Sunday 3 July 2011

kalau anda marah...

Marah bukanlah satu perasaan yang boleh dikawal... sebenarnya, sume perasaan tak boleh kawal... ia datang dari hati, che wah! kalau kita dapat sesuatu yang kita dah lama nak, mesti automatik kita akan rasa gembira... contohnya kalau kita dapat keputusan yang baik dalam exam setelah banyak kali gagal, mesti kita gembira sampai keluar air mata... macam cikmimie yang lemah dalam Additional Mathematics ni pernah ada perasaan; kalau lulus subjek tu dalam ujian bulanan sekolah, rasa nak buat kenduri kesyukuran...

mari kembali ke jalan yang asal- marah timbul bila ada yang membuatkan kita sakit hati, geram dan pelbagai lagi perasaan yang tak disenangi... kadang- kadang disebabkan hal yang kecil pun kita nak marah... mungkin hal kecil tu diselangi dengan faktor persekitaran seperti hujan dan panas. ataupun kepenatan yang berlebihan? tak faham? ok, contohnya, kita baru balik dari kerja (mesti penatkan)... lepas tu, kita nampak rumah yang kita dah kemas sebelum nak ke tempat kerja tu bersepah macam kapal nak berlayar... marah tak? marah tak? padahal kita boleh je kemas balik rumah tu... bukan hal besar pun...

kadang- kadang kita marah pada benda lain, kita lepaskan marah pada benda lain... contohnya, Abu marah kat Bakar, tapi dia tak  tunjukkan kat Bakar tapi dia tunjuk marah kat Ela... sebenarnya, situasi ni tak baik untuk golongan senasib dengan Ela sebab diorang ni tak salah pun... yang salah adalah Abu yang marah tak kena tempat dan menganiaya orang yang tak bersalah... Abu juga harus bincang dengan Bakar secara bersemuka supaya Bakar dapat tahu apa yang Abu marahkan tentang dia...

Dulu, cikgu cikmimie bagi tips nak hilangkan marah... dia cakap, kalau marah sangat tapi tak dapat lepaskan marah tu kat pihak tertentu, tumbuk batang pisang kat belakang rumah (orang kampung tak tahu kewujudan 'punch bag')...

Ustaz cikmimie suruh berzikir banyak- banyak kalau marah sangat... baca ayat kursi pun membantu, tak pun ambil wudhu' supaya kepala dan badan jadi sejuk sikit... Rasulullah (s.a.w.) mengajar kita cara nak hilangkan marah;


"Apabila salah seorang daripada kamu marah dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya.Dan kalau tidak, maka hendaklah dia berbaring."
(Muslim)

Teori cikmimie, kalau sakit hati dengan seseorang, jangan terus marah dia... ingatlah kebaikan yang dia pernah beri kat kita walaupun tak seberapa... contohnya kalau kita sakit hati dengan kawan sebab dia tak tunggu kita untuk balik sama- sama, ingat balik yang dia pernah pinjamkan payung waktu kita berjalan dalam hujan dulu... kalau marah jugak, ingatlah kesusahan yang kita pernah beri kat dia... contohnya, kalau kita marah kat adik sebab dia kotorkan baju kesayangan kita, ingat balik yang kita pernah minta dia selesaikan kerja sekolah kita... tak malu! dengan mengikut teori ni lah, cikmimie berjaya tak menjerit mengikut kadar kemarahan kat target... bile cikmimie ingat balik dua hal tadi, mesti tetiba je cikmimie jadi sayu dan bermonolog dalaman, "layak ke aku nak marah dia?"


tak pun, kalau nak menjerit jugak kat orang yang kita marahkan tu, cuba cara ni; naik puncak gunung dan jerit nama orang yang kita marah sambil meluahkan lava kemarahan sekuat hati... gerenti hilang punya... paling bagus kalau panjat gunung atau bukit belakang rumah dia... biar dia dengar... korang ingat kat puncak gunung boleh jerit "I love you" je? boleh je jerit "I hate you very much!"


kalau tak cukup stamina nak daki gunung, cuba cara ni pulak... ambil sebatang pensil (lagi pendek lagi bagus), dan patahkan... mesti rasa marah tu hilang bersama- sama patahnya batang pensil tu...

marah boleh meningkatkan kadar tekanan darah... maka janganlah marah selalu, takut nanti disahkan menghidap penyakit darah tinggi... lagipun, orang tua pernah pesan, jangan cepat marah, nanti cepat tua... ye lah, asyik berkerut je, mana tak berkedut muka tu... cikmimie pesan, senyumlah selalu!

No comments:

Post a Comment