Thursday 15 October 2015

Bila kau berseorangan...

Masa taip entri ni, cikmimie bersendirian. ye lah, tak kan beramai- ramai pulak yang menaip kat keyboard ni macam pas baton untuk lari berganti- ganti. Tetiba terfikir pulak nak buat tajuk pasal 'lone ranger'. Isu ni tak de lah mendatangkan masalah pada negara pun tapi mendatangkan masalah kepada 'lone ranger' atau kelebihan kepada 'lone ranger' jugak.

Untuk entry ni cikmimie mula dengan keburukan jadi 'lone ranger' dulu lah, hihihi...

1) Group/Partner untuk assignment
     Bila pensyarah bagi kerja kursus berkumpulan, korang tak tau nak bekerjasama dengan siapa. setiap orang ada kumpulan sendiri, korang je yang tinggal. masa tu korang mesti gelabah, tak kan korag nak buat assignment sorang- sorang. 50 muka surat pulak tu. korang tengok kiri kanan, diorang semua dah mula tarik kerusi ke kumpulan masing- masing, tinggal korang kat tengah- tengah kelas, ibarat pulau terpencil di atas lautan yang luas. pensyarah tanya korang, tak de kumpulan ke? masa tu semua orang pandang korang dan bercakap sesama sendiri. dalam hati korang meronta- ronta supaya salah satu kumpulan offer korang jadi ahli tapi diorang senyap je. tapi lepas tu korang dapat jugak kumpulan walaupun pensyarah yang mintak kumpulan Menon untuk terima korang...


2) Tiada teman berbual di bus stop
     Habis je kelas hari Jumaat, korang kemas barang nak balik jumpa mak ayah kat kampung. Korang berjalan ke bus stop. Di tengah keramaian manusia yang sedang tunggu bas, korang berdiri di tengah- tengah diorang. tak de tempat duduk sebab tak de tempat duduk, tak tau mana nak pandang. korang cuma boleh perhatikan jalan yang menjadi laluan bas yang korang tunggu. semua orang ada kawan nak berbual, korang hanya boleh tersenyum bila bertentangan mata dengan diorang. tak pun main dengan handphone sendiri. tapi tak de internet connection pulak. korang ambil keputusan untuk bela Pou korang je lah.


3) Tiada teman dalam bas
     Bila bas sampai, korang pun naik bas tapi tak dapat duduk sebab bas penuh macam tin sardin yang penuh dengan ikan sardin. berada dalam bas memang menakutkan, tambahan pulak bas tu macam nak terbalik. bila bas tu belok ke kiri dengan ekstremnya, korang menjerit sebab korang ingat bas tu nak tumbang tapi itu imaginasi dan perasaan korang je. korang ingat semua orang berperasaan macam korang tapi tak. diorang tengok korang macam alien yang berperangai pelik kerana menjerit tak tentu pasal. menyedari hakikat itu, korang pun diam dan tunduk sebab tak de siapa yang nak comfort korang, korang berkelakuan sebegitu selama 30 minit baki perjalanan sebelum sampai ke destinasi...


4) Salah faham dalam tren (KTM, LRT)
     Korang tukar kenderaan, naik tren pulak. nasib baik penumpang tren tak sepadat bas tadi. korang dapat tempat duduk, berhadapan dengan seorang mat salleh berseluar pendek, seorang transgender dan seorang ustaz/ustazah. korang tak tau nak senyum ke tak dengan diorang semua. begitu jugak dengan orang- orang yang duduk kat sebelah korang. ok tak pe. korang keluarkan handphone korang tadi, sambung bela Pou. sempat main seminit je, lepas tu handphone korang mati. korang simpan handphone dan pandang ke hadapan. niat nak pandang tingkap yang menghadap korang, tapi mat salleh, transgender dan ustaz/ustazah ingat korang usha diorang. padahal korang nak tengok KLCC je. dan kadang- kadang mata korang terpandang ketiga- tiga golongan ini. mat salleh berseluar pendek sungguh tak menyedapkan mata. transgender pulak... korang geli tengok dia yang berskirt tapi kaki berurat. bila secara tak sengajanya korang terpandang ustaz/ustazah, korang jadi malu sebab ye lah... ideanya, tundukkan pandangan lebih baik, takut diorang salah faham korang gatal pulak. so korang pun tidur sampai destinasi...


5) Makan sorang- sorang di KFC
     Bila keluar je dari tren, korang masih terpisat- pisat. so korang berdiri sekejap sambil menggesek mata biar terbukak sikit. tetiba korang rasa lapar sebab pagi tadi korang tak sempat sarapan. nasib baik stesen keretapi ni ada banyak pilihan tempat makan, mudahlah korang nak buat pilihan. tapi hati korang tertarik kat KFC sebab senang nak order dan korang dah lama tak makan makanan segera selain maggie. harga KFC mahal sikit daripada gerai- gerai lain tapi korang tak rasa membazir pun. korang fikir bajet sarapan tak guna lagi. kira KFC ni korang jamakkan bajet sarapan dengan makan tengah hari. 
     
     Korang pun order. bila server tu tanya 'eat here' atau 'take away', korang fikir kejap. setelah 30 saat server tu tunggu jawapan korang sampaikan ekspresi muka dia macam nak smackdown korang, korang cakap 'eat here'. korang tak nak bungkus, lagi sedap makan panas- panas. bila nak cari tempat makan, korang macam orang hilang arah. pandang kiri kanan depan belakang. sampaikan mak cik cleaner pandang korang lain macam lalu menunjukkan meja kosong iaitu meja makan untuk 4 orang. walaupun korang rasa meja tu tak sesuai untuk korang yang bersendirian, korang pun duduk. bila makan, tetiba sos tertumpah kat baju korang. nasib baik ada tisu 2 helai. korang makan lagi. bila korang tengah khusyuk makan, korang perasan ada beberapa pasang mata yang memerhati. korang pun tengoklah diorang balik. korang tertanya- tanya kenapa? rupa- rupanya korang tak bersopan- santun ketika meratah ayam. korang terlupa ini KFC, bukan rumah korang. dengan perasaan malu, korang teruskan jugak makan.


6) Bersendirian menghadapi kemalangan
     Minuman bikarbonat korang ada lagi dan korang tak nak membazir. so korang pun bawak balik. tengah tunggu mak korang nak jemput kat stesen keretapi tu, korang minumlah air yang korang tapau kat KFC tadi. tetiba ada mamat tak berapa betul telah melanggar korang lalu air bikarbonat tu tumpah. semua yang ada tengok korang macam korang yang bersalah. mamat tu pulak selamba je pergi tanpa menoleh ke belakang. 

     Korang jadi tak tentu arah, samada nak ambil mop kat stor dan lap atau biarkan je. tapi nasib baik mak cik cleaner yang korang jumpa kat KFC tadi datang dan tolong bawakkan mop. dia bagi korang pinjam mop dan korang pun mop lantai yang terlibat. dan semua orang sekali lagi memerhatikan  korang. korang rasa macam nak menangis je saat itu. bila korang dah settle mop, korang bagi balik mop tu kat mak cik cleaner. korang tersentuh dengan kebaikan dia meminjamkan mop tu lalu korang rasa dia paling memahami korang. korang pun menangis sambil memeluk mak cik cleaner tersebut. mak cik cleaner tu hanya terpinga- pinga dengan perbuatan korang. dan orang ramai seperti biasa tengok korang....

Kebaikan lone ranger akan ditaip pada entri akan datang. cerita ni mungkin ada kaitan dengan seseorang di atas muka bumi ni termasuk korang yang membaca...

No comments:

Post a Comment