Monday 5 September 2011

(>_<)... macam mana nak buatkan status anda dikomen oleh kawan kawan? [dedicated to facebookers]...

Korang post status tapi tak ada sapa yang komen... kalau sekali dua tak pe, ini setiap kali post status mesti tak de maklum balas... at least, like pun fine... tak pe, berdasarkan pengalaman cikmimie dan ilmu warisan yang cikmimie tuntut daripada kenalan, biar cikmimie jadi doktor untuk merawat penyakit ini...


 1) jangan ego dan sombong nak like atau komen status orang lain...
Orang tua cakap, “orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa.” Eh, macam tak de kena mengena je dengan point yang ni... ha, cikmimie tahu peribahasa yang sesuai! “bagai aur dengan tebing.” Sebab depa dua ni  saling memerlukan... jadi korang perlu rakan anda untuk memberi komen... dan kalau kawan korang tu faham dengan masalah korang, mesti dia akan komen status korang... balas- balas komen dengan orang yang sama, lama- lama jadi banyaklah... bak kata pepatah, “sikit- sikit, lama- lama jadi bukit.” [by: murid Karam Singh Walia]


2) tak kenal maka tak cinta...
Sebenarnya, faktor untuk kawan memberi komen kat status korang adalah dia mengenali korang secara face-to-face sebab diorang tahu perihal dan sebab musabab status korang tu... contohnya korang post status berbunyi;
 sakitnya!
Kalau orang tak tahu menahu pasal status ni, memang dia tak layan sebab dia takut salah tafsir... tapi orang yang ada di tempat kejadian mesti tahu punca status tu dikongsikan dan mungkin berminat untuk beri komen...







3) tulis status dalam pelbagai bahasa...


Hm... memang malas nak tulis status dalam banyak bahasa... macam tengah buat sarikata pulak kan... kalau mampu, korang tulis status dalam bahasa ibunda sendiri, lepas tu ‘translate’ ke dalam pelbagai bahasa... contohnya bahasa ibunda cikmimie adalah Turkish, cikmimie buat penterjemahan ke dalam bahasa Melayu kat bawah status tu... barulah kawan- kawan dari pelbagai negara suka nak komen sebab diorang faham...


4) buat status mengarut/ memoyokan diri...
Ikut kajian cikmimie selama beberapa tahun, status yang dikongsi bertujuan untuk mengarut dalam facebook lebh cenderung untuk menerima banyak komen samada komen menyokong atau membangkang... biasalah kan, kalau dah status buat orang lain jadi menyampah atau geli hati, pasti dapat perhatian kalau nak dibandingkan dengan status skematik dan ada unsur- unsur  ilmu pengetahuan... tapi ada jugak cikmimie baca status pasal isu- isu semasa negara yang macam pisang goreng panas dek kerana masing- masing nak mempertahan idea dan pandangan diorang... fire! fire! fire!

 "SAYA BUDAK BAIK"

 5) post status mengenai teka- teki atau soalan uji minda...
Popular kalau korang pandai cipta teka- teki sendiri... kalau tak de idea, tanya kawan- kawan... suruh diorang beri idea... jangan ambik idea kat internet atau surat khabar sebab teka- teki kat sumber tersebut telah diketahui dan dipakari oleh ramai manusia... sertakan sekali hadiah kalau anda mampu... mesti ramai yang komen dengan memberi jawapan... 




6) tag nama kawan- kawan...
Hm... menjadi ke idea ni, ye? Biasanya jadi sebab kawan- kawan rasa dihargai bila nama diorang bertakhta di post korang... lagi ramai kawan yang korang tag, keberangkalian nak dapat banyak komen tinggi melangit... tag la nama Bedah, Senah, Ali, Muthu, Ah Cheng... kalau sekomen sorang, kan dah ada 5 komen tu... banyak tu 5 komen!!! tag nama kawan- kawan ni merupakan cara paksa tahap pertama... dan kalau tak jadi jugak...


7) inbox kawan- kawan seramai mampu untuk paksa diorang komen status korang...
Cara ini adalah cara paling mudah dan ganas untuk mendapatkan komen daripada ramai kawan... ketika meng ‘inbox’ mangsa, sertakan sekali ugutan untuk remove diorang daripada ‘friend list’ korang... ataupun kalau mangsa berada dekat dengan kawasan anda, ugut diorang dengan mengatakan anda akan menyebarkan rahsia tersulit dan terbesar kalau diorang tak nak beri komen... jahat tak? Tu lah, sapa suruh tak komen apa- apa...


Semua points di atas adalah idea cikmimie semata- mata... kalau korang ada idea yang best lagi, korang bagitahu cikmimie sebab cikmimie pun nak praktikkan... ada jugak orang yang “ada aku kesah?’ kalau tak dapat komen apa- apa... cikmimie pun sama sebenarnya... apa- apa pun, selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment