Monday 12 October 2015

Kingdom of Wonder to State of Uncle Ho

dah lama cikmimie berangan nak terbang, jelajah negara- negara lain... selalunya mimpi terbang macam cik ponti je... lastly, dapat jugak cikmimie dan rakan- rakan ke dua buah negara yang terletak kat Asia Tenggara; Kemboja (Cambodia) dan Vietnam yang juga dikenali sebagai negara Uncle Ho... Nasib baik Air Asia buat promosi dan tambang pergi- balik hanyalah RM180 (termasuk 30 kg of luggage yang dikongsi bersama- sama kawan). Gembira sangat bila sampai kat lapangan terbang, macam alien pun ada... ye lah, sebab baru pertama kali guna pengangkutan ni...

kfc untuk makan atas flight sebab tak mampu nak beli makanan dalam flight...

bergambar sebelum berlepas meninggalkan Malaysia, jumpa kat Kemboja!

perjalanan naik kapal terbang ambil masa 1 jam 50 minit... cikmimie gayat tengok awan putih dari tingkap, selalunya hanya mampu tengok dari atas bumi je... tergantung, macam gula- gula kapas pun ada ^_^! tapi jangan lama- lama tengok kat luar, takut ada kesan sampingan pada mata, maklumlah cahaya matahari dekat... pramugara dan pramugari sibuk ke depan belakang promosikan makanan yang dijual tapi cikmimie teguhkan pendirian tak nak beli walaupun enak belaka... alasan, jimat kos dan ada ayam kfc...

dah sampai Kemboja, kitorang diperiksa dan identiti direkodkan oleh pegawai imigresen yang bermuka serius... diorang sangat lurus dalam hal ni. buktinya, bukan cop ibu jari je yang direkodkan, malah keempat- empat jari kiri dan kanan turut menerima nasib yang sama. dan lebih membimbangkan, keluar je dari tempat pemeriksaan, ada seekor anjing besar ditemani oleh dua orang pegawai keselamatan menunggu anda... besar giler anjing tu, rasanya dua kali ganda dari anjing Malaysia, senang cakap macam harimau la saiznya...

yeay, sampai! letih jugak menunggu dalam kapal terbang...

buku panduan gunanya untuk buat panduan la...
dah sampai Kemboja, takkan nak pakai Celcom atau Maxis... mahal kot! so kitorang pun beli sim kad khas untuk kegunaan kat Kemboja ni...


Kalau nak melancong kat Kemboja ni, cikmimie syorkan ambik pemandu pelancong sebab bahaya kalau tak ada. Bagi yang selesa nakkan pemandu pelancong Muslim, bolehlah hubungi Salleh Lee melalui facebook, cari je Salleh Lee. Beliau fasih berbahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Stesen beliau kat Phnom Penh. Beliau boleh dapatkan hotel yang murah, malah kalau nak pergi Siem Reap, beliau boleh belikan tiket bas dan terus hubungkan korang dengan Fikri, pemandu pelancong yang beragama Islam. Cuma abang Fikri tak fasih berbahasa Melayu. Kedua- duanya bagus dan memahami kehendak pelanggan. Salleh Lee jugaklah yang tolong belikan tiket kitorang ke Ho Chi Minh dan bagi nasihat untuk hidup kat negara orang, hehehe...



ni media perhubungan Salleh Lee...



Pengangkutan paling popular dan paling best kat sini adalah tuk- tuk. Berangin, air- cond semulajadi la katakan. Seronok naik tuk- tuk sebab boleh tengok pemandangan dan gelagat para pemandu yang cekap bawak kenderaan masing- masing. Mungkin kerana mereka wajib mencekapkan diri oleh sebab ramai yang langgar peraturan lalulintas, hahaha. cikmimie teruja naik tuk- tuk sebab sebelum ni pernah naik beca je.



Tak perlu bimbang tentang makanan halal sebab kat Kemboja banyak je restoran makanan Muslim. Cuma harganya mahal sikit berbanding Malaysia, mungkin sebab kualiti bahan yang digunakan. Cikimimie suka teh Kemboja, pekat dan ummmph! Cikmimie dan kawan- kawan pergi ke restoran milik keluarga Salim Ly yang boleh dihubungi melalui facebook ‘Salim Ly’. Kacak orangnya. Kebetulan restoran ni dekat dengan hotel tempat kitorang menginap, jadi jalan kaki je lah. Cuma suasana sekitar hotel macam kat Bukit Bintang, you know what I mean... jadi kena jaga- jaga, jaga dompet, jaga diri.

kalau lalu kat sini, jagalah diri korang. hehehe...

Tips keselamatan pulak, ikut pengalaman kitorang, duit letak dalam poket. Susah sikit peragut nak ambik. Tak perlu bawak beg tangan, takut kena ragut, tak pasal- pasal je. Cuma bawak duit, IC dan kamera. Kalau ada orang kacau, buat tak tahu je, ye lah, negara orang. Fakta menarik, Kemboja lebih selamat daripada Vietnam walaupun negara mereka tak maju macam negara jiran. Cikmimie diberitahu oleh seorang pelancong Malaysia kat Vietnam yang dia baru je kena samun RM200. Penyamun tu pulak acukan pisau, haru...


Malam selepas check- in hotel, kitorang jalan- jalan sekitar hotel. Kitorang jumpa taman rekreasi lalu bersiar- siar kat situ. Ramai orang Kemboja yang aktif beriadah. Petang tadi masa kitorang lalu kat kawasan ni pun ada kumpulan mak cik- mak cik yang mungkin buat ‘tai chi’ atau tarian poco- poco atau tarian mereka sendiri. Abang Salleh cakap, orang Kemboja banyak makan benda berlemak, manis- manis dan berkolesterol tinggi tapi tak pernah jumpa orang Kemboja yang gemuk. Orang Kemboja suka bersenam, betul jugak. Cikmimie rasa, kat Asia Tenggara ni, orang Malaysia je yang ada masalah kegemukan dan obesiti. Singapura mungkin, sebab Fei Mau dari sana. Ada je yang datang sebab diorang tak ada tempat tinggal. Kitorang dapat saksikan gelandangan yang tidur kat kaki lima, dengan anak- anak yang masih kecil lagi.








Yang best kat Kemboja yang sempat kitorang pergi adalah Genocide Museum, pasar, Killing Field (Phnom Penh), Angkor Watt dan Tasik Tonle Sap (Siem Reap). Genocide Muzium ni dulu sekolah tapi pada zaman pemerintahan komunis bawah Pol Pot, ia ditukar menjadi tempat penyeksaan untuk orang- orang yang dipercayai penentang komunis, macam penjara lah. 


kubur- kubur mangsa yang mati ditembak selepas Pol Pot tahu tentera Vietnam dah kepung kawasan ni


















Seorang tahanan yang berjaya hidup sampai ke hari ni dan dia jual buku kat depan muzium. Kisahnya, dia pakar dalam bidang teknikal dan berjaya membaiki mesin taip milik komunis Kemboja. Belum sampai ajal dia. Mungkin jugak dia saksi tunggal untuk kekejaman Pol Pot... Orang cakap tempat ni keras, maka bacalah apa- apa yang patut.


digantung terbalik dan kepala dibenam dalam tempayan beberapa kali

kaki dipasung, diseksa, lepas tu disuruh mengaku sebagai penentang Pol Pot. siap ada skrip lagi
baju- baju mangsa







maaf, ini bukanlah bekas tahanan Pol Pot tu namun buku yang dipegang adalah karya orang yang dimaksudkan...




ini adalah tentera- tentera paksa Pol Pot. lepas tamatnya rejim Khmer Rouge, semua tentera yang masih hidup diberikan pengampunan sebab mereka jadi begini pun kerana terpaksa dan masih bawah umur
antara manhsa- mangsa Pol Pot yang terdiri daripada artis (perempuan yang ala- ala Saloma), ahli akademik, graduan universiti, peniaga, orang kaya, suspek penentang Pol Pot, dan golongan yang berkedudukan

selain menunjukkan betapa keciknya sel tahanan, gambar jugak menunjukkan alat untuk memasung kaki tahanan. sisa darah hasil daripada kuku ibu jari yang dicabut masih ada.
motif? saje nak cakap dia ni Anuar Zain versi Champa
Killing Field pun sama, cuma bezanya kat padang ni, pembunuhan dibuat secara beramai- ramai.Yang paling sadis, ada satu pokok yang dijadikan alat untuk membunuh bayi dan kanak- kanak sebab komunis nak jimatkan peluru. Caranya, bayi akan dihentak ke atas pokok sampai mati. Kalau tengok close up view, masih ada kesan- kesan darah kat batang pokok tu. Kesian... Depan pintu masuk Killing Field ada monumen yang menempatkan tengkorak- tengkorak mangsa Pol Pot yang dikelaskan mengikut umur. Tapi kena tahan bau kemenyanlah... 






khusyuk mendengar sejarah Killing Field daripada Abang Salleh
pelepah pokok yang tak berapa nak tajam ni dijadikan alat untuk menyembelih leher mangsa- mangsa... sadis!


bayi dan kanak- kanak dihentak kat pokok ni sampai mati
mangsa- mangsa ditanam kat sini. ada yang tak ada kepala, ada yang bogel...
Abang Salleh memegang gigi mangsa. berani...
speaker digantung kat pokok dan muzik dipasang untuk menenggelamkan bunyi jeritan dan raungan mangsa- mangsa yang diseksa
sebelum nak masuk kat dalam monumen, terserlah muka cuak disebalik senyuman...
perkara paling berani cikmimie pernah buat. tengkorak ni dikelaskan ikut umur. sebelum masuk, bagi yang Muslim, bacalah ayat- ayat yang patut contohnya Ayatul Kursi

Pasar Phnom Penh macam Pasar Rabu kat Kedah. Ada macam- macam barangan; kain- kayan, makanan, hiasan dalam rumah, kasut dan sebagainya. Ada satu kedai jahit yang menawarkan tempahan jahitan baju yang siap dalam tempoh sehari. Kitorang apa lagi, tempahlah satu buat kenangan. Oh, kain ela ada dijual kat kedai sebelah. Kitorang beli 2 meter setiap sorang dan buat tempahan blouse. 2 dollars untuk 1 meter kain ela. Siap semua adalah dalam RM20+. Malas nak kira, hehehe... Alhamdulillah, untuk kain ela cikmimie, ada sorang aunty dari Singapura belanja, heee. Terima kasih!


macam pasar Rabu kan? tapi sesak sikit, peniaga tak cakap Melayu...

air kelapa agak popular. dah tu je yang boleh dipercayai ke'halal'annya.
Kat Siem Reap pun best. Hotel dicadangkan oleh abang Fikri. Lebih murah daripada hotel kat Phnom Penh, mungkin kerana status bandar tu. Dekat dengan hotel, ada restoran makanan halal. Macam biasa, harga agak mahal daripada Malaysia. Lepas tu ada pasar malam. 


roti + ayam + salad + sos: ?? USD2 kat restoran Salim Ly. cukuplah sementara sampai Siem Reap


bas yang bawak kitorang ke Siem Reap. masa balik ke Phnom Penh, diorang bagi biskut yang tak pasti halal ke tak (tanya kat stewardess, dia pun tak pasti). lastly, kitorang bagi kat peminta sedekah

Kitorang pergi Angkor Watt pukul 6 pagi. Nak tengok matahari terbit. Sekali hujan da... sebenarnya kalau nak pergi Angkor Watt dan memahami sejarah dan senibina kuil ni, kenalah upah pemandu pelancong sebab tak ada nota- nota macam kat Muzium Negara. Kitorang cuma dapat bersiar- siar dalam kuil sambil menikmati keindahan Angkor Watt. Ada 3 kuil kat situ termasuk Angkor Watt. Satu daripadanya dijadikan lokasi pengambaran untuk filem ‘Lara Croft’ siri apa entah. Yang ada Angelina Jolie tu sebab pokok- pokok kat kawasan tu pelik sikit sebab akar mereka tergantung dan saiz besar belaka. Kalau tengok pun macam seram jugak...




Masa nak pergi ke kuil seterusnya, kitorang didatangi oleh seorang peniaga kedai makanan sambil tunjukkan menu. Sup ular, biawak goreng, ‘kerbau pendek’, semua ada. Kitorang cakap kitorang tak makan makanan macam ni, nak yang halal je. Dia kata ada sambil bukak muka surat sebelah. Sup ular, sayur- sayuran... kitorang pun berlalu dari situ sambil rasa nak muntah, hihihi...





Penat menjelajah 3 kuil ni, kitorang rehat kejap sambil menikmati air kelapa yang fresh, harga 1 dollar= RM3.50. 2 kelapa kongsi 4 orang sebab kuantiti air yang banyak. Bila nak balik tu, sebelum naik tuk- tuk, kitorang dikejar oleh para peniaga yang terdiri daripada kanak- kanak. Panorama ni memang biasa terjadi kat Kemboja, jadi sabar je lah...


Petang, kitorang berenang pulak kat Tasik Tonle Sap. Tak de lah, kitorang menyusuri tasik tu dengan bot. 10 dollars seorang. Bot untuk satu kumpulan, tak kiralah berapa orang dalam satu kumpulan, diorang kira kepala. Kalau korang pergi solo, tetap 10 dollars jugak. Pengalaman cikimimie, mula- mula teruja, seronok. Lama- lama bosanlah pulak. Sepanjang Tasik Tonle Sap tu, kitorang dapat tengok para pemuda menjala ikan yang merupakan sumber pendapatan utama bagi para penduduk kawasan itu. Rumah terapung, kedai runcit terapung, sekolah terapung termasuk gelanggang bola keranjang terapung ada atas tasik tu. Malah, paling tak tahan, ada kapal terapung (tak tahulah kapal pelancongan atau kapal nelayan) yang tersangkut kat situ sebab air masa tu surut. Nak gelak ada, kesian pun ada.



Macam biasa, peminta sedekah terapung pun ada. Menarik perhatian cikmimie adalah seorang budak yang mendayung besen dan buat show dengan ular dia lepas tu mintak “1 dollar!” cute. Oh, kat sini, penduduknya agak obses dengan haiwan reptilia. Kat jeti, ada dipamerkan buaya- buaya yang besarnya... besarlah! Dipercayai mampu makan orang. Takutkan? Cikmimie fikirlah, daripada bagi buaya makan, baik bagi peminta sedekah makan. Boleh jugak membantu membangunkan kawasan tu. Ular- ular memang selamba je berlingkar sekitar bahu tuan- tuan mereka. Memang mereka tak geli.





Kitorang berhenti kat kedai runcit dan dipaksa untuk beli beras dan keperluan lain untuk diberi kat sekolah berdekatan. Mesti atas 30 dollars. Ini paksaan. Cikmimie berjaya escape. Terpaksa. Bajet kritikal... akhirnya kawan cikmimie yang beli. Lepas tu kitorang hantar barang tu kat sekolah dan tengok keadaan sekolah tu. Uzur. Menurut cikgu sekolah, kadang- kadang murid- murid terpaksa minum air Tasik Tonle Sap sebab tak ada sumber air bersih. Cuci baju, basuh beras, masak... semua dengan air tasik. Air tasik pulak keruh. Patutlah keadaan baju mereka macam tu. Nasib baik cikmimie duduk Malaysia. Syukur!


Oleh kerana penat, cikmimie tak ikut kawan- kawan pergi pasar malam. Kesannya, cikmimie makan megi je dalam bilik sambil tengok TV cerita dari Perancis. Menerusi gambar- gambar diorang, seronok la. Malas nak komen sebab cikmimie cemburu dan menyesal tak ikut.




Esoknya kitorang balik semula ke Phnom Penh. Topi Kemboja kesayangan cikmimie tercabut masa naik tuk- tuk. Dah lah mahal, 1 dollar! Mungkin cikmimie kena balik semula dan ambik, hehehe... Sedih jugak nak tinggalkan abang Fikri. Dia kata isteri dia bakal melahirkan anak tak lama lagi. Tahniah! Kawan cikmimie bagi tips sikit kat abang Fikri, cikmimie bagi pandangan je... Menarik sepanjang perjalanan, bas yang kitorang naik, naik pulak feri. Sebab itu je cara nak seberang sungai. Cikmimie rasa unik sebab cikmimie tak pernah alami hal sedemikian.


Yang jemput kitorang kat terminal bas adalah abang Salleh. Kitorang tidur. Esok malam pergi Ho Chi Minh. Naik bas yang seatnya dikhaskan untuk tidur. Perjalanan dalam satu hari, maka tak bolehlah tidur duduk. Pertama kali naik bas macam ni. Kebanyakan penumpang adalah mat dan minah saleh. Kitorang 4 orang je orang Asia, lebih tepat lagi orang Melayu. 


Sampai kat Vietnam, kitorang tak kenal sesiapa. Tapi abang Salleh cakap, nak pergi mana- mana, naik teksi Vina Sun. Memang betul, teksi tu murah je. 


Kitorang pergi kat kawasan hotel. Kitorang ditawarkan khidmat pemandu pelancong Muslim tapi bayaran dia agak mahal. Jadi ambik keputusan menolak tawaran tersebut. Nak cari hotel tanpa abang Salleh memang agak susah. Akhirnya tidur jugak kat hotel yang dekat dengan restoran Muslim. Kat Vietnam pun senang nak cari kedai- kedai Melayu, malah dekat dengan hotel kitorang ada butik Muslim. Jalan depan sikit ada pasar Binh Tanh yang boleh diibaratkan macam Pasar Payang. Kebanyakan peniaga boleh cakap Melayu. Seronok jugak. Mungkin strategi perniagaan sebab orang Malaysia kan suka shopping.







Esoknya, kitorang melawat bekas markas tentera komunis Viet Cong yang diketuai oleh Ho Chi Minh. Tapi sebelum tu, kitorang berhenti rehat kat kilang membuat barang- barang hiasan. Rata- rata pekerja terdiri daripada mangsa- mangsa perang Vietnam 1954- 1970an yang mengalami kecacatan. Kira kerajaan nak tolong diorang dari segi kelangsungan hidup dan memantapkan ekonomi. Bersambung dengan kilang tu adalah gudang barang- barang yang dah siap. Boleh je kita nak beli terus dari gudang. Kira macam gudang dan kedai, macam pasaraya NSK. Beli dari kilang, ha tu konsepnya!




Pemandu pelancong yang menggelarkan dirinya John Wayne bawak kitorang ke bekas markas komunis dan menerangkan senjata- senjata serta peralatan yang digunakan oleh Viet Cong untuk menjerat para musuh, terutama tentera USA. Barbaric, unexpected but yet so highly amazing to trap the predators. Komunis Vietnam mampu buat senjata sendiri. Bagus... Cikmimie tak tahu samada John Wayne sokong Ho Chi Minh atau tak. Nak tanya, takut jadi isu sensitif.




Paling best bagi cikmimie ialah bila sampai kat Cuchi Tunnel (Terowong Tikus). Terowong bawah tanah yang dibina oleh Viet Cong untuk tujuan komunikasi dan perlindungan diri. Jangan takut, terowong ni ada lampu walaupun samar- samar. Lepas je keluar daripada terowong tu, fuh, boleh nampak peluh. Best bila dapat luruskan badan balik. Kitorang dijamu dengan ubi rebus cicah dengan kelapa, makanan komunis zaman perang. Dah puas rehat, kitorang tengok video pasal perang Vietnam II. Tak faham apa pun sebab video kabur, hahaha...





Sebelum naik bas, kitorang jalan dengan John Wayne. Dia tanya, “kalau saya masuk Islam, saya boleh kahwin dengan korang semua kan. 1,2,3,4...” woi, banyak cantik! Hahaha... cikmimie terangkanlah kat dia tentang tujuan kahwin lebih dari satu dan syarat- syarat. Mungkin cikmimie dah buat dakwah sikit kat John. Moga terbuka hati dia nak masuk Islam...


Sedih jugak nak tinggalkan John sebab dia baik sangat. Bas tinggalkan kitorang kat kawasan yang dekat dengan Muzium Perang Vietnam. Adalah dipamerkan senjata, kapal terbang perang dan replika perigi tempat seorang penduduk sembunyikan diri. Sedih bila tengok gambar- gambar zaman perang kat galeri. Ada yang kena seret dengan trak, kepala mayat kena jinjing dengan tentera USA, kawasan padi yang musnah, dan lain- lain lagi. Ada jugak gambar- gambar yang menunjukkan kesan penggunaan senjata nuklear oleh USA. Kisah Agent Orange. Kecacatan fizikal dan mental bayi- bayi pada zaman tu memang teruk. Jadi, jagalah keamanan Negara kita daripada anasir- anasir luar dan dalam.






Bila cari makan malam tu, kitorang jumpa penebar roti canai yang boleh cakap Melayu. Dia orang Penang rupanya, datang sini sebab ada jemputan. Roti canai pun agak mahal. Malam tu cikmimie makan roti canai je sebagai makan malam.


Esok, balik semula ke Phnom Penh. Sebelum tu makan kat restoran Muslim. Nasi lemak berharga RM15 sepinggan. Kat Malaysia ada? Kalau ada, mesti ramai rakyat Malaysia yang dah buat aduan kat Tribunal Pengguna. Yang bestnya, restoran ni siap pamerkan bendera Malaysia lagi tanda pelancong Malaysia memang popular dengan sikap membeli- belah kat Vietnam. Cikmimie yang kedekut ni beli 2 biji karipap kat gerai bawah. Murah sikit dan sedap. Pergi Binh Tanh Market, beli apa yang patut. Serius, kain ela sangat murah kat sini. 4 meter RM30. Lebih menarik, diorang terima duit Malaysia. Baju kurung yang ada manik- manik kat butik pun murah sangat. RM50 satu. Jalan TAR? RM120. RM100 malam raya.


Dah sampai Phnom Penh, abang Salleh bawak kitorang ke satu rumah rumah penginapan milik kaum kerabat dia. Puas hati jugak sebab berpatutan dan kat situ pun ada kedai makan. Kitorang menginap selama semalam. Malam sebelum balik tu, kitorang pergi kedai makan Salim Ly, nak ucap selamat tinggal romeo. Serius, cikmimie sedih, terpaksa tinggalkan budak paling kacak yang cikmimie pernah jumpa kat Kemboja. Kitorang ambik gambar dengan dia. Adalah kenangan, kan? Lepas tu, pergi beriadah kat taman rekreasi. Angin Kemboja bertiup sepi macam sedih je dengan malam terakhir kitorang kat situ. Main peralatan senaman sepuas hati sebelum balik ke rumah penginapan.



Esok pagi, abang Salleh datang sarapan dengan kitorang. Dia datang nak bawak kitorang balik ke pasar Kemboja sebab nak ambik baju kitorang. Kemas sangat diorang jahit. Lepas tu dia bawak pulak pergi pasar tani. Cikmimie beli sehelai baju untuk atok cikmimie, baju tulis tuk- tuk. Dah puas membeli belah, abang Salleh hantar balik kat rumah penginapan. Dia cakap nanti ada orang hantar kitorang ke airport. Dia tak dapat hantar sebab dia ada pelancong lain nak diuruskan. Sedihlah (asyik sedih je, huhu...). sampai airport, sedih nak tinggalkan Kemboja.





Pengajaran yang cikmimie dapat; 
  1. Kemboja mundur berbanding Vietnam
  2. Kebanyakan orang Kemboja boleh cakap Inggeris berbanding orang Vietnam
  3. Orang Kemboja lebih sopan- santun daripada orang Vietnam
  4. Vietnam lebih berbahaya daripada Kemboja
  5. Kos sara hidup kat Kemboja lagi murah berbanding Vietnam, tapi kalau nak beli baju, cikmimie lebih suka Vietnam
  6. Kopi Vietnam lebih sedap dan pekat berbanding Kemboja, tetapi teh Kemboja lebih sedap dan pekat berbanding Vietnam
  7. Harga makanan untuk kedua- dua negara lebih mahal daripada Malaysia
  8. Sila bawak matawang Ringgit, Dollar US, Dong (matawang Vietnam, tukar kat Vietnam). Orang Kemboja lebih sukakan Dollar US untuk urusan perniagaan
  9. Tandas kat Kemboja dan Vietnam kat tempat cikmimie sebutkan di atas macam kat Malaysia, ada pili air kecuali kat Binh Tanh Market. Maka jangan risau tentang perihal istinjak
  10. Jarang jumpa Muslim mintak sedekah kat kedua- dua negara, mereka lebih suka menceburkan diri dalam perniagaan tekstil, makanan dan pelancongan
  11. Orang Kemboja cakap diorang suka tengok cikmimie sebab muka orang Malaysia cantik- cantik, bangga


No comments:

Post a Comment