Perumpamaan 'limau manis sebelah' bermaksud percaturan yang tak adil... manis berkait dengan perkara yang best je sebab mana ade orang yang tak suka manis? wah, skemanya permulaan!
"siapa yang boleh menjamin semua benda dalam dunia ni berlaku adil?"
cikmimie fikir, memang betul pun apa yang kawan guru Kung Fu ni cakap... tengok sekeliling je pun dah dapat gambaran betapa tak adilnya sesebuah sistem (bukan berkaitan dengan BERSIH) di dunia ni... sebagai contoh;
betapa tak adilnya sesebuah bangunan itu didirikan atas cukai seluruh warga sesebuah tempat jika tempat tu hanya boleh dimasuki oleh orang- orang tertentu je... point ni korang fikirlah sendiri sebab melibatkan isu sensitif sikit...
betapa tak adilnya cikmimie bersosial dengan blog ni dengan membiarkan adik cikmimie bercakap seorang diri...
kita semua mahukan keadilan ditegakkan oleh pihak tertentu dan diri kita sendiri tapi selalunya takkan menjadi... kita mesti memberatkan faedah kepada sesetengah pihak je tanpa menyedari yang kita sedikit dah abaikan pihak lain... contohnya; kita ada 2 ekor kucing; A dan B... kita selalu belai A dan tak selalu belai B atas faktor kecomelan dan kemanjaannya...
dalam persatuan rukun tetangga (rukun tetangga hanyalah contoh je), ketuanya akan memberi keutamaan kepada orang yang baik dengannya dalam membuat keputusan... kat sini ada sentimen perasaan peribadi ketua terhadap ahli- ahli yang mana perasaan peribadi ni tak tunjukkan sikap profesional ketua tu dalam menjalankan tugas... biarlah ada ahli yang dibencinya, asalkan ketua menilai ahli- ahli menerusi hasil kerja dan bernasnya cadangan mereka tu... benci tolak tepi... contohnya;
ketua A yang rapat dengan B akan memberi keutamaan kepada B untuk memilih waktu berkawal dan memberi cadangan... kalau C yang mempunyai alasan kukuh untuk mengubah jadual waktu berkawal, pasti ketua A tidak memberi kebenaran atas sebab ketua A tak suka pada C... kalau pun C mempunyai idea yang bernas untuk meningkatkan mutu kawalan sesebuah tempat, ketua A akan membantah sebab dia tak suka idea yang datang daripada orang yang dia tak suka...
kita juga tak sedar yang kita telah berlaku tak adil terhadap hidupan lain kat atas dunia ni... selalunya dalam point ni kita akan merungut kepada alam persekitaran... macam mana ya? contohnya;
yang penting, kita memang akan tak boleh menjadi seorang yang adil tapi kita boleh mencuba sehabis baik untuk menjadi adil... dan yang paling penting, jika kita tak dapat keadilan seperti yang diharapkan, kita perlu cool dan mengkaji mengapa keadilan tak berpihak pada kita... jangan terus salahkan orang yang sepatutnya berlaku adil sebab diorang pun insan biasa macam kita... bertolak- ansur adalah sifat yang boleh membawa kepada keadilan sebab bertolak- ansur bertitik tolak dari perasaan saling memahami... bila kita saling memahami, pasti kita tahu apa pihak lain perlukan dan berlaku adil kepada mereka mengikut keperluan...
No comments:
Post a Comment