Thursday 11 October 2012

buat apa waktu senggang antara kelas?

waktu senggang- lame giler tak dengar perkataan ni adalah sinonim dengan waktu lapang, waktu yang mana makhluk tak sibuk dengan kerja- kerja wajib seperti menghadiri kuliah, meeting, etc... biasanya hadirin hadirat mengisi masa senggang dengan hobi kesukaan kita seperti menggubah bunga, tidur dalam peti sejuk, main badminton sambil ampai kain dan berendam sambil hafal sifir 3...

"hobi aku menguap... ade masa lapang je, aku menguap..."


tapi ada masalah kalau kita ada waktu senggang pada ruang antara kuliah sebelum dan kuliah selepas... masanya bukan 10 minit, tapi sejam, dua jam, 3 jam... so, apa nak buat pada waktu sebegini?

1) tolong mak cik cleaner bersihkan kaki lima kuliah...
aktiviti seperti di atas adalah aktiviti sukarela dan melayakkan korang bergelar sukarelawan ternama antara teman- teman kuliah dan para pensyarah... selain mendapat pahala, korang juga mendapat nama dan kehormatan... mana tahu suatu hari nanti, dengan kepakaran dalam kerja cuci- mencuci yang korang asah ketika zaman universiti mampu membuatkan korang menjadi usahawan syarikat Cuci Bersih yang ternama?

"tak de sesape lalu ke? ish!"


2) ulangkaji pelajaran...
walaupun tahap kemalasan membaca buku korang sangat kritikal, tapi demi mengharumkan nama negara dan menjadi anak watan yang disegani, perkara ni haruslah dilakukan walaupun terpaksa... korang nak rangkul Dean's List tapi pemalas tahap unta so memang tidak kesampaian cita- cita murni tu... daripada korang termenung mengenangkan nasib, baik korang study rajin- rajin pada waktu senggang ni...

"tu la kau, dulu aku ajak study sama- sama, kau sibuk kacau Ana tu... sekarang kitorang dah grad, bye3!"


3) makan...
makan adalah satu keperluan yang wajib untuk meneruskan kehidupan... so, makan la pada waktu senggang... makan ramai- ramai lagi best! ada gosip baru untuk di`delivered'kan kepada kawan- kawan seangakatan tentera dengan korang... bukan je kenyang, malah dapat mengeratkan hubungan antara kita...

"lepas ni, i nak makan kat kedai mamak pulak!"


4) online facebook...
walaupun aktiviti ni tak sihat, tapi kalau dah takde kerja sangat, pergi la online facebook, at least korang tak terjebak dalam masalah sosial seperti vandalisme dan gangsterism... dan at least lagi korang dapat beberapa info berguna dalam facebook tu... betul tak? hmmm...

"mengapa harus jadi begini? :,("


5) buat public speaking...
bagi yang pemalu, memang sangat digalakkan untuk bercakap di hadapan orang ramai... public speaking boleh dibuat secara spontan je, tak payah tengok teks pun tak pe... bentangkan apa- apa isu yang korang suka, lepas tu minta pandangan orang- ramai yang jadi penonton... aktiviti ni dapat asah bakat korang sebagai Yang Berhormat suatu hari nanti...


"sume orang, dengar tak apa yang aku cakap ni?! hello!!!"

6) buat solat sunat atau baca al- Quran kat masjid...
lupa la tu! haish, hari- hari kena baca al- Quran supaya jiwa tenang... jangan baca al- Quran bila dah kena sampuk langsuir je... mana tau korang bakal jadi Qari atau Qariah berjaya? atau jadi Imam terawikh kat surau kampung korang?

cikmimie buat entri baru waktu senggang yang sekarang ni... bosan sangat dan tetibe je idea keluar... walaupun hujan kat luar menyebabkan rasa mengantuk tu ade, cikmimie tetap nak siapkan entri kali ni jugak... menulis bagi cikmimie, adalah terapi untuk lepaskan stress... [keyboard dah penyet sebab menulis dengan penuh perasaan... hehehe...]

No comments:

Post a Comment