie letak kepala... ibarat kita duduk atas kepala orang lain... kan tak sopan tu... budak- budak manalah faham apa tu 'kesopanan'...


jangan bertinggung, nanti mak atau ayah cepat meninggal dunia...
ni pun popular jugak tapi kurang sikit daripada point atas... bertinggung tu menaikkan kedua- dua kaki bila kita bertelangkup... biar cikmimie buat demo sikit... nampak tak? selalu cikmimie melangkup depan tv mengikut keselesaan... sekali wan cikmimie marah, "ha, bertinggung! mati mak kau nanti!". cikmimie sebagai anak mithali dan tidak mengerti apa- apa masa tu terus duduk secara sopan dan tertib... ye lah, sapa tak nak mak hidup lama?
yang sebenarnya; wan cikmimie tak naklah cikmimie duduk kurang sopan kat ruang tamu... lagipun melangkup tu amalan sapa? ha, pandai pun! tetiba ada tetamu datang, barulah nak kelam- kabut atur posisi badan... lagipun, kaki lebih atas daripada kepala... kurang sopan ye, anak- anak!


jangan menyanyi masa kat dapur, nanti dapat suami tua...
bila cikmimie dah besar sikit, mulalah perlahan- lahan jadi kawan dapur... mula pegang cerek, kuali, periuk... wan cikmimie ajar bancuh teh dan goreng cekodok... dan kegemaran cikmimie ialah menyanyi ketika buat kerja jadi selalu jugaklah menyanyi masa bancuh teh... bila wan cikmimie dengar je, dia cakap, "menyanyilah pueh- pueh, besok dapek laki tuo baghu padan muko kau!". lepas tu, terus cikmimie cuba tutup mulut masa kat dapur... cikmimie tak nak kahwin dengan lelaki pangkat atuk... teori ni tersebar luas dalam kalangan sepupu sepapat... kononnya sebab menyanyilah ramai artis kahwin dengan lelaki tua...
yang sebenarnya; wan cikmimie tak naklah cikmimie leka kat dapur sampai lupakan cekodok... tak nak cekodok hangus... ye lah, kalau hangus, sapa nak makan? kucing pun tak selera nak hidu... lagi satu, takut leka menyanyi sampai lupa ramuan makanan tu... "eh, aku dah letak garam ke belum?"


jangan duduk kat tangga, nanti tak ada sapa nak meminang...
kalau dah rumah kampung tu, mesti ada tangga kat beranda rumah... selalu lepak kat beranda... pastu kat ruang tamu pun ada jugak... bila sepupu- sepapat balik, kitorang selalu tak de tempat nak duduk kat sofa atau lantai ruang tamu tu... maklumlah, keluarga besar... jadi tangga tu dah jadi bangku panjang untuk budak- budak kecik macam kitorang... pastu, mesti ada mak saudara yang tegur, "duduk ateh tanggo tak elok sobab oghang tak datang minang nanti." cikmimie dengan sepupu perempuan jadi risau dan terus duduk dalam bilik... sapa tak nak kahwin? hehehe...
yang sebenarnya; wan cikmimie tak naklah cikmimie duduk kat tempat yang tak sepatutnya seperti kat tangga... macamlah kawasan bumi ni kecik... kat tepi longkang pun wan dan mak cikmimie tak bagi... tak elok rupanya! lagipun, tangga tu tempat orang lalu- lalang... kalau kita ada kat situ, kan dah menyukarkan perjalanan...


jangan potong kuku malam- malam, nanti pendek umur...
hehehe... tak masuk akal kan? manalah ada perbuatan harian yang menyebabkan umur kita pendek... mengarut! kes ni terjadi ketika malam sebelum nak ke sekolah... kes last minute potong kuku... hari jumaat, sabtu dan ahad pagi tak nak potong... malam ahad jugak nak buat! sudahnya, sempang- sempong (potongan yang tak ikut piawaian sirim) kuku cikmimie... wan cakap, "kalau potong kuku malam- malam, nanti pendek umur." cikmimie yang berumur agak hijau terus menghentikan sikap buruk ni lalu berusaha untuk potong kuku pada pagi hari...
yang sebenarnya; wan cikmimie tak naklah berlaku kecederaan pada jari cikmimie yang mulus dan halus ni... orang kampung dulu tak pakai lampu pendaflour, diorang pakai lampu minyak tanah... bila malam, memang nampak kawasan yang berdekatan dengan lampu minyak tanah je lah... tapi pasal lampu minyak tanah tu, tipulah kalau wan cikmimie masih guna lampu jenis tu pada zaman Dr. Mahathir... cuma dia nak cikmimie tahu pasal pantang larang ni... (gambar kat sebelah bukan jari kaki cikmimie, harap maklum...)


jangan buka al- Quran kalau tak baca, nanti syaitan buang najis atas al- Quran...
cikmimie belajar mengaji dengan wan... garang! asyik kena marah je, tau je lah dengan wan sendiri, memang akan dihukum secara sesuka hati... sementara tunggu giliran mengaji (mengaji dulu dengan adik), cikmimie duduk melopong dengar adik cikmimie kena marah dengan wan... tetiba wan cikmimie tegur, "al- Quran tu kalau tak nak baco, tutop... kang kono (........) kek syaitan (bukan bahasa sebenar)." kerana cintakan al- Quran, cikmimie pun tutup...
yang sebenarnya; wan cikmimie tak naklah cikmimie biarkan al- Quran terbuka tanpa ada orang baca... macam nak buat perhiasan je... lagi satu, manalah tahu kot- kot ada najis cicak jatuh dari syiling, tak ke kena samak (ye ke?)...


tak tahulah kalau ada pantang- larang lain... cikmimie pun dah tak ingat... tapi ada satu teori paling tak masuk akal di'advocated' oleh atuk cikmimie masa dia tengah lepak dengan cikmimie kat ruang tamu... dia cakap kalau cikmimie boleh jilat siku, maknanya cikmimie boleh masuk syurga... yo yo lah cikmimie berusaha, tapi sampai sekarang tak berjaya... rupanya itu adalah dusta... macam manalah agaknya perasaan atuk bila tengok cikmimie cuba melakukan aksi terlampau tu... mesti dia gelak...

Thursday 23 June 2011

Ini mak kita...

Sebelum korang dilahirkan, kat mana korang duduk? Mestilah dalam perut ibu kan... Maknanya sume orang ada ibu, mak, ummi, mama, mummy... tak kisahlah apa pun panggilan, janji ada orang yang melahirkan korang... tipulah kalau korang cakap yang korang kata, "saya tak de mak." habis tu, korang lahir dari mana, busut???

nak tahu tak macam mana rupa korang masa dalam perut ibu? ala, memang korang dah tahu sebab cikgu kat sekolah ade tunjukkan... tapi cikmimie nak tunjukkan jugak sebab mungkin ade yang tak tahu atau dah lupa...


gambar sebelah kiri ni masa mula- mula dalam rahim mak... cikmimie panggil mak je la ye sebab mak lagi manja sikit... hehehe... macam lintah je kita masa ni... gambar sebelah kanan ni pulak bila kita dah ada roh... maknanya kita dah diberi nyawa... kalau ikutkan, haram kalau mak kita nak gugurkan kandungan sesuka hati sebab dah dikira membunuh nyawa insan yang tak berdosa... jadi, sesiapa yang ada hajat nak gugurkan kandungan, fikirlah banyak- banyak kali... tak baik bunuh orang!

masa mak bawa kita dalam perut (yang sebenarnya rahim), macam- macam masalah ada tapi mak gagahkan jugak demi anak dia ni... bayangkanlah, nak pergi mana- mana pun mak bawa... ingat tak berat ke? pergi toilet bukan boleh tinggalkan kita kejap... nak tidur, lagi susah... mak tak boleh buat gaya bebas seperti menangkup dan bergerak lebih- lebih... nanti pecah perut mak!!! bukan masalah tu je, mak sering mengidam nak makanan yang pelik- pelik tanpa dia mahu... sebenarnya kita yang nak makan... (boleh percaya ke teori ni?) tapi mak layan je selera kita sebab dia sayang kat kita walaupun dia tak tahu yang kita bakal menyusahkan dan menyakitkan hatinya suatu hari nanti... 

belum lahir lagi, mak dah ajar kita baca al- Quran... mak baca al- Quran tiap- tiap hari supaya telinga kita ni biasa dengar ayat- ayat al- Quran walaupun kita bakal dengar lagu- lagu yang merapu suatu hari nanti... mak baca masa kita dalam perut dia sebab mak nak kita jadi qari atau qariah yang terbaik walaupun kita bakal jadi juara program realiti nyanyian atau lakonan suatu hari nanti... mak baca al- Quran masa kita tengah rehat dalam perut sebab mak nak kita fahami ayat- ayat tu sume supaya kita keluarkan sesuatu fatwa berlandaskan hukum syari'ah walaupun kita bakal membuat keputusan ikut undang- undang 'suka hati aku je la!" suatu hari nanti...

belum lahir lagi, mak dah carikan kita baju yang cute- cute dan paling terbaik sebab mak nak kita rasa kenikmatan dunia bila kita lahir walaupun mak tak de duit... mak beli baju yang paling baik sebab mak tak nak kita pakai baju buruk yang dia selalu pakai tu... mak beli baju yang terbaik untuk kita sebab mak nak kita pakai baju yang terbaik bila kita dah besar nanti walaupun kita bakal pakai baju ala- ala tak cukup kain atau baju adik- adik suatu hari nanti...


-------[fRoM hErE to tHeRe]-------->
what a nice attire mak gave us when we  was a baby and kid in order to let we know that she wants her child wearing the best attire on their body in the future...

look at the guy at the left... he looks so smart with this kind of attire... inilah yang mak nak tengok kita pakai...



bukannya macam ni........



sedih mak tengok kalau kita pakai baju macam ni... dulu puas dia cari duit nak belikan kita baju yang sesuai untuk dipakai... kalau tak muat sebab anak dia tembam sangat, mak sanggup cari kain perca sambung kat baju yang sedia ada... bila dah besar, kita carik baju biar nampak segala- gala... lagi pendek lagi bertamadun la konon! yang lelaki pulak, lagi sempit seluar lagi bergaya...

bab makan pulak, mak akan bagi kita makan bijirin yang terbaik seperti nestum untuk tumbesaran kita sebab mak nak biasakan kita dengan makanan yang baik walaupun kita bakal cari non- halal foods suatu hari nanti... mak bagi kita minum susu yang terbaik macam nespray sebab dia nak kita minum minuman yang elok bila kita dah besar nanti walaupun ada antara kita yang cari arak suatu hari nanti... mak nak tengok kita membesar dengan khasiat makanan yang dia bagi supaya kita tahu dengan khasiat makanan tu lah kita hidup sihat sampai hari ni dan takkan memandai nak cari makanan atau minuman yang tak elok dan boleh merosakkan akal dan badan...


masa mak pakaikan baju kat badan kita, mak selalu borak- borak dengan kita... mak selalu puji kita; 
"comelnya anak mak!"... "pandainya anak mak!"

 kadang- kadang mak tanya kita;
"pandang apa tu?"... "ni anak siapa?"... "anak mak ni sayang mak tak?"
nak tahu tak kenapa mak borak- borak dengan kita? dia nak kita borak- borak dengan dia bila dia dah tua nanti walaupun kita bakal mengabaikan mak suatu hari nanti... mak nak kita tanya khabar dia bila dia dah tua walaupun kita bakal tak telefon atau sms atau meng'fb' mak suatu hari nanti... mak sebut hanya perkataan yang elok sebab dia nak kita terbiasa sebut kata- kata yang lembut dan sopan walaupun kita bakal menyebut perkataan seperti b_d_h, f_ _k dan sebagainya...

suatu je yang mak bagi tapi mak tak harapkan daripada kita... duit... mak sanggup bergadai nyawa demi kita... mencari rezeki untuk bagi kita kemewahan... mak penat tak pe, janji dia dapat tengok kita senang...
mak kerja kuat sebab nak bayar yuran pengajian kita sebab mak nak tengok kita berjaya dalam pelajaran dan dapat kerja yang baik... mak tak minta duit bila kita dah kerja nanti walaupun gaji kita banyak... mak cuma nak kita balik kampung dan tanya khabar dia macam yang dia pernah buat kat kita masa kita baby dulu... sebelum dia tutup mata, mak nak dengar sangat kita cakap, "I love you."
(ni part 1... kalau muncul idea baru, cikmimie tulis lagi ye...)

Monday 6 June 2011

kawan... apa ertinya?

semua orang ada kawan kan? tak kiralah 1, 2 , 3 atau ramai... ada tak yang hidup tanpa kawan? mungkin ada, tapi yang ada tu jumlahnya sikit je... biasanya kita manusia ni perlukan kawan tak kiralah mak ke, ayah ke, adik- beradik ke, kawan- kawan sekolah ke... semua boleh jadi...





apa yang korang perlukan daripada seorang kawan ye? hm... cuba fikir jawapan untuk soalan ni... biasanyalah, orang perlukan teman sebagai teman mengadu, meluahkan rasa hati dan tempat bersuka ria... cikmimie pun perlukan teman untuk membuat hal- hal seperti cikmimie nyatakan tadi... bayangkanlah kalau tak ada teman untuk meluahkan perasaan, boleh gila... takkan nak luahkan isi hati kat lembu belaan kot? ha, kadang- kadang haiwan peliharaan pun boleh jadi kawan... jadi, manusia memang tak boleh lari daripada mempunyai teman dalam hidup ni...




ni cikmimie nak kongsi cerita... dalam kelas Bahasa Melayu, lecturer cikmimie pernah cerita tentang teman hidup... 
ada seorang hakim ni tak ada teman kecuali isterinya... biasalah, hakim tak boleh rapat sangat dengan orang ramai, takut keputusan mahkamah dipengaruhi oleh orang yang dia rapat... balik rumah, hakim ni asyik bercerita dengan isterinya tentang itu dan ini... tiba- tiba, malang menimpa hakim ni bila isterinya meninggal dunia... bayangkanlah perasaan hakim tu... dia bukan je kehilangan isteri yang disayangi, tapi juga teman sepanjang hidupnya... dia sangat murung lalu akhirnya dia bunuh diri...
tu lah kesannya kalau kehilangan kawan... memang setia betul hakim tu pada isterinya... bukan kehilangan ni boleh dirasakan oleh manusia yang berkawan dengan manusia je, tapi haiwan yang berkawan dengan manusia pun turut merasainya... selalu je cikmimie dengar yang haiwan peliharaan seperti anjing mati lepas tuannya meninggal dunia... begitu kuatnya perhubungan walaupun dengan haiwan...

berbalik pada hal 'kenapa korang perlukan kawan'. senang cerita, kenapa korang berkawanlah... memang sebahagian besar daripada kita perlukan kawan sebagai tempat mengadu nasib dan tempat bersuka ria... ada jugak yang nak berkawan dengan seseorang tu untuk menjadi peneman bershopping... ada je yang berkenalan dan terus rapat dengan seseorang atas sebab minat yang sama... tapi janganlah ada yang berkawan denagn seseorang sebab nak ambil kesempatan atas kelebihan yang kawan tu ada... contohnya, kita berkawan dengan seseorang tu sebab hartanya melimpah ruah... ada je yang berkawan dengan seseorang sebab dia cantik dan popular... yang lebih teruk, ada yang berkawan dengan seseorang sebab nak buat dia jadi kuli... ni yang cikmimie tak suka ni...

orang cakap, kita perlu bijak memilih kawan... tu cikmimie setuju... tapi yang cikmimie tak setuju, ada orang cakap pilihlah kawan yang setaraf dengan kita... contohnya orang kaya hanya boleh kawan dengan orang kaya je... hish, tak elok macam ni! apa salahnya kalau orang kaya kawan dengan orang miskin asalkan mereka tu sesuai untuk jadi kawan...

ada jugak yang berpendapat, kita tak boleh kawan dengan orang yang jahat dan nakal sebab mereka ni akan mempengaruhi kita... hmmmm... memang sulit sikit tapi kalau bukan kita yang nak rapat dengan diorang, sapa lagi? takkan kita nak biarkan diorang terus hanyut dengan dunia diorang?
bagi cikmimie, tak kiralah awak tu alim ulama' ke, penjenayah 5 bintang yang paling dikehendaki ke, miskin ke, kaya ke, asalkan awak setia, tak tikam belakang dan tak menyakiti hati saya, awaklah kawan saya!

senang cakap, yang sesuai dengan cikmimie tak kiralah dia tu sapa...

kawan yang baik akan selalu ingat kawan dia tak kiralah betapa jauh sekalipun... selalu akan hubungi kawan dia dan bertanya khabar... tak tikam belakang, maksudnya bukan tikam belakang dari segi fizikal, tapi tak mengkhianati kawan... kalau ada orang tanya sifat- sifat kawan, dia pasti akan keluarkan sifat- sifat yang baik je... keburukan kawannya akan disimpan elok- elok... setia... hal ni berbeza sikit dengan setia terhadap kekasih... cam mana nak jelaskan? tak tinggalkan kawan walaupun dah ada kawan baru... tak sakitkan hati... hmmm... kenali apa yang kawan tak suka baru boleh praktikkan amalan ni... jangan bergurau terlebih sangat takut kawan makan hati... susah nak tahu... kawan memang akan cakap, "tak de apa- apalah!"... hati, sapa yang tahu?

jadi kepada insan yang mempunyai kawan, jagalah hatinya... dia je lah yang memahami anda dan menjadi peneman hidup setiap waktu...

Wednesday 1 June 2011

kenapa suka mencarut?

cikmimie banyak bergaul dengan ramai orang... biasalah kalau dah bergaul tu, mesti macam- macam perangai boleh tengok dan perhatikan... ada yang baik, ada yang so- so je, ada yang macam ... tak nak cakap lah, faham- faham sendiri la ye...
cikmimie tak kisah berkawan dengan orang yang kasar, tapi cikmimie tak suka orang yang suka mencarut secara berlebihan... contohnya; f__k, s__t, b__s__t. (sila isi tempat kosong dengan huruf yang sesuai). cikmimie pun tak nak dedahkan apa perkataan di atas sebab kalau mak cikmimie tahu, memang dicilinya mulut dan tangan cikmimie ni... hei, macam lah tak ada perkataan lain kat kamus dewan bahasa ni... nak jugak sebut perkataan yang menjijikkan tu... puas lah mak ayah ajar masa kecik suruh sebut perkataan yang elok...
ada tu, hal kecik je, problem kecik je, nak jugak menyumpah seranah menggunakan perkataan seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi... dalam facebook, bukan main lagi perkataan yang keluar... sampai tak sanggup nak baca... kenapa? nak tunjuk yang kita ni cool ke? tak cool la, beb! tak nampak kesopanannya...
orang Melayu memang sifatnya sopan berbanding bangsa lain termasuklah Arab... tapi tu dulu, sekarang ni... sama je macam mat salleh yang suka bercakap kasar dan berperwatakan ganas... ni lah masalah kita yang suka sangat tiru budaya asing... bukan best pun!

cikmimie pernah jumpa dengan sorang brother ni... punyalah cute tapi sayang... percakapannya membuatkan cikmimie dan lain- lain sangat sakit hati... cancel jadi calon suami... sedihnya!!!
kadang- kadang, orang yang kita nampak macam alim ulama' pun boleh tahan lasernya... siap ada aksesori tambahan untuk perkataan yang dilantunkan... kadang- kadang lebih dahsyat daripada orang lain yang memang pakar dalam bidang carut- mencarut ni... ikut sedap dia je cakap tanpa memikirkan tuntutan agama... 
ingatlah, bukan seronok nak mengeluarkan perkataan yang tak elok ni... dah lah berdosa, dipandang buruk oleh masyarakat...

Cantik ke? Kacak ke?

saje mulakan penulisan ni dengan gambar artis bollywood paling cantik bagi cikmimie iaitu Aishwarya Rai... sangat cantik dia ni... sayangnya jejaka sume, dia dah kahwin dengan lelaki yang boleh dipanggil kacak jugaklah... tak pe, ramai lagi gadia jelita selain dia ni...
kalau suruh korang bagi definisi cantik, apa korang nak jawab? andai kata satu hari nanti ada soalan exam pasal definisi kecantikan, korang rasa korang akan jawab apa bagi mendapatkan markah penuh?
cantik adalah subjektif
semua orang cantik, cuma perlu yakin untuk menyerlahkannya
tafsiran kecantikan dibuat oleh orang yang memandangnya
tu ke jawapan korang? hm... 5/10 la cikgu bagi...
cikmimie pun tak tahu makna sebenar kecantikan tu... tapi cikmimie boleh bagi pandangan yang kecantikan tu ada banyak perspektif... contohnya kalau diberi sekuntum bunga merah, mungkin ada yang menggemari bunga... tapi mungkin ada yang menggemari daunnya sebab menganggap daun bunga tu yang cantik sebenarnya... ada tak yang suka duri? mungkin jugak...


contoh yang paling dekat dengan masyarakat kita... hmm... macam mana suami boleh terpikat dengan isteri? kadang- kadang isteri tak lah cantik mana pun... mesti ada sifat- sifat isteri yang membuatkan suami nampak dia lebih cantik berbanding wanita lain... ambil contoh aktor paling hot kat hollywood bernama Hugh Jackman... ala, tak kenal ke? yang berlakon citer X- Men tu? siri berapa tak tahulah tapi yang jadi Wolverine tu... fine, nak gambar ke?
 
mungkin ramai yang cakap, "ok je isteri dia ni... tak lah kureng sangat!" tapi kalau tengok news, ramai peminat yang tertanya- tanya, kenapalah mamat kacak tahap moksya ni pilih perempuan yang so- so je? kan cikmimie dah cakap tadi, ada sifat yang membuatkan perempuan ni nampak lebih cantik daripada korang, hey ladies!  mungkin dia bijak dan pandai masak makanan kegemaran Hugh Jackman... korang pandai ke masak? hehehe... tapi menurut sumber yang sahih, si Hugh ni memang sayang sangat kat isteri dia... kenapa citer pasal Mr. Jackman pulak?
ramai jugak perempuan jelita tahap dewa pilih lelaki biasa je... alah, sebenarnya, memang sifat wanita tak pentingkan rupa... lelaki baik jadi pilihan wanita, bukan rupa kacak je... nak tengok contoh tak? mari sini...

dah tengok? ni gambar Jennifer Lopez dengan hubby dia, Marc Anthony... tak de lah kacak pun si Marc ni tapi Jlo tergila- gilakan jugak dia ni... kenapa? kan cikmimie dah cakap tadi... ada sifat yang Marc ni miliki sampaikan Jlo tak beri peluang kepada jejaka lain kat luar sana...
jadi, tak perlulah risau kalau korang rasa diri korang tak cantik... bukan tak cantik atau tak kacak, cantik/ kacak, cuma korang tak sedar je... dan korang tak sedar ada orang mengagumi kecantikan dan kekacakan korang... tapi lepas ni jangan pergi beritahu kawan- kawan yang korang ni cantik/ kacak... tak pasal- pasal je kawan- kawan cakap korang perasan giler... diam- diam sudah...
setiap orang ada kecantikan tersendiri... dengar je lah lagu Bruno Mars, Just the Way You Are;
"Because you are amazing, just the way you are."
bila dengar lagu ni, automatik korang akan bersyukur dengan pemberian Tuhan... tak perlu korang nak buat pembedahan plastik atau suntik botox untuk jadi cantik... Tuhan jadikan korang sume ni sesuai dengan apa yang sepatutnya korang dapat... ada yang sesuai berhidung mancung, ada yang sesuai berhidung tak berapa nak mancung... tak perlulah buat pembedahan plastik kalau korang rasa hidung korang tak cantik sebab nanti lain yang jadi...




takut tak tengok? ha, fikir dulu sebelum buat... entah bertauliah entah tak doktor yang buat pembedahan ni... bagi umat Islam, pembedahan plastik atas tujuan kosmetik memang diharamkan sebab mengubah ciptaan Allah sekaligus menunjukkan yang korang ni tak bersyukur dengan kurniaan Allah... terima je lah, kita ni hamba je, nak minta lebih- lebih pulak!
cikmimie ada tips untuk sentiasa kelihatan cantik walaupun cikmimie ni bukanlah cantik sangat pun... cute tu adalah... hehehe... 
1. kuat senyum... percayalah, tulang pipi boleh naik... cikmimie amalkan ni selalu... kadang- kadang, senyum sorang- sorang...

2. hati kena baik... bila hati baik, automatik muka pun jadi baik dan berseri... macam cikmimie... ramai yang cakap cikmimie study dalam aliran keagamaan... cikmimie senyum je...
3. keyakinan sangat penting... bila kita yakin, automatik kita takkan kisah tentang kritikan orang tentang rupa dan wajah kita... yang kita tahu, kita cantik... lain- lain, ada aku kisah? tapi jangan sampai tahap sombong tak sedar diri... tu dah lain citer...
tu je lah tips yang cikmimie tahu... yang lain- lain tips macam penggunaan alat- alat kecantikan ni korang mesti dah tahu... cikmimie je yang tak tahu... hehehe... almaklumlah, natural beauty! jadi, jagalah kecantikan anda!

cikmimie tak pernah melancong kat sini... ada sesiapa nak bawak?

cikmimie nak teman kawan balik rumah dia kat Ipoh, Perak... seronok kawan cikmimie tu nak jumpa family... maklumlah, dah lama berjauhan dengan deme sume... cikmimie pun nak tengok tempat orang... bukan tak pernah pergi, pernah la masa kecik- kecik dulu... tu pun ikut nenek cikmimie lawat anaknya a.k.a uncle cikmimie kat Lumut, pengkalan tentera laut... teringat lagi, masa tu cikmimie naik bas Restu dari Seremban ke mana entah... lupa la! dah lama la katakan...

bukan nak citer pasal Perak yang indah tu, tapi cikmimie nak suarakan hasrat hati cikmimie yang dah lama mengidam nak lawat luar negara... tapi first sekali, mestilah cikmimie nak lawat 1 Malaysia... Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak adalah negeri- negeri yang cikmimie tak pernah jejakkan kaki lagi... yang lain dah sebab masa cikmimie kecik- kecik dulu rajin ikut rombongan sekolah dan orang kahwin...
masa abang sulung cikmimie honeymoon dengan isterinya, diorang pergi Sarawak... cantiknya cerita Sarawak! suka Gunung Santubong yang ada bentuk sorang gadis... orang cakap, Puteri Santubong disumpah jadi gunung... macam- macam lah! tapi diorang cakap, nak masuk rumah panjang agak mahal tapi berbaloi la sebab layanan sangat memuaskan... cikmimie nak pergi Sarawak! dulu pernah minat orang Sarawak dan rasa macam nak kahwin dengan dia sebab nak pergi Sarawak dengan kapal terbang... ye lah, kapal terbang pun tak pernah naik...


bercakap pasal kapal terbang ni, masa cikmimie melayan perasaan dalam kelas Communication, lecturer cikmimie tunjukkan gambar- gambar kapal terbang terbaik dunia... fuh, gempah lah sume gambar tu! tapi mesti mahal nak naik...
ade tu, kapal terbang beratap kaca... boleh tengok awan... seronokkan? kalau malam lagi best... boleh tengok bulan dan bintang... kalau ada meteor jatuh, lagi cantik! nak tengok gambar, google la sendiri... hehehe...



kenapa boleh melalut sampai kapal terbang ni? saje nak break kejap citer pasal percutian kat Malaysia... kalau kat Perlis, apa yang ada ye? sama tak dengan Kedah? tu lah, cikmimie tak pernah pergi sana... tak dapat nak bayangkan macam mana rupa Perlis... macam ni kot Kuala Perlis... cantiklah!
kalau Kelantan, nenek cikmimie cakap banyak barang murah- murah... sebab tu lah kalau nenek cikmimie ikut rombongan ke Kelantan akan beli banyak barang macam toto, periuk belanga, asam jeruk dan lain- lain lagi... tak de tol adalah ciri yang paling penting... hmm... mesti pergi ni! kawan cikmimie orang Kelantan, dia suruh pergi Pantai Cahaya Bulan sebab suasana sangat indah terutama pada waktu malam... dulu dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi tapi dah tukar ke nama sekarang sebab tak best la bunyi dan maksudnya... orang pun geli nak datang!
negeri mana lagi cikmimie tak sebut... Sabah! kawan cikmimie ada jugak orang Sabah... siap ajar cikmimie lagu Gunung Kinabalu lagi... nak tahu tak liriknya... biar cikmimie nyanyi sikit;
"tinggi- tinggi Gunung Kinabalu
tinggi lagi sayang sama kamu
biru- biru Gunung Kinabalu
tengok dari jauh
hati saya rindu"
best la... sayangnya korang tak dapat dengar suara emas cikmimie ni... rugilah! Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara... dulu cikmimie pernah dengar yang gunung ni sebenarnya sebuah gunung berapi, cuma tak meletus je laharnya... kira gunung berapi pendam la ni... harap- harap, citer tu hanya dongengan semata- mata... nak panjat jugak gunung ni tapi mampu ke cikmimie nak panjat? bukit belakang universiti cikmimie pun tak lepas lagi...
cikmimie kalau duduk kat dalam bilik, mesti dengar citer roomates yang dah terbang ke Holand, Paris, Korea, London, Sydney dan lain- lain tempat yang hot... walaupun diorang tak citer kat cikmimie, tapi cikmimie dengar je sebab diorang cakap kuat... cemburu jugak tapi nak buat macam mana... tak ada kemampuan... kat Malaysia pun ak habis round lagi... Genting Highland pun cikmimie tak rasai kesejukannya...