Thursday 8 May 2014

Melayu, usaha dan tawakal

hari ni cikmimie baca post yang diposkan oleh laman KelabCheDet: https://www.facebook.com/pages/Kelab-Che-Det/165613420193002?fref=nf 
berkenaan tweet Encik (belum Dato' atau Datuk lagi u olls!) Khairy Jamaluddin, seorang menteri kacak lagi bergaya dan yang penting orang Rembau Most Wanted Yo! berkenaan pemadaman ruang 'bangsa' dalam borang. isu ni panas macam pisang goreng (ke goreng pisang) dah semestinya menimbulkan rasa tak puas hati dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama Melayu. cikmimie sertakan sekali gambar tweet Encik Khairy ni...


cikmimie setuju dengan kenyataan Encik Khairy. mesti ramai hentam cikmimie lepas ni. tapi apakan daya, pandangan kita berbeza sementalah kita hidup berjiran dalam negara demokrasi terpimpin ni. walaubagaimanapun, cikmimie ucapkan tahniah kepada beliau kerana berani tampil melawan arus perdana dan tahniah jugaklah pada cikmimie yang berani menaip di alam maya ini. cikmimie sokong ruang bangsa dalam borang dikekalkan, yang cikmimie tak sokong Melayu malas tak nak usaha tapi mengharapkan ihsan atas nama bangsa Melayu di Malaysia untuk diberi makan yang telah dimasak oleh kerajaan.

Melayu memang kaum yang sudah lama menetap di Tanah Melayu (termasuklah Sabah & Sarawak). kita pun tak tahu asal- usul kita. ada sejarawan yang kata kita ni dari Yunnan, China. ada kata kita ni dari Indian region (bahagian India khususnya kawasan Tamil) dan ada jugak yang kata kita ni dari Greek (amboi, awat mata chek tak biru? kulit chek pun sawo matang! hehe). back to business. ada juga teori kata yang kita dari keturunan Nabi Ibrahim (a.s.) melalui isteri baginda bernama Keturah (dikatakan anak raja Champa). tak tahulah mana satu yang betul dan ada satu lagi teori dahsyat mak oii, kata kita ibu segala bangsa. sebab tu lah muka kita ada macam Cina, India, macam Mat Salleh, Hidustan hey!, persis Africa pun boleh jumpa dan jugak Arab yang memang tak dapat dinafikan keberadaannya. 

Aktiviti kita, bukan kita, moyang kita dulu adalah pertanian, perdagangan, mengutip hasil laut, pelajaran dan penyebaran Islam dan lain- lain. malah ada yang bekerja sebagai orang istana; bendahara, temeggung, syahbandar dan lain- lain pangkat. kuatnya kita boleh dipandang dari keagungan kesultanan Melayu Melaka bermula dari 1400- 1511 dan diwarisi oleh Kesultanan Johor dan juga Kesultanan Perak (sebab tu lah Rja Noor Jan Syah boleh anggap dia Sultan Melaka merangkap Sultan Perak sekali. sekarang dah faham kan kenapa dia berangan nak jadi sultan dua- dua buah negeri). pada masa tu, Melayu bangsa yang disegani oleh sebab ilmunya yang boleh dikatakan setanding dengan ulama- ulama di alam nusantara dan pernah mengajar di Mekah (tengok video Ustaz Don tentang keistimewaan orang Melayu untuk lebih lanjut).

Bukan tu je wahai orang Melayu ku, malahan kelebihan kita dalam diplomatik dan strategi peperangan sangat diperakui melalui seorang pahlawan dan negarawan bernama Tun Perak (yang diakui kewujudan dan keasliannya melebihi lagenda Hang Tuah bersaudara). beliau mampu menangkis serangan Siam ke atas negeri- negeri bawah naungan Melaka.

Tambahan pula (wah, ambik kau!), kekayaan juga melimpah ruah sehingga makmurlah seluruh rakyat jelata dan sekelian isinya. Melaka menguasai kedua- dua belah Selat Melaka (Timur Sumatera dan juga seluruh Tanah Melayu) menyebabkan banyak kapal dagang berlabuh di pelabuhan Melaka untuk berdagang dan menunggu tiupan angin monsun untuk ke China atau Tanah Arab. Aktiviti perdangan ini menyebabkan moyang kita menjadi pakar dalam ilmu laut (cerap buruj, kawalan angin, buat sampan kecil, besar hinggalah bahtera).

luas tak jajahan takluk Melaka? sumber: buku teks sekolah

Semua kejayaan yang tercatat seperti yang di atas takkan berjaya kalau Melayu hanya tahu makan, tidur, layan dayang- dayang, bermain sepak takraw, tidur dan banyak lagilah aktiviti tak de pekdah. kalau ada WIFI dulu mungkin kerja mereka jadi keyboard warriors, layan youtube, update status kat facebook atau twitter, selfie (ops!)... maka tak makmurlah Melaka.ingat dulu ada pencen ke? ada bantuan macam sekarang (kalau ada, zakat)? mereka berusaha untuk hidup. mereka berusaha menjadi bangsa yang disegani. tak minta simpati dari sultan malah membantu sultan mengembeling tenaga menjaga Melaka dengan kekuatan ilmu dan fizikalnya. merantau mencari ilmu ke Mekah, Madinah hatta Hadramaut sekalipun untuk menjana kekuatan
Melaka.

jika inilah masyarakat sekarang contohi, maka makmur jugaklah Malaysia. bukan berpandukan status 'Bumiputera' sahaja untuk ke hadapan, melawan bangsa- bangsa lain. jangan minta simpati sampai duit BR1M pun tak cukup- cukup lagi. Usaha! Bangkit! Ayuh bangsa Melayu! (terjerit pulak! hehe...). sumbang sesuatu kepada negara, bukan meminta sesuatu yang kita sepatutnya mampu hasilkan sendiri. nak beli susu pun suruh kerajaan bayar, ape cita? ape cita? (inspirasi daripada Ropie Cecupak. Eh, bukan! Pian Cecupak yang dapat Datuk daripada Kerajaan Naning tu. Kerajaan Naning? adakah kena mengena dengan Raja Melaka? of record...).
kan, kan. betul tak apa cikmimie cakap. tanpa usaha, kita tak kan maju. Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tak mengubahnya.

mau beli karpet ka, adik manis?
cuba tengok Mat Pakistan yang jual karpet kat rumah korang. mula- mula, zaman cikmimie kecik- kecik, diorang usung karpet berat tu ke sana- sini. penat, tapi nak cari duit punya pasal. tak lama lepas tu, diorang datang naik basikal, karpet letak kat carrier. siap boleh bagi hutang lagi tu. kemudian kenderaan mereka berevolusi ke motor kapcai, ke kereta hingga mampu membeli van dan mempunyai kedai sendiri (sewa atau beli, tak tahu lah kan). bangsa Cina Malaysia pun sama. kehidupan mereka penuh dengan usaha, kecik- kecik lagi dah tolong mak ayah jaga kedai. anak- anak kita? sibuk main pasir dan bertemu janji dengan boyfriends girlfriends. anak Cina ke sekolah bawak beg besar, anak Melayu ke sekolah bawak beg tangan... oleh kerana mereka tahu tak ada yang istimewa untuk mereka di bumi Malaysia ni, maka mereka usaha untuk maju. bangsa asing di Malaysia, atas nama usaha mampu maju. Melayu, di atas tanah air sendiri, atas nama borang, masih terpacak kat sini. kenapa? tak ada usaha. maka Allah pun tak boleh nak tolong. Usaha dulu baru tawakal, bukan tawakal je...

Kaum Uighur di China adalah umat Islam yang dah lama tertindas dan pernah menguasai ekonomi China sebelum Revolusi Boxer (tak tahu macam mana nak terjemahkan) dan kebangkitan melawan dinasti Qing a.k.a Manchu. Mereka menjadi tulang belakang kekayaan tanah besar namun oleh sebab kedengkian, mereka ditindas dan sering tewas dalam mahkamah walaupun mereka di pihak benar. Namun, sehingga sekarang, ramai umat Islam di China berusaha memajukan diri dalam bidang perniagaan sebab mereka tahu tiada yang istimewa untuk mereka.

jadi, Melayu kena contohi bangsa- bangsa yang disebut ni agar tak dibelakangi, dibawahi, ditepikan oleh orang lain. usaha tu penting dan lepas tu baru tawakal. 

PEACE NO WAR!

No comments:

Post a Comment