Monday 12 October 2015

"Bila nak kahwin?"

Soalan paling malas cikmimie nak jawab tapi orang sekeliling mesti nak tanya. Almaklumlah, umur dah suku abad. Tambah pulak adik cikmimie dah ada keluarga sendiri, lagilah dahsyat diorang mengasak. Balik- balik soalan pasal kahwin, balik- balik kahwin, hidup ni bukan pasal kahwin je. Kalau hulur anak bujang kacak pak cik/ mak cik kat saya, tak apa jugak, hahaha...

Jodoh cikmimie belum sampai, nak buat macam mana? Takkan nak duduk tengah- tengah dataran merdeka sambil pegang board "sapa nak kahwin dengan saya?" atau jalan- jalan di pasar raya sambil kenyit- kenyit mata kat yang mana berkenan? atau takkan nak terima je sesiapa yang masuk meminang? atau join Baitul Muslim? hahaha, malas!

Jodoh cikmimie belum sampai sebab dia jauh. Mungkin di Eropah, Amerika Syarikat, Rusia, hatta Afrika Selatan. Ataukah di Papua New Guinea atau New Zealand? Dia belum jumpa cikmimie walaupun banyak perisian berteknologi canggih telah dicipta seperti Waze, GPS dan lain- lain. Mungkin dia tersesat di hutan Amazon atau tersekat di Segi Tiga Bermuda.

Jodoh cikmimie belum sampai. Mungkin sebab dia baru nak bertatih, baru nak berlatih berjalan. Baru nak belajar ABC kat tadika. Ataukah dia sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan akan menyambung PhD seterusnya bekerja di tempat cikmimie bakal bekerja? Mungkin dia adalah bos di tempat cikmimie akan bekerja dan sedang tunggu bila cikmimie habis belajar.

Dan mungkin bila nanti...

Bila pak cik dan mak cik terima kad undangan perkahwinan cikmimie, jodoh cikmimie dah jumpa cikmimie la tu...

Dan jangan tanya pasal kehidupan cikmimie lepas tu, sebab nanti cikmimie akan publish entri baru pulak, hahaha.,,

No comments:

Post a Comment