saje mulakan penulisan ni dengan gambar artis bollywood paling cantik bagi cikmimie iaitu Aishwarya Rai... sangat cantik dia ni... sayangnya jejaka sume, dia dah kahwin dengan lelaki yang boleh dipanggil kacak jugaklah... tak pe, ramai lagi gadia jelita selain dia ni...
kalau suruh korang bagi definisi cantik, apa korang nak jawab? andai kata satu hari nanti ada soalan exam pasal definisi kecantikan, korang rasa korang akan jawab apa bagi mendapatkan markah penuh?
cantik adalah subjektif
semua orang cantik, cuma perlu yakin untuk menyerlahkannya
tafsiran kecantikan dibuat oleh orang yang memandangnya
tu ke jawapan korang? hm... 5/10 la cikgu bagi...
cikmimie pun tak tahu makna sebenar kecantikan tu... tapi cikmimie boleh bagi pandangan yang kecantikan tu ada banyak perspektif... contohnya kalau diberi sekuntum bunga merah, mungkin ada yang menggemari bunga... tapi mungkin ada yang menggemari daunnya sebab menganggap daun bunga tu yang cantik sebenarnya... ada tak yang suka duri? mungkin jugak...
contoh yang paling dekat dengan masyarakat kita... hmm... macam mana suami boleh terpikat dengan isteri? kadang- kadang isteri tak lah cantik mana pun... mesti ada sifat- sifat isteri yang membuatkan suami nampak dia lebih cantik berbanding wanita lain... ambil contoh aktor paling hot kat hollywood bernama Hugh Jackman... ala, tak kenal ke? yang berlakon citer X- Men tu? siri berapa tak tahulah tapi yang jadi Wolverine tu... fine, nak gambar ke?
mungkin ramai yang cakap, "ok je isteri dia ni... tak lah kureng sangat!" tapi kalau tengok news, ramai peminat yang tertanya- tanya, kenapalah mamat kacak tahap moksya ni pilih perempuan yang so- so je? kan cikmimie dah cakap tadi, ada sifat yang membuatkan perempuan ni nampak lebih cantik daripada korang, hey ladies! mungkin dia bijak dan pandai masak makanan kegemaran Hugh Jackman... korang pandai ke masak? hehehe... tapi menurut sumber yang sahih, si Hugh ni memang sayang sangat kat isteri dia... kenapa citer pasal Mr. Jackman pulak?
ramai jugak perempuan jelita tahap dewa pilih lelaki biasa je... alah, sebenarnya, memang sifat wanita tak pentingkan rupa... lelaki baik jadi pilihan wanita, bukan rupa kacak je... nak tengok contoh tak? mari sini...
dah tengok? ni gambar Jennifer Lopez dengan hubby dia, Marc Anthony... tak de lah kacak pun si Marc ni tapi Jlo tergila- gilakan jugak dia ni... kenapa? kan cikmimie dah cakap tadi... ada sifat yang Marc ni miliki sampaikan Jlo tak beri peluang kepada jejaka lain kat luar sana...
jadi, tak perlulah risau kalau korang rasa diri korang tak cantik... bukan tak cantik atau tak kacak, cantik/ kacak, cuma korang tak sedar je... dan korang tak sedar ada orang mengagumi kecantikan dan kekacakan korang... tapi lepas ni jangan pergi beritahu kawan- kawan yang korang ni cantik/ kacak... tak pasal- pasal je kawan- kawan cakap korang perasan giler... diam- diam sudah...
setiap orang ada kecantikan tersendiri... dengar je lah lagu Bruno Mars, Just the Way You Are;
"Because you are amazing, just the way you are."
bila dengar lagu ni, automatik korang akan bersyukur dengan pemberian Tuhan... tak perlu korang nak buat pembedahan plastik atau suntik botox untuk jadi cantik... Tuhan jadikan korang sume ni sesuai dengan apa yang sepatutnya korang dapat... ada yang sesuai berhidung mancung, ada yang sesuai berhidung tak berapa nak mancung... tak perlulah buat pembedahan plastik kalau korang rasa hidung korang tak cantik sebab nanti lain yang jadi...
takut tak tengok? ha, fikir dulu sebelum buat... entah bertauliah entah tak doktor yang buat pembedahan ni... bagi umat Islam, pembedahan plastik atas tujuan kosmetik memang diharamkan sebab mengubah ciptaan Allah sekaligus menunjukkan yang korang ni tak bersyukur dengan kurniaan Allah... terima je lah, kita ni hamba je, nak minta lebih- lebih pulak!
cikmimie ada tips untuk sentiasa kelihatan cantik walaupun cikmimie ni bukanlah cantik sangat pun... cute tu adalah... hehehe...
1. kuat senyum... percayalah, tulang pipi boleh naik... cikmimie amalkan ni selalu... kadang- kadang, senyum sorang- sorang...
2. hati kena baik... bila hati baik, automatik muka pun jadi baik dan berseri... macam cikmimie... ramai yang cakap cikmimie study dalam aliran keagamaan... cikmimie senyum je...
3. keyakinan sangat penting... bila kita yakin, automatik kita takkan kisah tentang kritikan orang tentang rupa dan wajah kita... yang kita tahu, kita cantik... lain- lain, ada aku kisah? tapi jangan sampai tahap sombong tak sedar diri... tu dah lain citer...
tu je lah tips yang cikmimie tahu... yang lain- lain tips macam penggunaan alat- alat kecantikan ni korang mesti dah tahu... cikmimie je yang tak tahu... hehehe... almaklumlah, natural beauty! jadi, jagalah kecantikan anda!
No comments:
Post a Comment