Saturday 23 July 2011

Dulu; Keikhlasan... Kini; Keuntungan

Tengah mak cikmimie basuh kain guna mesin basuh, tetiba mesin tu buat hal... mak cikmimie merungut, “mesin nijam ni copek bona ghosak! Baghu guno 3 taun dah tak beguno...”

lepas tu mak cikmimie terus merungut tentang ketidaktahanan barang- barang elektrik sekarang ni... kata mak cikmimie, barang- barang dulu tak sama macam barang- barang yang dihasilkan sekarang... barang- barang dulu tahan lama... mak ckmimie bagi contoh; dia pernah guna peti ais berjenama SINGER selama 20 tahun (sama umur dengan cikmimie)... tahniah SINGER sebab berjaya keluarkan peti ais yang panjang umur... lepas tu mak cikmimie mash pakai mesin jahit yang dibelinya pada beberapa tahun yang lalu (tak sure la bila dia beli, tapi lama jugak la)... jenama SINGER jugak! jadi produk SINGER memang berkualiti tinggi...

memang patut pun mak cikmimie merungut... pengeluar sekarang ni hanya fikirkan keuntungan je berbanding keikhlasan diorang nak tolong insan sejagat...  sepatutnya tujuan berniaga adalah untuk menolong orang dengan memasarkan produk- produk yang diperlukan sambil menjaga kualiti agar kelak tak menyusahkan pengguna untuk membaiki  produk yang telah diberi... ni tak, buat produk yang tak tahan lama dengan mengabaikan atau sengaja mengabaikan kualitinya agar kelak orang ramai beli lagi produk yang sama... jadi kelangsungan sesebuah syarikat untuk mendapat untung akan terjamin sebab diorang yakin orang ramai akan terus beli, beli dan beli lagi kalau produk tu rosak...

katakanlah cik Bedah beli mesin basuh jenama (X)... cik Bedah hanya dapat menggunakan mesin basuh tu selama 3 tahun je, lepas tu kong... cik Bedah mesti akan beli mesin basuh berjenama sama sebab cik Bedah dah terbiasa guna mesin basuh jenama (X) tu (sebab kalau pakai jenama lain, cik Bedah tak tahu nak tekan butang mana untuk ‘spin’, ‘rinse’ dan sebagainya)... kalau ada 100 orang macam cik Bedah, tak ke untung syarikat (X) tu? Memang ni lah strategi hebat syarikat pengeluar untuk terus memastikan syarikat diorang maju dan dikenali ramai walaupun mengabaikan aspek kualiti...


tak nak tulis panjang- panjang... kepada syarikat pengeluar barangan, tolonglah betulkan niat nak meniaga tu... jangan asyik fikir untung je tanpa meningkatkan kualiti produk... jangan sampai pengguna cari jenama lain seperti (A), (B) atau  (C) dan meninggalkan jenama (X) dan (Y)...

No comments:

Post a Comment