Thursday 23 June 2011

Ini mak kita...

Sebelum korang dilahirkan, kat mana korang duduk? Mestilah dalam perut ibu kan... Maknanya sume orang ada ibu, mak, ummi, mama, mummy... tak kisahlah apa pun panggilan, janji ada orang yang melahirkan korang... tipulah kalau korang cakap yang korang kata, "saya tak de mak." habis tu, korang lahir dari mana, busut???

nak tahu tak macam mana rupa korang masa dalam perut ibu? ala, memang korang dah tahu sebab cikgu kat sekolah ade tunjukkan... tapi cikmimie nak tunjukkan jugak sebab mungkin ade yang tak tahu atau dah lupa...


gambar sebelah kiri ni masa mula- mula dalam rahim mak... cikmimie panggil mak je la ye sebab mak lagi manja sikit... hehehe... macam lintah je kita masa ni... gambar sebelah kanan ni pulak bila kita dah ada roh... maknanya kita dah diberi nyawa... kalau ikutkan, haram kalau mak kita nak gugurkan kandungan sesuka hati sebab dah dikira membunuh nyawa insan yang tak berdosa... jadi, sesiapa yang ada hajat nak gugurkan kandungan, fikirlah banyak- banyak kali... tak baik bunuh orang!

masa mak bawa kita dalam perut (yang sebenarnya rahim), macam- macam masalah ada tapi mak gagahkan jugak demi anak dia ni... bayangkanlah, nak pergi mana- mana pun mak bawa... ingat tak berat ke? pergi toilet bukan boleh tinggalkan kita kejap... nak tidur, lagi susah... mak tak boleh buat gaya bebas seperti menangkup dan bergerak lebih- lebih... nanti pecah perut mak!!! bukan masalah tu je, mak sering mengidam nak makanan yang pelik- pelik tanpa dia mahu... sebenarnya kita yang nak makan... (boleh percaya ke teori ni?) tapi mak layan je selera kita sebab dia sayang kat kita walaupun dia tak tahu yang kita bakal menyusahkan dan menyakitkan hatinya suatu hari nanti... 

belum lahir lagi, mak dah ajar kita baca al- Quran... mak baca al- Quran tiap- tiap hari supaya telinga kita ni biasa dengar ayat- ayat al- Quran walaupun kita bakal dengar lagu- lagu yang merapu suatu hari nanti... mak baca masa kita dalam perut dia sebab mak nak kita jadi qari atau qariah yang terbaik walaupun kita bakal jadi juara program realiti nyanyian atau lakonan suatu hari nanti... mak baca al- Quran masa kita tengah rehat dalam perut sebab mak nak kita fahami ayat- ayat tu sume supaya kita keluarkan sesuatu fatwa berlandaskan hukum syari'ah walaupun kita bakal membuat keputusan ikut undang- undang 'suka hati aku je la!" suatu hari nanti...

belum lahir lagi, mak dah carikan kita baju yang cute- cute dan paling terbaik sebab mak nak kita rasa kenikmatan dunia bila kita lahir walaupun mak tak de duit... mak beli baju yang paling baik sebab mak tak nak kita pakai baju buruk yang dia selalu pakai tu... mak beli baju yang terbaik untuk kita sebab mak nak kita pakai baju yang terbaik bila kita dah besar nanti walaupun kita bakal pakai baju ala- ala tak cukup kain atau baju adik- adik suatu hari nanti...


-------[fRoM hErE to tHeRe]-------->
what a nice attire mak gave us when we  was a baby and kid in order to let we know that she wants her child wearing the best attire on their body in the future...

look at the guy at the left... he looks so smart with this kind of attire... inilah yang mak nak tengok kita pakai...



bukannya macam ni........



sedih mak tengok kalau kita pakai baju macam ni... dulu puas dia cari duit nak belikan kita baju yang sesuai untuk dipakai... kalau tak muat sebab anak dia tembam sangat, mak sanggup cari kain perca sambung kat baju yang sedia ada... bila dah besar, kita carik baju biar nampak segala- gala... lagi pendek lagi bertamadun la konon! yang lelaki pulak, lagi sempit seluar lagi bergaya...

bab makan pulak, mak akan bagi kita makan bijirin yang terbaik seperti nestum untuk tumbesaran kita sebab mak nak biasakan kita dengan makanan yang baik walaupun kita bakal cari non- halal foods suatu hari nanti... mak bagi kita minum susu yang terbaik macam nespray sebab dia nak kita minum minuman yang elok bila kita dah besar nanti walaupun ada antara kita yang cari arak suatu hari nanti... mak nak tengok kita membesar dengan khasiat makanan yang dia bagi supaya kita tahu dengan khasiat makanan tu lah kita hidup sihat sampai hari ni dan takkan memandai nak cari makanan atau minuman yang tak elok dan boleh merosakkan akal dan badan...


masa mak pakaikan baju kat badan kita, mak selalu borak- borak dengan kita... mak selalu puji kita; 
"comelnya anak mak!"... "pandainya anak mak!"

 kadang- kadang mak tanya kita;
"pandang apa tu?"... "ni anak siapa?"... "anak mak ni sayang mak tak?"
nak tahu tak kenapa mak borak- borak dengan kita? dia nak kita borak- borak dengan dia bila dia dah tua nanti walaupun kita bakal mengabaikan mak suatu hari nanti... mak nak kita tanya khabar dia bila dia dah tua walaupun kita bakal tak telefon atau sms atau meng'fb' mak suatu hari nanti... mak sebut hanya perkataan yang elok sebab dia nak kita terbiasa sebut kata- kata yang lembut dan sopan walaupun kita bakal menyebut perkataan seperti b_d_h, f_ _k dan sebagainya...

suatu je yang mak bagi tapi mak tak harapkan daripada kita... duit... mak sanggup bergadai nyawa demi kita... mencari rezeki untuk bagi kita kemewahan... mak penat tak pe, janji dia dapat tengok kita senang...
mak kerja kuat sebab nak bayar yuran pengajian kita sebab mak nak tengok kita berjaya dalam pelajaran dan dapat kerja yang baik... mak tak minta duit bila kita dah kerja nanti walaupun gaji kita banyak... mak cuma nak kita balik kampung dan tanya khabar dia macam yang dia pernah buat kat kita masa kita baby dulu... sebelum dia tutup mata, mak nak dengar sangat kita cakap, "I love you."
(ni part 1... kalau muncul idea baru, cikmimie tulis lagi ye...)

2 comments: