Wednesday 1 June 2011

cikmimie tak pernah melancong kat sini... ada sesiapa nak bawak?

cikmimie nak teman kawan balik rumah dia kat Ipoh, Perak... seronok kawan cikmimie tu nak jumpa family... maklumlah, dah lama berjauhan dengan deme sume... cikmimie pun nak tengok tempat orang... bukan tak pernah pergi, pernah la masa kecik- kecik dulu... tu pun ikut nenek cikmimie lawat anaknya a.k.a uncle cikmimie kat Lumut, pengkalan tentera laut... teringat lagi, masa tu cikmimie naik bas Restu dari Seremban ke mana entah... lupa la! dah lama la katakan...

bukan nak citer pasal Perak yang indah tu, tapi cikmimie nak suarakan hasrat hati cikmimie yang dah lama mengidam nak lawat luar negara... tapi first sekali, mestilah cikmimie nak lawat 1 Malaysia... Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak adalah negeri- negeri yang cikmimie tak pernah jejakkan kaki lagi... yang lain dah sebab masa cikmimie kecik- kecik dulu rajin ikut rombongan sekolah dan orang kahwin...
masa abang sulung cikmimie honeymoon dengan isterinya, diorang pergi Sarawak... cantiknya cerita Sarawak! suka Gunung Santubong yang ada bentuk sorang gadis... orang cakap, Puteri Santubong disumpah jadi gunung... macam- macam lah! tapi diorang cakap, nak masuk rumah panjang agak mahal tapi berbaloi la sebab layanan sangat memuaskan... cikmimie nak pergi Sarawak! dulu pernah minat orang Sarawak dan rasa macam nak kahwin dengan dia sebab nak pergi Sarawak dengan kapal terbang... ye lah, kapal terbang pun tak pernah naik...


bercakap pasal kapal terbang ni, masa cikmimie melayan perasaan dalam kelas Communication, lecturer cikmimie tunjukkan gambar- gambar kapal terbang terbaik dunia... fuh, gempah lah sume gambar tu! tapi mesti mahal nak naik...
ade tu, kapal terbang beratap kaca... boleh tengok awan... seronokkan? kalau malam lagi best... boleh tengok bulan dan bintang... kalau ada meteor jatuh, lagi cantik! nak tengok gambar, google la sendiri... hehehe...



kenapa boleh melalut sampai kapal terbang ni? saje nak break kejap citer pasal percutian kat Malaysia... kalau kat Perlis, apa yang ada ye? sama tak dengan Kedah? tu lah, cikmimie tak pernah pergi sana... tak dapat nak bayangkan macam mana rupa Perlis... macam ni kot Kuala Perlis... cantiklah!
kalau Kelantan, nenek cikmimie cakap banyak barang murah- murah... sebab tu lah kalau nenek cikmimie ikut rombongan ke Kelantan akan beli banyak barang macam toto, periuk belanga, asam jeruk dan lain- lain lagi... tak de tol adalah ciri yang paling penting... hmm... mesti pergi ni! kawan cikmimie orang Kelantan, dia suruh pergi Pantai Cahaya Bulan sebab suasana sangat indah terutama pada waktu malam... dulu dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi tapi dah tukar ke nama sekarang sebab tak best la bunyi dan maksudnya... orang pun geli nak datang!
negeri mana lagi cikmimie tak sebut... Sabah! kawan cikmimie ada jugak orang Sabah... siap ajar cikmimie lagu Gunung Kinabalu lagi... nak tahu tak liriknya... biar cikmimie nyanyi sikit;
"tinggi- tinggi Gunung Kinabalu
tinggi lagi sayang sama kamu
biru- biru Gunung Kinabalu
tengok dari jauh
hati saya rindu"
best la... sayangnya korang tak dapat dengar suara emas cikmimie ni... rugilah! Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara... dulu cikmimie pernah dengar yang gunung ni sebenarnya sebuah gunung berapi, cuma tak meletus je laharnya... kira gunung berapi pendam la ni... harap- harap, citer tu hanya dongengan semata- mata... nak panjat jugak gunung ni tapi mampu ke cikmimie nak panjat? bukit belakang universiti cikmimie pun tak lepas lagi...
cikmimie kalau duduk kat dalam bilik, mesti dengar citer roomates yang dah terbang ke Holand, Paris, Korea, London, Sydney dan lain- lain tempat yang hot... walaupun diorang tak citer kat cikmimie, tapi cikmimie dengar je sebab diorang cakap kuat... cemburu jugak tapi nak buat macam mana... tak ada kemampuan... kat Malaysia pun ak habis round lagi... Genting Highland pun cikmimie tak rasai kesejukannya...

No comments:

Post a Comment